Template by:
Free Blog Templates

15 July 2010

Bekas ketua wanita uzur


Bekas ketua wanita UMNO cawangan Felda Ijok, Hendon Bt. Abg Najid, 72 tahun yang uzur, terharu dengan kunjungan saya.

Hendon yang berkerusi roda tinggal di peringkat 1, Felda Ijok merupakan seorang ahli UMNO yang aktif dan disegani.

Beliau adalah ketua wanita UMNO Felda Ijok yang pertama sejak rancangan tanah itu dibuka.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah pengurus Felda dan ketua kampung Felda , Haji Shukur Jaman.

Ketua wanita UMNO Felda Ijok sekarang ialah Teh Mahmud. Adik beliau, Ramli telahpun melepaskan jawatan Ketua Cawangan dalam pemilihan yang baru lalu.

2 comments:

Anonymous said...

Saya sangat terharu dengan lawatan YMDS. Semasa emak kepenakan saya yang pernah jadi Ketua Cawangan UMNO Matang Jelutung sakit ketua UMNO mana pun tidak datang melihat beliau.

Begitu juga bapa kepenakan saya yang menerima bintang ahli UMNO yang paling lama dan aktif, mengaji pondok sama dengan YBH Ahmad Badawi di Kepala Batas dan ditawarkan menjadi ahli parlimen yang pertama (tapi beliau tidak mahu) bagi Bagan Serai menerima nasib yang sama. Semasa sakitnya tiada ketua UMNO pun yang datang melihat beliau.

Saya lihat ahli PAS yang saya tahu di Bagan Serai dan Matang Jelutong pun tak melawat seperti apa yang YMBDS telah lakukan. Yang ramai datang ialah semasa kematian. Di Kubu Gajah YB PAS datang masa kenduri tapi kurang kelihatan masa sakit.

SYABAS yang berhormat. Kalau kira BOLA sudah menang SATU (UMNO) KOSONG (PAS).

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas sokongan dan pandangan.