Template by:
Free Blog Templates

8 July 2010

Lawat




Dalam hujan yang turun renyai, saya sempat menziarah satu kematian dan sakit di kampung sungai Simpoi, Ulu Ijok petang semalam.

Jenazah Allahyarham, Faizul Bin Mohd Senawi, 38 tahun tiba dari ibu kota lewat petang semalam dan selamat dikebumikan.

Di rumah yang sama saya melawat warge emas, Abdul Ghalib Bin Awang Taib, 74 tahun yang sangat uzur.

DI kampung Masjid pula, saya melawat seorang lagi warga emas, Saari B. Wahab, 64 tahun yang baru menjalani pembedahan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya cadangkan YMDS cuba berjinak2 dengan Pegawai Masyarakat Negeri dan Jabatan Jakat Fitrah supaya masalah OKU/sakit dan miskin dapat diatasi.

Kalau kita tidak berbaik2 dengan mereka mungkin mereka juga ada agenda tersendiri yang lebih penting atau pun yang lebih didahulukan.

Masalah kami di Tebing Tinggi, anak2 merekalah yang menjaga ibu bapa mereka yang sakit atau tua BUKAN wakil rakyat yang memberi perhatian.

Sebagai contoh cuba lihat bapa Razali (JKKK). Yang menjaganya ialah anak2nya. Begitu juga Abdul Rahman/Saibah yang mempunyai anak OKU (tidah boleh bercakap). Anak2nya juga sakit dan pencen askar tanpa pangkat tapi mereka bertanggung jawab menjaga emak mereka.


Yang penting sekali mendidik anak cucu mereka supaya lebih bertanggung jawab terhadap ibu bapa mereka apabila ibu bapa mereka sakit, walau pun mereka di Johor. Kalau tidak sebagai alternatif galakkan anak muda kahwin awal supaya dapat banyak anak yang boleh menjaga mereka semasa tua.

Jangan pilih2 sangat bila nak kahwin. Cari teman yang tidak kedekut cukuplah. Kalau dia kaya sekali pun tapi kedekut atau tiap2 sen diperolehinya dijadikan modal.

Sekian untuk makluman YMDS.