Template by:
Free Blog Templates

6 December 2011

Taklimat Pilihanraya













UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak ada pilihan melainkan menang pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang demi masa depan bangsa, Agama dan Negara.

PRU ke 13 ini amat getir bagi BN, tetapi majoriti rakyat masih yakin dengan rekod cemerlang BN yang didokonggi UMNO.

Semenjak Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih kepimpinan UMNO dan Pentadbiran Negara, rakyat semakin percaya dan ramai yang mula kembali untuk bernaung dibawah BN, khususnya UMNO.

Pendekatan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib amat disenanggi rakyat kerana Kerajaan BN mengutamakan kebajikan mereka.

Saya berkata demikian ketika memberi taklimat pilihanrya kepada jentera Parti peringkat UMNO Bahagian Larut dan amanat Presiden UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO di Bagan Bahru, petang tadi.

Lebih 500 orang hadir di majlis taklimat terseut untuk mendengar taklimat daripada Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut termasuk Jawatankuasa Peti-Peti Undi.

Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Fauzi Kassim, ADUN Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Najmuddin Elias, Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung.

Mengenai pemilihan calon, Presiden dan Timbalan Presiden Parti telahpun memberikan penjelasan ketika memberikan taklimat dan dalam ucapan Dasar.

Saya mengingatkan sebarang perpecahan dalam parti akan hanya membawa padah kepada persiapana menghadapi pilihanraya.

Sebarang persengketaan harus dielakan dan perpaduan itu lebih penting bahkan UMNO itu mengatasi segala-galanya.

0 comments: