Template by:
Free Blog Templates

30 April 2014

Insuran

Ahli-ahli pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan diberi perlindungan insuran.

Ia diantara usaha mendekati masyarakat dengan PPK.







Demikian dinyatakan pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mesyuarat lembaga PPK D8 Batu Kurau, pagi tadi.

Pada masa ini terdapat seramai 3,130 ahli PPK melalui 22 unitnya di seluruh Batu Kurau.

Katanya satu taklimat mengenai perkara itu akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua unit untuk membincang dan memajukan tanah terbiar.









Sementara itu, satu kursus ternakan kambing dan pertanian akan diadakan pada 15 mei ini.

27 April 2014

UMNO

Umno akan menjadi tidak kuat seperti parti kuat seperti Golkar(Indonesia) jika kepentingan ahli tidak diutamakan.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) pernah dihukum dan hilang majoriti dua pertiga pada piliihanraya umum (PRU) ke 12.

Yang sudah diberi kuasa harus  menjalankan tanggungjawab menjaga parti dan ahli.

 
 
 
Demikian tegas ketua UMNO cawangan Tebing Tinggi, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di mesyuarat Agong cawangan petang tadi.

 
Katanya pemimpin yang telah diberikan kepercayaan janganlah bermain sandiwara.

Terdahulu ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias mencadangkan nama Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin di dua projek iaitu padang bolasepak rumput tiruan dan taman perumahan kos rendah di Kubu Gajah.
 








 
Ini bagi mengenangkan jasa beliau selama ini yang membawa projek pertama padang tersebut bernilai rm 1.5 juta ke Perak.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah naib ketua pergerakan wanita UMNO bahagian, Zainab Awang.

Sekolah

Ibubapa disaran agar tidak bertolak ansur dalam memajukan pelajaran anak-anak  mereka.








Kemajuan anak-anak mereka bukan tanggungjawab guru-guru semata-mata.

Demikian tegas bekas ahli parlimen Larut dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan program motivasi sekolah kebangsaan sungai Jernih dekat Ijok, pagi tadi.

Program tiga hari iti anjuran universiti pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI).

Katanya masyarakat hari ini  tidak kira miskin atau kaya berebut dan bersaing untuk menjadi pandai.








Terdahulu, ketua jabatan akuantan dan pengurusan kewangan UPSI, Dr Haryati Jaafar menyeru pelajar tersebut merebut peluang ke universiti enam tahun dari sekarang.

Turut hadir yang dipertua persatiaan ibubapa dan guru (PIBG) sekolah, Mustapha Mat yang juga ketua kampung.

16 April 2014

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan mengadakan hari peladang pada 31 mei.

Sebanyak 23 agensi terlibat mengadakan pameran.








Demikian kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas melawat tapak expo hari peladang di padang astaka Batu Kurau, pagi tadi.

Mengiringgi beliau pengurus besar PPK, Ahmad Che Rose dan ahli-ahli lembaga pengarah.

Pertandingan sukan dan memasak akan turut diadakan.








Menteri pertanian dan asas tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub dijadual merasmikannya.

11 April 2014

UMNO

UMNO cawangan Tebing Tinggi mencadangkan kerajaan negeri melantik katua kampung di setiap kampung.

Ia bertujian memberi peluang kepada lebih ramai meyumbangkan khidmat mereka dengan lebih berkesan.



Pada masa ini ada kampung-kampung yang berkongsi ketua.

Ada kampung yang merasakan tidak adil orang dari kampung lain menjadi ketua mereka.

Demikian kata ketua UMNO cawangan Tebing Tinggi, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyusarat jawatankuasa cawangan berkenaan.

Ramai yang  berebut hendak jadi ketua kampung, tetapi jawatan tidak banyak.





Mereka juga meminta agar bilangan ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung dari 15 keoada 25 orang bagi membolehkan ramai lagi penduduk terutama belia terlibat.

7 April 2014

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) bercadang memperbesarkan perniagaan stesen minyaknya.

Satu tapak seluas satu ekar telah dikenalpasti dekat Batu 4 bagi projek tersebut.







Demikian kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mesyuarat lembaga pengarah PPK Batu Kurau.

Pada masa ini stesen minyak mereka ialah di pekan Batu Kurau.

Katanya pendapatan PPK akan bertambah melalui projek tersebut.

PPK juga mempunyai sebuah kedai rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang dibuka di pekan Batu Kurau.






Beliau berkata mesyuarat agung PPK akan diadakan pada 17 mei dan dijangka dIrasmikan menteri pertanian, Datuk Seri Ismail Sabri Yacob.