Template by:
Free Blog Templates

22 December 2011

Jalan Rosak











Saya amat kesal kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan jalan Kampung dengan kenderaan berat hingga merosakan kemudahan tersebut.

Dalam tinjaun petang tadi, jalan ke Kampung Titi Ijok, dekat Sungai Dendang Hilir dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, telah rosak, akibat gelong yang dibina pecah dan ini membahayakan kepada pengguna.

Saya telah meminta jasa baik Kontrektor tempatan untuk memperbaiki jalan tersebut bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya juga berharap kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar mempastikan di masa akan datang, dipasang papan tanda melarang sebarang kenderaan berat menggunakan semua jalan kampung bagi menggelakan berlaku sebarang kerosakan.

Jalan adalah untuk kemudahan perhuibungan dan jika berlaku sebarang kerosakan ia akan menimbul kesuliatan kepada pengguna, terutama penduduk kampung berkenaan dan pelajar sekolah.

Turut hadir dalam tinjuan ke jalan yang rosak itu ialah Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok, Saad Yusop.

0 comments: