Template by:
Free Blog Templates

29 July 2010

Lawat peneroka sakit



Selepas mesyuarat pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, saya melawat seorang peneroka felda Ijok yang terlantar sakit.

Nor Bt. Ali, 47 tahun tinggal di Peringkat 2. Hadir sama ketua kampung felda Ijok, Haji Shukur Jaman.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu kos rawatan perubatan beliau.

Dalam taklimat JKM di mesyuarat tindakan daerah Larut Matang dan Selama. Masalah permohonan bantuan turut dibangkitkan.

Ia termasuk bantuan modal pusingan kepada ibu-ibu tunggal yang layak untuk berniaga.

Dalam taklimat tersebut, pegawai kebajikan daerah, Zambri Mohamed memaklumkan sebanyak RM 2,700 disediakan bagi ibu-ibu tunggal yang berhasrat berniaga.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Sampai masanya kita perlukan ada BIRO KEMASYARAKATAN yang aktf dan turun padang, baik pun di peringkat Bahagian dan Cawangan.

Begitu juga JKKK perlu mengadakan
Biro yang berkaitan dengan keuzuran dan kematian.

Saya rasa biro pendidikan bolehlah memanggil YB D Masitah untuk memberi ceramah kepada anak muda ADUN Kubu Gajah supaya mereka dapat menjaga ibubapa mereka semasa tua. Mungkin ceramah tersebut bertajuk 'anak yang SOLEH'

Buat kali pertama panggil anak muda yang ibu bapa mereka sakit dan pada bulan puasa ini zakat pun boleh kita berikan.

Saya ingat kalau yang berhormat turun padang hanya untuk melihat mereka yang uzur apa akan jadi pembangunan dan kemajuan pertanian di tempat kita. Tujuan politik memanglah baik tapi belum tentu cucu mereka mengundi BARISAN.

Kalau tak percaya tanyalah Hj. Zakaria, Mokhtaruddin, Pak Din, Abu Hassan dan pelajar2 IJOK yang datang dari sekolah YMDS di Bagan Serai dahulu.

Sekian harap YMDS mula berkempen. TV kita sudah mula berkempen. Tapi melawat orang tua sahaja saya rasa tidak mencukupi. Kemenangan kita adalah di atas pengundi muda.

Banyakkan berjumpa gulungan 21-40 kerana mereka ini banyak yang suka ikut2 tiada prinsip dan memilih PAS kerana persepsi penghuni kedai kopi.

Sekian untuk makluman YMDS.