Template by:
Free Blog Templates

27 July 2010

Bumi Hijau






JKKK diseru mendapatkan panduan bagi Jabatan Pertanian bagi menggalakan penduduk tempatan bercucuk tanam.

Ini dapat menggurangkan orang tengah mengambil kesempatan pada ketika kita digalakan berjimat cermat dan kenaikan harga barang oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Saya berkata demikian ketika meresmikan kursus penyelidikan baja organik. penceramah anjuran Jabatan JKKK Kampung Sungai Segar bersama Pejabat Pertanian Daerah Kecil Selama.

Haji Hlmi bin Haji Rosli, Penolong Pegawai Pertanian Pusat Latihan Pertanian Selama dan Zulmajidi Rafidi bin Abdul Rahim, Pembantu Pertanian Selama turut memberi ceramah di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Segar yang turut disertai Ketua-Ketua Kampung berdekatan.

Saya juga berharap JKKK mencari jalan bagi memajukan tanah-tanah terbiar yang masih banyak tidak digunakan sepenuhnya oleh pemilik tanah berkenaan.

Dalam pertandingan gubahan ulaman, Salasiah binti Salimi muncul pemenang pertama, diikuti Saliah binti Mat Lazim kedua dan Faridah binti Othman ketiga.

3 comments:

jebat said...

YMDS,
Assalamualaikum,

Memang rancangan Bumi Hijau ini bermanfaat kepada rakyat.

Tetapi apakah pemimpin2 lain menghayati intipati rancangan Bumi Hijau ini?

Terutamanya KG di Selanor yang asyik menyondol pasir, dan Tok Nan di Pahang yang asyik membaham BALAK dan Tok Guru yang asyik menarah bukit di Kelante hingga pendudk susah nak gena air sungai.

Harap-harap mereka akan sedar !!

'Wahai manusia ! Jangan-lah kamu membuat kerosakkan di muka bumi ini'...maksud ayat al Quran.

Anonymous said...

YMDS,

Bolehkah JKKK membantu memajukan tanah terbiar?

Saya pernah menerangkan kepada Pengurusi JKKK salah satu sebab tanah terbiar kerana banyaknya kera dan babi merosakkan tanam2an.

Selepas itu mereka menghantarkan rela yang tidak 'profesional'. Mereka ini rela yang tidak pernah menanam pisang atau rambutan.

Rela datang semasa kera tak datang/ada. Mereka tidak tahu ada 6 puak kera di kampung saya dan mereka meng"attack" buah2an waktu pagi dan selepas tengah hari. Rela datang waktu lain. Apa nak dapat?

Mereka tidak tahu pun ada 6 puak kera2 di kampung saya..

JKKK tentu ada mempunyai tanah yang terbiar yang berkongsi adik beradik.

Kalau hendak peccah bahagian munkin tidak cukup seekar untuk seorang. Jadi mereka harus berkongsi untuk menjadikan seekar.
supaya boleh pecah bahagian.

Saya syorkan kerajaan mengambil alih kerja pecah bahagian supaya harganya tidak mahal. Zaman saya dulu hanya $600/ tapi sekarang lima ribu untuk dua ekar dipecah kepada dua bahagian. Saya rasa ketua kampung yang ada tanah pun tak boleh bayar begitu banyak.

Banyak lagi sebab2 terjadi tanah terbiar. Munkin badan amanah ADUN Kubu Gajah boleh dikuatkuasakan dan dapat mengambil alih tugas memajukan tanah terbiar hingga waris tuan tanah dapat mengambil kuasa. Kita rugi banyak dari segi hasil tanah dan cukai keluaran proses hasil tani terutama sekali kelapa sawit dan getah.

Kebanyakan tuan tanah ada di Ipoh, P.Pinang dan K.L. Kalaulah kerajaan mendalamkam peparitan seperti tanah paya yang terletak 300 meter dari rumah YMRaja Omar arah ke Bagan Serai nescaya kerajaan asas tani mendapat cukai jualan hasil tani berlipat ganda. Ada lebih 100 ekar tanah paya ini tapi ia tenggelam tidak dapat diusahakan. Tuan tanahnya ada di merata-rata tempat.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Saya pernah menanam anak getah yang dirosakkan oleh semua jenis haiwan termasuk babi. Pagarnya habis ditolak sekumpulan kerbau.

Setelah kejadian tersebut saya memohon kepada pejabat pertanian untuk menanam limau. Tapi alasan yang mereka beri kerana saya memohon tanaman kontan, bukan keutamaan.

Masalahnya hanya limau sahaja yang ditakuti oleh semua binatang tapi jabatan pertanian tidak memahami apa yang saya pohon. Kalau pokok getah sudah semua mati. Pokok limau tidak lagi menjadi tanaman kontan. Ia akan menjadi tanaman utama.

Yang saya susah hati ialah jika padi rosak dilanda banjir penanam padi dapat bantuan. Tapi jika tanaman saya mati semuanya kerana dirosakkan haiwan Jabatan Pertanian pun tak mahu membantu saya memberi anak limau setleh dipohon mengikut prosedur.

Permintaan saya kepada YMDS ialah jika YMDS berjumpa pegawai pertanian Selama tolong beritahu mereka meluluskan permohonan tanaman limau ditempat yang banyak binatang perosak.

Ada lebih baik YMDS cetak permintaan masyarakat untuk dibaca oleh pihak yang berkenaan.

Saya tak macam ketua kampung. Sesudah saya minta tolong daripada semua orang (termasuk Kementerian Pertanian KL)baru saya minta tolong kepada YMDS.

Sekian untuk makluman YMDS.