Template by:
Free Blog Templates

18 July 2010

Durian






JKKK perlu pro aktif kerana ditangan mereka terletak kunci keharmonian penduduk kampung.

Justeru mereka kena pastikan tiada siapa yang menjalankan atau mengadakan aktiviti tanpa kebenaran JKKK bagi mengelakkan sebarang perpecahan.

Saya nyatakan demikian dalam majlis kenduri durian di sewan JKKK sungai Kuning petang semalam.

JKKK harus waspada keatas kegiatan mereka yang cuba memecah belahkan rakyat.

Ketua polis Selama Samsudin, penolong pegawai daerah, Suhaimi dan penghulu Selama Ridzuan. Serta ketua kampung sungai Kuning, Haji Abdul Rahman turut hadir.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pengelaman saya dahulu semasa aktif jadi ahli UMNO perpecahan berlaku kerana hendak memilih naib/timbalan ketua sahaja. Tak lebih daripada itu.

Ramai ahli tidak tahu siapa yang hendak pilih.

Akhirnya mereka pilih kaum kerabat mereka sahaja.

Mungkin Di Selama dahulu pernah hendak terjadi demikian semasa Datuk Kassim menjadi YB.

Jika terjadi macam di tempat saya dahulu di mana isteri ketua jadi ketua wanita, timbalannya ialah bapa saudaranya dan jawatan kuasa ramai yang terdiri daripada saudara mara ketua.

Saya tidak lihat perkara ini sebagai nepotisma kerana semua yang hadir dipersidangan tidak tahu kewibawaan/kebolehan tiap-tiap yang bertanding jadi mereka pilih ikut cakap cadangan Ketua sahaja.

Akhirnya perpecahan berlaku kerana orang baru hendak masuk tidak dapat masuk, termasuklah ahli2 yang baru (jika dilihat mereka itu lebih berwibawa/pandai/rajin) disekat untuk memasuki cawangan tersebut. Kalau hendak masuk pun borang permohonan banyak kali hilang. Saya tak dapat untuk mengesan permohonan baru, maklumlah yang bekerja di pejabat UMNO hanya seperti bekerja sukarela sahaja.

Jadi saya memohon YMDS menerangkan sedikit CV kerja sukarela yang dicalonkan untuk mengelakkan mimilih calon yang tak rajin semasa persidangan supaya yang tidak terpilih tidak kecil hati dan jadi katak pula.

Selalunya ahli yang tiada idelogi akan menjadi katak-lompat sana dan lompat sini. Nasib baik kami ramai yang berpegengan kepada perlembagaan UMNO/ideologi UMNO.

Kalau tidak jadi katak puru la.