Template by:
Free Blog Templates

13 July 2010

Baiduri



Pasukan badminton Badan Amal Isteri-isteri Wakil Rakyat Perak (Baiduri) pagi ini berlepas ke kota kinabalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meraikan pasukan seramai lebih 30 orang di majlis sarapan pagi di kediaman beliau di Ipoh.

Dr Zambry memberi kata-kata semangat kepada pasukan badminton Baiduri pimpinan Datin Seri Saripah Zulkipli yang akan menyertai kejohanan badminton dan bowling di Sabah.

Baiduri pernah menjuarai kejohanan badminton Bakti yang diketuai isteri Perdana Menteri.

Suami-suami Baiduri turut hadir memberi kata-kata semangat sebelum mereka berlepas menaiki bas menuju KLIA.

1 comments:

Anonymous said...

TMDS,

Saya syorkan YMDS galakkan ahli Baiduri turut berkempen bersama-sama suami terutama sekali di kawasan ADUN yang kritikal seperti di Kubu Gajah. Lepas menang barulah joli sana sini, nak main guli dan congkak di Bandung pun boleh. Dulu saya lihat ramai menuju Jakarta selepas pilihan raya. Kenapa tak Bandung?

Saya terlalu risau kita kalah di Kubu Gajah sebab itu saya tak pergi joli mana-mana tempat walaupun saya ada duit. Saya kempen melalui internet. Barang siapa orang Melayu nak berkelahi saya betulkan. Utayakumar marah Melayu saya betulkan. Penyokong Lim Guan Eng juga saya betulkan

Tak sampai 2 tahun lagi pilihan raya. Siaran TV sudah berkempen. Bila lagi ahli BAIDURI Perak?

Saya suka sangat kalau salah satu kriteria nak pilih wakil rakyat ialah isteri mereka yang membantu suami mereka semasa berkempen atau turun padang.

Kalau rakyat tak pilih orang begini saya rasa kita akan rugi seumur kata orang Kelantan.