Template by:
Free Blog Templates

18 December 2011

Kemudahan







Kerajaan mengutamakan pembinaan projek jalan-jalan kampung di kawasan yang didiami oleh orangramai, begitulah juga dengan bekalan elektrik dan air.

Jalan ke kawasan perkebunan dan dusun hanya akan dilaksanakan setelah masalah di kampung selesai.

Saya membuat tinjuan kerja-kerja perlaksanaan jalan kampung di Sungai Lempung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, pagi tadi oleh sebuah Kontrektor tempatan bagi mempastikan ia mengikut jadual dan spekfikasi yang telah diarahkan.

Begitupun, kemudahan seperti Titi dan Jambatan yang menjadi perhubungan utama bagi kawasan perkebunan utama tetap diberikan perhatian serious.

Saya ingin menjelaskan rungutan setengah pihak mengenai pembinaan jalan-jalan ke kawasan dusun tertentu sahaja.

Sebaliknya, perlaksanaan jalan tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kedudukan kewangan yang ada.

Jika hendak dikira jalan yang perlu diwujudkan disetiap kawasan kebun, ia sudah pasti memerlukan perbelanjaan dan peruntukan yang besar.

Namun, banyak juga jalan yang telah dibina di kawasan dusun, tetapi kawasan baru banyak juga wujud selepas sesuau projek dan perancangan itu dilakukan.

Bagaimapun, Kerajaan tetap memberikan perhatian utama kepada kawasan dusun dan ladang yang dimiliki ramai penduduk sebagai pencarian utama mereka.

0 comments: