Template by:
Free Blog Templates

20 July 2010

Jangan Rosak Harta Benda





Tengahari tadi, Saya menghadapi majlis pembukaan Jambatan baru di Kampung Haji Mat Ashek dekat Sungai Ara sambil menyeru agar proek yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja dapat digunakan sepenuhnya oleh penduduk, tetapi dijaga seperti harta benda mereka sendiri.

Ini adalah kerana tiada rasa tanggung jawab, ada projek Kerajaan yang telah dirosakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pada majlis tersebut juga diadakan majlis berkelah bersama penduduk Kampung. Turut hadir menyaksikan pembukaan Jambatan berharga RM 150,000 itu ialah wakil Pegawai Daerah dan Ketua-Ketua Kampung dan Masyrakat tempatan.

Jambatan itu dibina bagi menggantikan Jambatan lama yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Saya juga berharap kontrektor yang terlibat dengan projek Kerajaan supaya menjaga kualiti dan mengikut spekfikasi bagi menggelakan timbulan sebarang masalah kepada rakyat.

Pemantauan keatas perlaksanaan projek Kerajaan haruslah juga dilakukan oleh JKKK dan Agensi yang terbabit bagi menggelakan kontrektor mengambil mudah keatas projek yang dilaksanakannya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau ada orang merosakkan harta kerajaan sampai masanya kita bersembahyang hajat beramai2 supaya perkara ini tidak berlaku.

Kita tak mahu orang kita marah freemason zionis tapi tak mahu sembahyang hajat. PAS pun tak mahu sembahyang hajat. Asyik marah zionis. Tapi tak buat apa2 pun peringkat cawang

Terima kasih.