Template by:
Free Blog Templates

28 July 2010

Warga emas




Selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan DUN Kubu Gajah, Saya mengambil kesempatan melawat dua warga emas di Bagan Bahru yang terlantar sakit di rumah mereka.


Saya melawat Mohammad Radin bin Jaafar, 93 tahun dan Mah binti Arshad 80 tahun. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua UMNO Cawangan Bagan Bahru, Cikgu Shamsuddin bin Ibrahim.


Sebelum itu dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dan Cawangan, Saya menyeru mereka supaya mengatur program di peringkat JKKK termasuk yang boleh mengeratkan lagi perpaduan.


Masalah kebajikan keluarga miskin juga diharap terus dijadikan agenda utama dalam setiap perbincangan dalam mesyuarat JKKK.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Agenda YMDS masih saya lihat bertemakan perpaduan.

PAS dan UMNO mempunyai dasar yang berbeza tapi matlamatnya adalah sama.

Yang kedua ahli PAS ADUN Kubu Gajah bukan tak suka UMNO tapi pemimpin UMNO yang 'rasuah' dan yang pentingkan kroni dan nipotesima (mengikut persepsi mereka) yang mereka tak suka.

Ini bermakna kita masih boleh bersatu di ADUN Kubu Gajah.

Apa yang saya lihat presiden PAS Malaysia sudah nampak yang beliau tidak akan jadi Perdana Menteri sebab itu beliau tidak mahu bersatu.

Kesimpulannya kita masih mementingkan kedudukan walaupun matlamat kita adalah sama.

Saya syorkan beri peluang Presiden PAS jadi Perdana Menteri dahulu kalau tak berjaya kita tukar dengan Presiden UMNO.

Semua ahli kabinet yang bersungguh2 mahukan perpaduan hendaklah melepaskan jawatan mereka masing2 supaya diambil alih pucuk pimpinan PAS.

Kalau sayangkan Melayu UMNO mesti buat pengorbanan. Cintakan Melayu 'needs sacrifice'. Bacalah makalah saya di Majalah Dewan Bahasa erti cinta yang sejati. Tidak ada pengorbanan ertinya cinta monyet macam cinta duit sahaja. Monyet cinta sex. Sondol sana dan sondol sini.

Itulah strategi perpaduan yang saya hendak lihat.

Bagi calon ADUN Kubu Gajah pilihlah THE BEST AMONG THE BEST. Sebelum itu letakkan kriterianya. Kita sama2 timbang yang mana paling best kita pilih. Yang pernah gagal sepatutnya tidak boleh dipilih lagi. Tapi takkanlah PAS mahu berbuat demikian.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Saya syorkan semua ahli biro UMNO hendaklah datang sembahyang Maghrib dan Isya di surau2 supaya mereka dapat menjalinkan perpaduan dengan penyokong2 PAS. Dengan cara tak langsung dapat berkempen di perkarangan masjid. Saya lihat ramai penyokong PAS di Changkat Lobak (Dari Sg. Malau), Tebing Tinggi, Kubu Gajah, Pondok Tanjung dan Bagan Baru datang ke masjid atau surau tapi ahli UMNO yang saya kenal tak ramai. Tapi mungkin meraka tidak mahu dikenal pasti. Macam di Tebing Tinggi terdapat ayahnya penyokong PAS dan anaknya pula penyokong UMNO pun saya lihat sembahyang bersama. Saya sangat kagum mereka yang mempunyai dasar yang berbeza. Kita mana tahu yang ayahnya juga memangkah Barisan semasa pilihan raya kerana satu masa dulu beliau penyokong Barisan yang kuat. Begitu juga emak masih memangkah Barisan tapi anak2nya memangkah PAS.

Dari segi persepsi saya ramai yang menyokong PAS ialah mereka yang mempunyai anak yang tidak mendapat pekerjaan dalam jabatan kerajaan bukanlah disebabkan Barisan tak bagus.

Tapi anak YMDS dan anak saya semuanya tak dapat kerja dengan kerajaan pun tapi kita penyokong barisan yang kuat kerana kita tak undi 'wang' agaknya.

Sekian untuk makluman YMDS.