10 July 2010
Wanita Umno
Melayu akan hilang kuasa dan ketuanan melayu jika mereka tidak bersatu dan mementingkan politik individu.
Justeru jika orang Melayu mahu kekal dan terus berkuasa mereka harus bersatu dan elak daripada berpecah.
Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung perwakilan wanita bahagian Larut di bangunan UMNO Batu Kurau pagi tadi.
Pilihanraya umum ke-13 lebih mencabar dan ahli-ahli UMNO harus bersedia dari segi mental dan fizikal.
Peranan wanita penting dalam membantu membangunkan rakyat dan negara.
Justeru, wanita akan terus berganding bahu dalam memikul tanggung jawab bagi mencapai hasrat tersebut.
Persidangan agung UMNO bahagian Larut akan diadakan esok, ahad 11 julai di Batu Kurau oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Pesanan untuk ahli parlimen atau adun sila ambil perhatian.kelohan dis ampaikan di Fb selama perak D.R
Mazlan Ali
aku d besaqkan di kg sg jambu.....DUN Selama/Parlimen Larut..
masalah lalat....... dah berpuluh tahun penduduk kg aku merana......
yg sedihnya.....ms aku kawin dulu.... jutaan lalat tlh menyerbu kenduri kawin aku..... ALLAH S.W.T. saja yg tahu perasaan aku pd ms tue.....
klu dgn org kg aku aku x kisah...sbb depa dah lali....tp dgn sahabat handai yg dtg dari jauh..... dan dgn rmbgn pengantin pompuan yg dtg ramai.... cuba anda sume pikir....wahai ahli Parlimen/Dun...
bkn aku srg je merana...tp seluruh penduduk kg....skali......
ngan penduduk jiran sekali,... sg terap...... klu ada ihsan dr admin.. bwk karam singh walia je...ms ada kenduri kawin sapa2 penduduk kg aku kawin.... cr bila time musim ujan.... bln 11/12.. bru terangkat depa2 yg bertangggungjawab......
YMDS,
Pengelaman saya berkenaan Melayu boleh berpecah kerana mereka berebut2 hendak jadi pemimpin. Di kampung ulu2 misalanya ada 'degree' sahaja mula tarik siong nak jadi pemimpin.
Yang ramai hendak jadi pemimpin ialah mereka yang bernafsu kuat tapi tenaga kurang.
Pemimpin 'remote control' selalunya memilih orang kanannya menjadi lipas kudung. Kerja2nya banyak didelagasikan.
Bahasanya selalu ia mencadangkan 'bentuk jawatan kuasa' atau 'buat penyelidikan' sebelum kita dapat menyelesaikan masalah atau membuat polisi.
Sebagai contoh ramai rakyat pindah ke bandar (transmigrasi) kerana tarikan kemudahan yang terdapat di bandar lebih baik daripada di luar bandar.
Semua orang tahu tentang perkara ini. Tapi pemimpin 'remote control' mencadangkan buat kajian terlebih dahulu supaya mereka yang lari ke bandar mahu balik ke kampung.
Sesudah itu buat jawatankuasa kecil untuk merancang tindakan supaya mereka pindah balik ke kampung dan memajukan kampung mereka sendiri macam FELDA.
Jadi kalau ada pemimpin 'remote control' dan ada pula yang rajin hendak menjadi pemimpin maka terjadilah team A dan team B berbalah antara satu dengan yang lain dan akhirnya Melayu tidak akan bersatu.
Sejarah negara Islam di Sepanyol kurun 12 dan 13 membuktikan perkara ini. Sultan A lawan Sultan B. Bila B menang lawan pula Sultan C dan apabila Sultan C menang dia lawan pula Sultan D dan seterusnya hanya Sultan K satu sahaja yang tinggal. Apabila tinggal satu Sultan K sahaja perang Salib pun dapat menawan Sultan K tersebut dengan senang. Itulah kekayaaan Illahi
Kita mesti wajibkan mata pelajaran Sejarah menjadi tunjuk ajar kepada anak2 muda.
Analogi ini bolehlah dikaitkan dengan team YMDS dengan team Dato Hamzah. Akhir-akhirnya Y. berbahagia Dr. PAS yang menang.
Kalau PM berebut jawatan dengan PM yang lama. Mungkin YB Lim Keat Siang jadi PM atau pun PM wayang kulit. Kalau Cina lawan Melayu. YB Samy Velu pula yang jadi 'PM'. Perkara ini berlaku di US. Hanya 1 juta Yahudi yg ada di US tapi boleh mengkontrol US dan seterusnya dunia. Kalau mereka dapat kawal PM sudah tentu kerja demikian lebih baik daripada menjadi PM. Saya pun mahu jadi wayang kulit.
Kalaulah YB Samy Velu ada otak macam Yahudi (tapi otaknya tak begitu tapi seperti otak India juga) beliau boleh kontrol PM kita dengan senang sahaja ikut telunjuk. Apa minta pun dapat. Kalau saya macam yang berhormat saya minta kawin lagi satu.
