Template by:
Free Blog Templates

28 July 2010

Peladang









Timbalan Menteri Pertanian dan Industri asas Tani, Datuk johari Bahrum menarik perhatian ramai apabila menyatakan tanaman buah limau bali di Parlimen beliau di kubang Pasu ketika Tun dr Mahathir mohamed menjadi Perdana Menteri begitu subur dan besar kerana sering dilawati oleh Pegawai kanan Peertanian.

Tetapi, bila, Dr Mahahthir tidak lagi menjadi Perdana Menteri, keadaan buah limau itu bertukar menjad semakin kecil, katanya ketika meresmikan Mesyurat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, pagi tadi.

Kata-kata beliau itu turut mencuit perasaan perwakilan yang hadir termasuk Pengarah Peladang Negeri, Kaamarul dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Zakin Din.

Begitupun, selepas Datuk Johari dilantik Timbalan Meneri Pertanian buah bali di Parlimen Kubang Pasu kembali besar. Beliau adalah juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, selepas perletakan jawatan Perdana Menteri.

Apa yang cuba diperjelaskan oleh beliau ialah Pegawai Pertanian harus turun padang memberi khidmat nasihat kepada Petani dan Peladang untuk menggunakan cara yang betul dan berhasil ketika bercucuk tanam.

Petani dan Pelandag yang betual-betual berusaha boleh mencapai hasil yang lumayan, malah kata Datuk Johari bua limau bali yang dijual di Ipoh suatu ketika adalah buah yang dihasilkan dari Parlimen beliau.

Beliau terpaksa menegur Pegawainya kerana tidak mahu petani dan peladang ketinggalan dalam mencaai hasil dan pendapatan yang baik.

Mereka ini berkemampuan untuk bersaing dengan petani yang lebih maju, jika mendapat tunjuk khidmat yang betul dari Pegawai Pertanian.

Datuk Johari turut menghulurkan tangan untuk membantu PPK Batu Kurau ddalam menjalankan program pertanian yang lebih meluas.

Beliau mengucapkan tahniah diatas keuntungan berganda PPK Batu Kurau Tahun lalu sebanyak RM 290,595 berbanding RM 133,324 tahun sebelummnya.

PPK Batu Kurau turut mendapat kontrak lebih RM 2 juta dan akan menceburkan diri dalam bidang ternakan lembu besar-besaran tidak lama lagi.

Pada majlis itu, Datuk Johari turut menyampaikan sumbangan PPK Batu Kurau kepada pelajar cemerlang dan bantuan basikal kepada pelajar miskin dan bantuan basikal kepada pelajar miskin.

2 comments:

Anonymous said...

aku cadangkan,kalau ada blogger yg pandai ni.mai check kedudukan ppk di kawasan MADA...

Anonymous said...

YMDS,

Di kawasan ADUN Kubu Gajah ni yang turun padang hanya wakil rakyatnya.

Jabatan Pertanian tidak turun padang. Tanah saya pun mereka tidak lihat walaupun sudah dilaporkan ke pihak atasan setelah permohonan saya untuk menanam limau tidak diluluskan.

Begitu juga jabatan perhilitan dan vertinar Perak.

Seterusnya JPS Perak tentang tanah paya terbiar.

Kenapa mereka tak turun padang.

Penghulu dan Ketua Kampung pun tak turun padang.

Masa Tun Dr. Mahathir Limau bali di Kubang Pasu berkembang dengan hebatnya.

Saya rasa bukan salah T. Dr. Mahathir tapi beliau silap pilih Menteri Pertanian kerana tidak memantau anak buahnaya turun padang atau tidak.

Kalaulah saya di Jabatan pertanian saya tukarkan pegawai pertanian yang tak turun padang ke tempat yang sensitif iaitu di mana masyarakatnya tidak tidur (tempat panas) atau petani yang 'educated'. Mereka ni saya rasa tidak membiarkaan pegawai pertanian membisu.

PPK Selama ada membuat projek tanaman nangka madu di Sg Malau. Tapi tidak berjaya mungkin salah pilih orang agaknya. Kalau berjaya pun nanti buahnya akan diserang kera. Perhilitan pula membela kera ini di hutan Pondok Tanjong.

Kalau 'complaint' pun tak makan saman kerana ia melibatkan dasar/undang2 negara.

Apabila melibatkan dasar/undang2 saya rasa yang berhormatlah patut turun padang. Manakala DO menjalankan dasar yang berhormat.

Tapi DO, ADO dan Penghulu mengharap 100% kepada JKKK turun padang. Biro ekonomi dan pembangunan JKKK tak tahu pun siapa milik tanah terbiar. Pemilihan Biro JKKK hendaklah dibuat berdasarkan matlamat kampung tersebut bukan ikut INFRA 100%. Contohnya BIRO TANAH TERBIAR, BIRO HAIWAN PELIHARAAN DAN LIAR, BIRO PERTANIAN bukan biro yang dicadangkan INFRA kerana masalah di Baling dan Selama lain daripada di Pangkor atau Sitiawan. Kalau di Sitiawan BIRO yang dicadangkan INFRA akan berjaya 100%.

Sekian untuk pertimbangan YMDS.