Template by:
Free Blog Templates

19 December 2011

Sukaneka












Kegiatan sukan penting kerana ia membantu masyarakat memupuk budaya dan semangat perpaduan yang baik.

Sukan pengaruhnya kuat hinggakan berjaya mendorong Negara yang sedang berperang meletakan senjata bagi membolehkan mereka menontn atau mengikuti sesuatu kejohanan yang sedan berlangsung itu.

Bola sepak pengaruhnya amat besar dan di Negara seperti Brazil, rakyatnya memberikan keutamaan kepada kebanyakan pertandingan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Sukanika peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di padang Majlis Daerah Kampung Mesjid, Ijok, tenghari tadi.

Kira-kira 500 orang penduduk termasuk kanak-kanak dan remaja serta Dewasa menyertai Sukanika tersebut yang dianjurkan ADUN Kubu Gajah bertujuan bagi mengeratkan lagi Silaturahim yang sedia terjalin.

Masyarakat harus memberikan sokongan kepada program dan aktiviti sukan terutama yang boleh mengeratkan perpaduan.

Perpaduan penting bagi menjamin Kesejahteraan dan Keamanan rakyat serta Negara daripada ancaman anasir subversif dan pengaruh tidak sihat seperti penyalahgunaan Dadah.

Sukan juga penting bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan samada untuk kejohanan di dalam mahupun di luar Negara.

Kebanyakan Negara di Dunia berebut-rebut menganjur atau menjadi tuan sesuau Kejohanan bertaraf antarabangsa kerana ia boleh mempopularkan Negara berkenaan di mata Dunia.

Sukan juga boleh menjana pendapatan dan ekonomi yang stabil kepada sesabuah Negara mulai siaran langsung Stesyen Television.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Minta orang kampung bermain dengan permainan yang berpretij tinggi seperti tenis, golf dll yang membolehkan sekali champion dunia sudah boleh menjadi jutawan.

Kita mesti kreatif bukan bela kambing tapi pelihara kuda. Jika kita galakkan mereka bela kuda tanam geharu, bela ikan arowana dan sepertinya sudah tentu ramai orang kampung akan jadi kaya.

Mereka tidak lagi mahu berebut2 hendak jadi wakil rakyat ala hanuman (seperti duduk di KL jadi wakil rakyat Larut).

Sekian