Saya lihat bila pemimpin ada isteri muda fikiranya dan pakaiannya juga berubah menjadi muda. Becakap pun gagah macam orang muda. Kalau tak percaya tanyalah mereka yang berkahwin muda atau pakar psikoligi.
Saya tak bohong YMDS. Tanyalah mereka yang mengalami dan bacalah sejarah Granada, Sepanyol dan lain2.
YBD Soi Lek walau pun tak kawin lagi satu tapi mungkin beliau baca buku HIT or MIS MANAGEMENT tulisan Gene Perret.
Sekian. TK.
YMDS,
Saya nak cakap tentang pandangan Encik Mazlan Ali tentang lalat.
Ada dua tempat pemeliharaan ayam dekat dengan kampung saudara. Yang berhampiran sekali ialah di Bukit Beritngkat. Saya ingat yang inilah yang membawa lalat. Sejak tapak pemeliharaan ayam ini bertapak di situ lalat mulai merebak.
Yang ada di Jalan ke Batu Kurau itu agak moden. Bau taik ayam pun saya tak dapat hidu walaupun kipas anginnya sangat kuat.
Saya rasa kalau YMDS dan YBD Daud tak boleh buat apa2 tanya SU D.S. Rais Yatim orang Sg. Jambu. Minta tolong pada beliau pula kerana saya nak calonkan beliau menjadi wakil rakyat Selama. Saya akan melobi PM kerana ia lemah lembut orangnya, tidak kasar. Orang beginilah yang kita mahu jadi wakil rakyat.
Yang sebenarnya tempat pemeliharaan ayam tersebut bersepah, tidak setempat seperti tempat pemeliharaan kambing.
Kalau di bandar, Majlis Perbandaran datang dengan cepat. Bolehlah Tuan laporkan ke Majlis Perbandaran Selama.
Inilah kerja YB kerana perlu ada undang2 supaya tempat pemeliharaan haiwan tidak diletakkan di kawasan perkampungan/perumahan. Perkara inilah yang perlu dibahaskan di persidangan.
Kalau mereka tak mahu ikut undang2 kita buat pula peraturan tempatan untuk membayar pampasan kepada mereka yang mengadakan kenduri.
Sekian pendapat saya untuk membantu beliau.
Saya harap Encik Mazlan dapat membantu saya untuk melobi supaya Setia Usaha DS Rais Yatim jadi wakil rakyat Selama nanti.
Saya jumpa PM dan Encik Mazlan tolong jumpa MB Perak utk mencalonkan orang Sg. Jambu jadi wakil rakyat jika masalah lalat tidak dapat diatasi sebelum pilihan raya yang akan datang.
Kalau tidak dapat, kita lobi pegawai tinggi JPA orang Sungai Jambu (Ipar pengunting rambut kita) jadi wakil rakyat.
Sekian. Terima kasih.
YMDS,
Tiap-tiap kali ada persidangan puteri, wanita dan pemuda, cuba YMDS check (tanya tanya secara rambang) berapa orangkah yang belum mendaftar menjadi pengundi?
Saya selalu duduk semeja makan dengan orang2 muda. Soalan pertama yang saya tanya ialah sama ada mereka sudah mendaftar untuk mengundi. Soalan kedua 'berapakah ahli keluarga mereka yang mereka telah bawa menjadi ahli UMNO? Yang paling mendukacitakan ialah soalan yang kedua.
Saya rasa ramai ahli puteri dan pemuda yang belum berdaftar.
Agenda wanita sepatutnya menentukan semua ahli sudah pun mendaftar terutama sekali ahli puteri. Tak gunalah kerja keras kalau mereka tidak mendaftar jadi pengundi.
Dulu saya duduk di kursi panas sampai petang tapi yang ramai tak mengundi ialah kaum puteri. Mereka tak kenal saya tapi saya kenal mereka. Maklumlah orang lelaki suka lihat kaum perempuan dan begitu juga kaum perempuan mahu melihat YMDS dan keluarga datang mengundi dengan dua buah kerita sekurang2nya. Tapi mereka mis melihat keluarga YMDS. Tentukan dalam pilihin raya yang akan datang keluarga YMDS datang dengan 3 kerita mengalahkan saya yang hanya datang dengan dua kerita.
Sepatutnya kita jangan berlawan untuk jadi wakil rakyat tapi berlawan siapa yang paling banyak bawa ahli keluarga mengundi semasa pilihan raya.
Sekian untuk makluman YMDS supaya YM dapat bertanya2 kepada mereka yang muda sama ada sudah mendaftar atau tidak di perhimpunan esok.
TK YMDS.
YMDS,
Kalau boleh tolong ingatkan YBMB kita tentang idea yang dicetuskannya untuk membangunkan kawasan ADUN Kubu Gajah di persidangan besok.
Terima kasih YMDS.
Post a Comment