Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TV 3 yang mengadakan program Bersama Mu di Kampung Batu 20 darh Hari Ahad hingga Selasa.
Selain masyarakat tempatan yang diketuai oleh Ketua Kampung batu 20, Haji Isa juga terlibat dalam kerja gotong royong membersih kawasan sebuah rumah keluarga miskin ialah pasukan Bomba dan Penyelamat serta Pelajar MRSM Taiping.
Dalam wawancara dengan Stesyen TV Swasta itu, Saya berharap program itu dapat membantu menyedarkan masyarakat agar saling bantu membantu, sambil menggekalkan semangat kerijanan dan perpaduan yang kukuh.
Kerajaan boleh menyediakan kemudahan asas, tetapi rakyat juga harus bertanggungjawab untuk menjadikan segala pembangunan itu bagi tujuan hidup dalam keharmonian dan bersatu padu.
Selain masyarakat tempatan yang diketuai oleh Ketua Kampung batu 20, Haji Isa juga terlibat dalam kerja gotong royong membersih kawasan sebuah rumah keluarga miskin ialah pasukan Bomba dan Penyelamat serta Pelajar MRSM Taiping.
Dalam wawancara dengan Stesyen TV Swasta itu, Saya berharap program itu dapat membantu menyedarkan masyarakat agar saling bantu membantu, sambil menggekalkan semangat kerijanan dan perpaduan yang kukuh.
Kerajaan boleh menyediakan kemudahan asas, tetapi rakyat juga harus bertanggungjawab untuk menjadikan segala pembangunan itu bagi tujuan hidup dalam keharmonian dan bersatu padu.
2 comments:
YMDS,
Banyak kempen YMDS tertumpu kpd. perpaduan.
Dikalangan UMNO saya lihat tiada perpaduan disebabkan tidak berpegang kepada prinsip win/win (menang/menang)situation dan konsep pencapaian didahulukan.
UMNO mempunyai keahlian 3,186,850. Kalau mereka yang sama dapat untung dan yang lain hanya buka mata bermakna kita tidak memperjuangkan konsep menang-menang.
Misalnya wakil rakyat yang sama akan menjadi senator/duta bila merpencen. Yang lain 3 juta lagi dapat apa? Jadi mereka keluar dari UMNO.
Begitu juga bila memilih pemimpin. Macam Yasir Arafat. Yassir Arafat gagal dipersada dunia kerana memilih saudaranya yang kurang fasih berbahasa inggeris dan berbahasa Arab menjadi duta di PBB. Sepatutnya ada lebih baik beliau memilih yang pandai banyak bahasa utama didunia bukan yang hanya memanaskan kursi PBB.
Kita ada lebih 3 juta UMNO kenapa tak ada data base tentang mereka yang boleh bertutor banyak bahasa sebagai duta. Sebab itu banyak negeri tak mahu melabur di Selama kerana yang dihantar jadi duta tak tahu bahasa Rusia, German, Brazil dll. Saya fikir tentu ada ahli UMNO yang boleh berbahasa Sepanyol selain daripada Arab dan Francis kalau kita ada data base yg. lengkap.
INILAH YANG SAYA MAKSUDKAN PENCAPAIN DIDAHULUKAN.
Tapi kalau macam main dam sahaja (pepetah Inggeris) buah dam yang baru tak masuk padang. Cuma buah dam yang sama jadi CEO/pengarah syarikat kecil hingga yang ke syarikat besar. Sepatutnya kalau untung tak bertambah bagi syarikat yang diterajui tukarlah dengan CEO/pengarah yang baru.
Dalam UMNO selalu ada Team A dan Team B. Pilihlah ketua yang dapat mengharumkan bangsa Melayu ke persada dunia dan yang mesra rakyat.
Saya rasa Sultan Brunei sangat mesra rakyat kerana YM mengundang saya yang tak ada Tan Sri/Datuk/Bintang dll kemajlis perkahwinan anaknya dan bertahil di istananya.
Saya menyeru ahli UMNO memilih pemimpin yang mesra rakyat dan yang boleh mengkayakan semua Melayu tapi bukan main dam (orang yg. sama dapat untung)
sahaja.
Terima kasih YMDS.
YMDS,
Masyarakat Yahudi mempunyai semangat espirit-de-corp, iaitu semangat kekitaan/setiakawan dimana tiap2 ahli dianggap seperti ahli satu keluaraga yang besar. Mereka hanya 1 juta di USA tapi mereka tak mahu jadi pemimpin kerana lebih senang menguasai pemimpin seperti President US kalau kita sudah menjadi kaya raya. Sebab itulah President Amerika ikut telunjuk mereka. Perkara ini dianggap tidak korupsi.
Yang kita takut ahli UMNO semua hendak jadi pemimpin walaupun 2 bulan sekali pergi periksa doktor dan lebih2 lagi tak tahu perjuangan UMNO (MELAYU) misalanya tidak ada keyakinan Bahasa Melayu boleh menjamin pekerjaan. Saya lihat ramai CEO cakap Inggeris tapi untungnya hanya 3 sen seringgit. Boleh ACT (berlakun)sajalah berbahasa Inggeris tapi untungnya tak seberapa. Yang mendengarnya hampir semua Cina dan Melayu satu pun tak ada orang putih. Saya tanam kelapa sawit lebih untung. Tanyalah orang yang terkaya sekali di Sg. Dendang kalau tak percaya.
Itulah beberapa sebab berpecah belah.
Slogan orang Yahudi ialah kaum merekalah kaum pilihan Tuhan.
Kalau yang berhormat masuk kumpulan mereka soalan yang pertama sekali diajukan kepada ahli ialah menyoal siapa yang belum dapat kerja. Bagi mereka yg tak dapat kerja di ajukan kepada Pengarah syarikat mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Kalaulah wakil rakyat kita yang menjadi pengarah syarikat dapat memberi pekerjaan kepada mereka yg. tidak bekerja sudah tentu kita dapat bersaing dengan orang Yahudi.
Saya lihat dalam plan tindakan kampung Padang Dan dan Kampung Kuang di Baling
ada sejumlah 32 dan 151 pengganggur. Bolehkah Senator dan ADUN Baling memberi pekerjaan dalam syarikan mereka?
Begitu juga agama Christian Seven Adventist. Boss saya dahulu adalah penganut Seven Adventist. Jika ada 50 calon Melayu memohon pekerjaan dan hanya seorang sahaja penganut Seven Adventist maka tentulah calon tersebut akan dipilih (100% dapat kerja manakala yang Melayu 100% tak dapat).
Lihat contoh bagaimanakah 2 penganut ini menolong kaum mereka.
Lagi satu perkara, kita masih lagi pengaruh kedaerahan dan kepuakan (berpuak2). Saya lihat undi YMDS berbeza dengan YB D. Jafri. Muungkin yang seribu itu adalah penyokong Dato Jafri tapi bukan penyokong YMDS.
Saya mohon orang Melayu ADUN Kubu Gajah janganlah berpuak2, pilihlah calon yang rajin seperti turun padang dsbnya.
Sekian. Terima kasih YMDS.
Post a Comment