Template by:
Free Blog Templates

9 July 2010

Udang galah bawa rezeki





Mengusaha udang galah adalah satu pendapatan yang agak lumayan kepada penduduk di Kelian Gunung di Ulu Ijok.

Ada taukey-taukey besar yang sanggup mencari tanah untuk projek udang di Ulu Ijok memandangkan keuntungan yang begitu baik.

Terdapat lebih 100 buah kolam udang galah di Kelian Gunung yang diusahakan samada secara individu atau berkelompok.

Saya turut melawat sebuah kolam udang galah di Kelian Gunung yang diusahakan oleh seorang penduduk.

Ada juga kolam udang galah yang diusahakan oleh JKKK di Kelian Gunung dan Sungai Jernih.

Adalah menjadi harapan saya selaku wakil rakyat untuk melihat usaha udang galah di Dun Kubu Gajah ini mendapat pasaran yang lebih luas bagi mengalakan industri itu berkembang.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ikan Kelesa/Arowana yang kecil berharga $600.00 yang besar mencecah lebih $20,000 ringgit.

Cuba galakkan orang Tebing Tinggi membela Arowana di kawasan tanah paya dari depan Markas PAS hingga ke Sungai Lembah Keluang/ Sg.KRIAN.

Saya lihat ada air jernih mengalir di alor dari anak sungai Dendang, menuju ke belakang rumah YM Raja Omar dan menyeberangi jalan dekat markas PAS dan seterusnya ke Sungai Lembah Kluang dan Sungai Krian.

Ikan kelesa memerlukan air jernih yang mengalir ke kolam2nya.

Cuba YMDS lihat kolam Kelesa dekat Bukit Torak dan Cangkat Lobak dan seterusnya di Bukit Merah.

Saya cadangkan semua wakil rakyat Selama/Kubu Gajah yang telah bersara keluarkan modal saham untuk memelihara ikan kelesa.

Saya sendiri mahu menanam modal $10,000 kalau YB2 mahu memulakan memelihara ikan tersebut.

Sekian pendapat saya.