Template by:
Free Blog Templates

8 December 2011

Titi Teras






Lebih RM 50,000 telah diperolehi daripada Kerajaan Negeri bagi memperbaiki dua buah Titi di Kampung Teras, dekat Ijok yang rosak akibat hakisan tebing Sungai.

Sebuah daripadanya titi berkenaan sedang dalam perlaksanaan dan hampir siap manakala sebuah lagi akan dimulakan dalam masa terdekat.

Saya membuat tinjuan keatas projek berkenaan selepas mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi mempastikan kerja-kerja memperbaiki projek tersebut berjalan lancar dan mengikut spekfikasi.

Sebagai ADUN Saya merasa bimbang sekiranya projek tersebut tidak dapat disiapkan dalam tempuh yang telah ditetapkan memandangkan cuaca yang agak tidak menentukan sejak akhir-akhir ini.

Titi-Titi berkenaan penting sebagai perhubungan penduduk di Kampung Teras untuk berulang alik ke Pekan Ijok dan juga murid-murid Sekolah serta pekerja Kilang.

Titi-Titi berkenaan sering rosak disebabkan banjir yang berlaku sepanjang tahun dan ini boleh menjejaskan perhubungan penduduk.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga Ketua UMNO Cawangan.

0 comments: