Template by:
Free Blog Templates

30 July 2010

Kolam untuk pendapatan



Saya tertarik dengan pembukaan kolam ikan sebagai aktiviti menggalakkan memancing dikalangan penduduk tempatan.

Saya berkesempatan melawat kolam ikan, Samsudin bin Said di felda Ijok yang baru dibuka.

Walaupun baru dibuka dua minggu yang lalu, tetapi sambutan cukup menggalakan, katanya.

Ahad ini, beribu ekor ikan akan dilepaskan di kolam yang diusahakan oleh penduduk felda.

29 July 2010

Lawat peneroka sakit



Selepas mesyuarat pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, saya melawat seorang peneroka felda Ijok yang terlantar sakit.

Nor Bt. Ali, 47 tahun tinggal di Peringkat 2. Hadir sama ketua kampung felda Ijok, Haji Shukur Jaman.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu kos rawatan perubatan beliau.

Dalam taklimat JKM di mesyuarat tindakan daerah Larut Matang dan Selama. Masalah permohonan bantuan turut dibangkitkan.

Ia termasuk bantuan modal pusingan kepada ibu-ibu tunggal yang layak untuk berniaga.

Dalam taklimat tersebut, pegawai kebajikan daerah, Zambri Mohamed memaklumkan sebanyak RM 2,700 disediakan bagi ibu-ibu tunggal yang berhasrat berniaga.

28 July 2010

Peladang









Timbalan Menteri Pertanian dan Industri asas Tani, Datuk johari Bahrum menarik perhatian ramai apabila menyatakan tanaman buah limau bali di Parlimen beliau di kubang Pasu ketika Tun dr Mahathir mohamed menjadi Perdana Menteri begitu subur dan besar kerana sering dilawati oleh Pegawai kanan Peertanian.

Tetapi, bila, Dr Mahahthir tidak lagi menjadi Perdana Menteri, keadaan buah limau itu bertukar menjad semakin kecil, katanya ketika meresmikan Mesyurat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, pagi tadi.

Kata-kata beliau itu turut mencuit perasaan perwakilan yang hadir termasuk Pengarah Peladang Negeri, Kaamarul dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Zakin Din.

Begitupun, selepas Datuk Johari dilantik Timbalan Meneri Pertanian buah bali di Parlimen Kubang Pasu kembali besar. Beliau adalah juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, selepas perletakan jawatan Perdana Menteri.

Apa yang cuba diperjelaskan oleh beliau ialah Pegawai Pertanian harus turun padang memberi khidmat nasihat kepada Petani dan Peladang untuk menggunakan cara yang betul dan berhasil ketika bercucuk tanam.

Petani dan Pelandag yang betual-betual berusaha boleh mencapai hasil yang lumayan, malah kata Datuk Johari bua limau bali yang dijual di Ipoh suatu ketika adalah buah yang dihasilkan dari Parlimen beliau.

Beliau terpaksa menegur Pegawainya kerana tidak mahu petani dan peladang ketinggalan dalam mencaai hasil dan pendapatan yang baik.

Mereka ini berkemampuan untuk bersaing dengan petani yang lebih maju, jika mendapat tunjuk khidmat yang betul dari Pegawai Pertanian.

Datuk Johari turut menghulurkan tangan untuk membantu PPK Batu Kurau ddalam menjalankan program pertanian yang lebih meluas.

Beliau mengucapkan tahniah diatas keuntungan berganda PPK Batu Kurau Tahun lalu sebanyak RM 290,595 berbanding RM 133,324 tahun sebelummnya.

PPK Batu Kurau turut mendapat kontrak lebih RM 2 juta dan akan menceburkan diri dalam bidang ternakan lembu besar-besaran tidak lama lagi.

Pada majlis itu, Datuk Johari turut menyampaikan sumbangan PPK Batu Kurau kepada pelajar cemerlang dan bantuan basikal kepada pelajar miskin dan bantuan basikal kepada pelajar miskin.

Warga emas




Selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan DUN Kubu Gajah, Saya mengambil kesempatan melawat dua warga emas di Bagan Bahru yang terlantar sakit di rumah mereka.


Saya melawat Mohammad Radin bin Jaafar, 93 tahun dan Mah binti Arshad 80 tahun. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua UMNO Cawangan Bagan Bahru, Cikgu Shamsuddin bin Ibrahim.


Sebelum itu dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan Cawangan, Saya menyeru mereka supaya mengatur program di peringkat JKKK termasuk yang boleh mengeratkan lagi perpaduan.


Masalah kebajikan keluarga miskin juga diharap terus dijadikan agenda utama dalam setiap perbincangan dalam mesyuarat JKKK.

27 July 2010

Bumi Hijau






JKKK diseru mendapatkan panduan bagi Jabatan Pertanian bagi menggalakan penduduk tempatan bercucuk tanam.

Ini dapat menggurangkan orang tengah mengambil kesempatan pada ketika kita digalakan berjimat cermat dan kenaikan harga barang oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Saya berkata demikian ketika meresmikan kursus penyelidikan baja organik. penceramah anjuran Jabatan JKKK Kampung Sungai Segar bersama Pejabat Pertanian Daerah Kecil Selama.

Haji Hlmi bin Haji Rosli, Penolong Pegawai Pertanian Pusat Latihan Pertanian Selama dan Zulmajidi Rafidi bin Abdul Rahim, Pembantu Pertanian Selama turut memberi ceramah di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Segar yang turut disertai Ketua-Ketua Kampung berdekatan.

Saya juga berharap JKKK mencari jalan bagi memajukan tanah-tanah terbiar yang masih banyak tidak digunakan sepenuhnya oleh pemilik tanah berkenaan.

Dalam pertandingan gubahan ulaman, Salasiah binti Salimi muncul pemenang pertama, diikuti Saliah binti Mat Lazim kedua dan Faridah binti Othman ketiga.

26 July 2010

Cerun merbahaya



Melawat cerun di tepi jalan jalanraya di Felda Ijok yang dalam keadaan merbahaya.

Lawatan itu dibuat selepas meneriam aduan daripada pengurusan Feldaa. Turut sama ialah ketua kampung, Haji Shukur Jaman.

Saya harap JKR mengambil tindakan sehera bagi mengelakkan pekara yang tidak diingini berlaku.

24 July 2010

Laksa Latar Panggung





Sedap diharap laksa, Salasiah Razali di Latar Panggung di Kampung Teras suatu hari nanti akan menarik minat ramai pengunjung tempat perkelahan itu.


Kebetulan ketika Saya meninjau pusat perkelahan tersebut, Salasiah, satu-satunya penghuni di latar tersebut baru memulakan perniagaannya di situ.


Saya ke sana bersama Ketua Kampung, Wahab Mat Yatam untuk melihat kemudahan yang perlu diadakan. Peringkat awal ini, Saya telah meluluskan dua buah chalet, sebuah tandas awam dan sebuah pentas untuk kegunaan para pengunjung.


Gerai Salasiah juga akan dibaik pulih. Pada saya yang penting pusat perkelahan Latar Panggung itu akan terus menjadi tumpuan orang ramai, terutama apabiala jalan baru dari Kampung Mesjid melalui Kampung Teras ke Ulu Mengkuang mula digunakan tidak lama lagi.


Jika pusat perkelahan ini tidak dimajukan, tidak ada maknanya jalan-jalan baru diwujudkan oleh Kerajaan. Setidak-tidaknya membeli peluang penduduk tempatan menjual hasil produk mereka sebagai pendapatan tambahan.

23 July 2010

Korek pasir




Apa sudah jadi. Kerja mengorek pasir memang baik untuk mendalami sungai bagi menggelakkan banjir.

Tetapi dalam tinjauan saya di sungai Batu 20 hakisan membimbangkan dan amat dekat dengan jalan raya.

Saya harap JPS akan ambil tindakan segera bagi mencegah banjir. Petang semalam air semakin naik dan hampir melimpah ke jalan raya.

22 July 2010

Kesedaran Penting







Petang tadi, Saya menghadiri dua perjumpaan di DUN Kubu Gajah termasuk berdailog dengan penduduk di Kampung Sungai Segar.

Pada majlis anjuran Jabatan Penerangan di Dewan Orang Ramai Sungai Segar, Saya meminta agar jawatankuasa Mesjid sentiasa memantau kegiatan yang boleh memecah belahkan Masyarakat Islam.

Perbanyakan aktiviti yang boleh menyatupadukan Masyarakat. Sudah tiba masanya soal perpaduan ummah diberikah perhatian dan keutamaan.

Pada majlis perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan UMNO Cawangan di Ijok, Saya menyeru JKKK meyediakan laporan lengkap mengenai bilangan penduduk samada yang telah atau masih belum menerima bantuan daripada Jabatn Kebajikan Masyarakat.

Mereka juga diminta mengaturkan majlis dailog dan taklimat bersama PDRM tenang masalah jenayah dan kes-kes yang membabitkan isu sosial yang lain bagi menyedarkan masyarakat seluruhnya.

Pada majlis itu juga diadakan kenduri durian yang turut dihadiri oleh penduduk tempatan.

21 July 2010

Tv3 bersama penduduk Bt 20















Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TV 3 yang mengadakan program Bersama Mu di Kampung Batu 20 darh Hari Ahad hingga Selasa.

Selain masyarakat tempatan yang diketuai oleh Ketua Kampung batu 20, Haji Isa juga terlibat dalam kerja gotong royong membersih kawasan sebuah rumah keluarga miskin ialah pasukan Bomba dan Penyelamat serta Pelajar MRSM Taiping.

Dalam wawancara dengan Stesyen TV Swasta itu, Saya berharap program itu dapat membantu menyedarkan masyarakat agar saling bantu membantu, sambil menggekalkan semangat kerijanan dan perpaduan yang kukuh.

Kerajaan boleh menyediakan kemudahan asas, tetapi rakyat juga harus bertanggungjawab untuk menjadikan segala pembangunan itu bagi tujuan hidup dalam keharmonian dan bersatu padu.

Lawat pengerusi tetap Larut


Selepas majlis perasmian Jambatan baru di Kampung Haji Mat Asek, Saya terus ke Hospital Daerah Taping, melawat Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Larut, Abdul Razak yang dimasukan ke wad kerana rawatan.


Razak kali pertama menjalankan tugas sebagai Pengerusi Tetap di Persidangan Agung tahunan UMNO Bahagian yang diresmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri di Batu Kurau pada 11 Julai yang lalu.


Beliau telah menjalankan tugas yang cukup baik dan berjaya mengawal kerenah para perwakilan yang hadir.


Razak dari cawangan UMNO Kampung Perak pertama kali dipilih sebagai Pengerusi Tetap tanpa bertandingan dalam Persidangan Agung Bahagian yang diresmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia tahun lalu.


Didoakan semoga beliau sempat sembuh dan kembali menjalankan tugas hariannya.

20 July 2010

Jangan Rosak Harta Benda





Tengahari tadi, Saya menghadapi majlis pembukaan Jambatan baru di Kampung Haji Mat Ashek dekat Sungai Ara sambil menyeru agar proek yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja dapat digunakan sepenuhnya oleh penduduk, tetapi dijaga seperti harta benda mereka sendiri.

Ini adalah kerana tiada rasa tanggung jawab, ada projek Kerajaan yang telah dirosakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pada majlis tersebut juga diadakan majlis berkelah bersama penduduk Kampung. Turut hadir menyaksikan pembukaan Jambatan berharga RM 150,000 itu ialah wakil Pegawai Daerah dan Ketua-Ketua Kampung dan Masyrakat tempatan.

Jambatan itu dibina bagi menggantikan Jambatan lama yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Saya juga berharap kontrektor yang terlibat dengan projek Kerajaan supaya menjaga kualiti dan mengikut spekfikasi bagi menggelakan timbulan sebarang masalah kepada rakyat.

Pemantauan keatas perlaksanaan projek Kerajaan haruslah juga dilakukan oleh JKKK dan Agensi yang terbabit bagi menggelakan kontrektor mengambil mudah keatas projek yang dilaksanakannya.

18 July 2010

Durian






JKKK perlu pro aktif kerana ditangan mereka terletak kunci keharmonian penduduk kampung.

Justeru mereka kena pastikan tiada siapa yang menjalankan atau mengadakan aktiviti tanpa kebenaran JKKK bagi mengelakkan sebarang perpecahan.

Saya nyatakan demikian dalam majlis kenduri durian di sewan JKKK sungai Kuning petang semalam.

JKKK harus waspada keatas kegiatan mereka yang cuba memecah belahkan rakyat.

Ketua polis Selama Samsudin, penolong pegawai daerah, Suhaimi dan penghulu Selama Ridzuan. Serta ketua kampung sungai Kuning, Haji Abdul Rahman turut hadir.

17 July 2010

Raja Perihatin





Pemangku Sultan Perak,Raja D r Nazrin Sultan Azlan Shah sentiasa perihatin dengan nasib rakyat luar bandar termasu di Selama, kubu Gajah dan Batu Kurau.

Setiap kali berbincang mengenai pembangunan Perak, kawasan-kawasan ini sentiasa diberikan perhatian oleh baginda.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ketika berucap di hadapan lebih 3,000 tetamu tetamu yang hadir meraikan keberangkatan Pemangku Sultan Perak di majlis jamuan rakyat peringkat Daerah Kecil Selama di padang Majlis Bandaran Selama, tengahari ini.

Dr Zambery turut menyeru rakyat mempertahankan Institusi Raja-Raja beperlembagaan yang telah menjadi teras ketuanan Melayu semenjak turun temurun yang telah berakar umbi dalam sejarah kebudayaan dan adat resam mereka.

Raja Sir Chulan Sultan Abdullah pernah mentadbir Selama 10 maka sebab itu penduduk-penduduk di Daerah Kecil ini tidak seharunya melupakan Allhyarham yang banyak berjasa membangunkan kawasan tersebut.

Menteri Besar juga turut mengumumkan projek Lebuhraya Jelapang-Selama sepanjang 85 kilometer melalui Kubu Gajah dengan kos yang dianggarkan RM 2.5 billion yang sudah pasti akan membawa sinar pembangunan tanah di sekitar kawasan yang terlibat termasuk di Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Projek secara pengswastaan itu akan dikendalikan oleh sebuah Konstorium dan masih lagi di peringkat perbincangan oleh pihak-pihak tertentu.

Di majlis tersebut juga Tuanku Raja Dr Nazrin turut menyampaikan bantuan rumah PPRT kepada beberapa orang penduduk termiskin termasuk hanapiah bin talib daripada Kampung Sungai Jernih dalam DUN Kubu Gajah.

Rumah tersebut bernilai RM 33,000 yang dikendalikan oleh Felcra dan Kemas.

Baginda juga turut menerima persembahan buah tangan daripada Penghulu sembilan Mukim dalam Daerah Larut, Matang dan Selama.

Majlis jamuan makan tengahari yang turut dihadiri oleh Pemimpin pelbagai kaum itu telah diserikan oleh Pancaragam Sekolah Menengah Tun Azlan Shah, Taiping.

Pegawai Daerah LMS, Datuk Mahmud Murshidi dan keempat-empat Wakil Rakyat dalam Parlimen Larut berakhir dalam suasana penuh ceria dan semangat perpaduan.