Template by:
Free Blog Templates

24 July 2010

Laksa Latar Panggung





Sedap diharap laksa, Salasiah Razali di Latar Panggung di Kampung Teras suatu hari nanti akan menarik minat ramai pengunjung tempat perkelahan itu.


Kebetulan ketika Saya meninjau pusat perkelahan tersebut, Salasiah, satu-satunya penghuni di latar tersebut baru memulakan perniagaannya di situ.


Saya ke sana bersama Ketua Kampung, Wahab Mat Yatam untuk melihat kemudahan yang perlu diadakan. Peringkat awal ini, Saya telah meluluskan dua buah chalet, sebuah tandas awam dan sebuah pentas untuk kegunaan para pengunjung.


Gerai Salasiah juga akan dibaik pulih. Pada saya yang penting pusat perkelahan Latar Panggung itu akan terus menjadi tumpuan orang ramai, terutama apabiala jalan baru dari Kampung Mesjid melalui Kampung Teras ke Ulu Mengkuang mula digunakan tidak lama lagi.


Jika pusat perkelahan ini tidak dimajukan, tidak ada maknanya jalan-jalan baru diwujudkan oleh Kerajaan. Setidak-tidaknya membeli peluang penduduk tempatan menjual hasil produk mereka sebagai pendapatan tambahan.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang perlu diperoalkan sekarang boleh tidak kerajaan bantu Laksa Salasiah untuk diekspot kerana mereka ni tak tahu apa nak buat untuk memjukan lagi jualan mereka. Mereka tak nampak jalan. Kata orang Cina tak nampak lobang.

Yang kedua pembangunan yang berkaitan dengan proaktif dan reaktif.

Kalau kita buat jalan dahulu barulah kawasannya dimajukan mungkin perkara ini dianggap sebagai proaktif dan diikuti dengan reaktif.

Tapi kalau kita sudah majukan dahulu sesuatu kawasan tapi jalan leterite tidak dibuat (kami buat sendiri). Perkara ini dianggap proaktif tanpa reaktif dari kerajaan.

Yang peliknya ahli keluarga JKKK pun ada tanah di situ. Mungkin ahli JKKK hendak jual tanah mereka supaya mereka dapat tanah baru.

Lagi satu biro JKKK perlulah proaktif manakala biro parti polotik hendaklah reaktif.

Saya lihat JKKK kampung saya juga macam ahli politik. Mereka mahu kita laporkan kepada mereka walau pun mereka selalu mengalami kemunduran kampung mereka.

Sebagai contoh mereka tahu banjir selalu berlaku 300 meter dari rumah ayahanda YMDS tapi mereka tunggu orang kampung berikan kertas kerja. Mereka (JKKK) bukan penggubal undang2 seperti wakil rakyat dan biro politik yang lain.

Sepatutnya biro politik membuat dasar dan undang2 seperti tidak membenarkan lori berat memasuki jalan leterite di kampung2. Kalau masuk deposit $2000 hendaklah diletakkan di ketua kampung untuk membaiki jalan yang rosak.

Jalan leterite yang saya baiki rosak kerana tidak ada peraturan dan undang2 yang ketat.

Begitu juga Pehilitan hendaklah membayar ganti rugi kerana membuang kera di hutan simpan Pondok Tanjung. Cuba tanya Perhilitan berapa kali mereka buang kera di hutan Pondok Tanjung sejak 1963 semasa dewan negeri bersidang nanti. Sebelum tahun tersebut tiada seekor kera/monyet pun yang terdapat di Tebing Tinggi.Tapi tiba2-malai bertambah.
Pehilitan tak turun padangkah. Asyik reaktif sahaja. Kalau tak ada orang complaint duduk sahajalah dalam office. Buatlah banci berapa jumlah babi dan kera merosakkan tanaman kebun jika tidak ada complaint dari masyarakat. Dan berapa orang telah digigit ular di ADUN Kubu Gajah.
Sekian untuk makluman.

Saya lama sudah tak masuk kebun yang banyak ular kerana jika kita tanggkap Perhilitan akan tangkap kita. Tidak ada keputusan antara Perhilitan dengan rakyat. Jadi kebun tersebut menjadi terbiar, sudah jadi rumah ular pula.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

YMDS telah berjaya mengikut jejak langkah YAB Perdana Menteri Kita.

Bila YMDS melawat, YMDS meluluskan peruntukan 2 chalet, 1 tandas dan 1 pentas. Begitu juga YAB PM kita ke Serawak atau pun ke mana2

Itulah maksud turun padang yang sebenarnya.

Turun padang yang lagi satu tu macam YAB Menteri Besar Perak hendak memajukan pekan Kubu Gajah. Turun padang begini macam turun padang angan2 MAT JENIN sahaja. Beliau tidak sanggup memberi peruntukan seperti yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri kita.

Elok juga keluarkan bantuan sekarang supaya Datuk Zahid tidak katakan korupsi. Kalau dekat pilihan raya perkataan ini akan meluas diinterpretasikan sebagai korupsi.

Kesimpulannya YMDS hendaklah memberi bantuan pada masa sekarang bukan bila dekat pilihan raya kerana PKR dan PAS akan sama2 mengatakan YMDS 'korupsi'.

Lagi satu bila beri bantuan utamakan rakyat ADUN Kubu Gajah yang mendapat keuntungan.

Kita takut ternakan moden Pondok Tanjung akan dikerjakan oleh Bangla dan Indon Manakalanya eksekutifnya bukan datang dari kawasan ADUN Kubu Gajah termasuklah doktor haiwan, datang dari KL atau Keluang.

Sebagai contoh kalau YMDS dalamkan perparitan di belakang rumah ayahanda YMDS lebih seratus orang yg dtg. dari kawasan ADUN Kubu Gajah yang dapat keuntungan hasil kelapa sawit.

Tapi kalau 2 chalet di latar panggung berapa orang tempatan yang dapat manufaatnya, hanya 50 orang lebih kurang. Tapi kalau dalamkan parit belakang rumah ayahanda YMDS hingga bertemu Sungai Lembah Keluang dekat Tengkolok Jatuh, yang untung lebih 100 orang tempatan. Manakala cukai hasilnya adalah 5 kali lipat (ganda) daripada 2 chalet yang dibina jika harga sawit berligar dengan harga yang ada sekarang.

Kalau kita cari duta Malaysia yang dapat mempromosikan minyak sawit, untungnya akan berlipat ganda.
YMDS recommendlah yang menjadi duta yang pandai cakap tentang kelapa sawit. Kalau wakil rakyat yang pencen jadi duta macam mana mereka nak jual minyak kelapa sawit.

Saya hanya memberi contoh.