Template by:
Free Blog Templates

23 May 2008

Mereka yang perlukan pembelaan

Minggu ini saya melakukan lawatan ke beberapa tempat menemui kalangan mereka yang memerlukan bantuan.
Antara mereka yang saya temui ialah mereka terlantar sakit serta mereka yang memerlukan bantuan membaiki rumah.
Dalam lawatan itu, saya mengumpulkan maklumat serta butiran peribadi mereka bagi membolehkan saya membawa masalah yang mereka hadapi ke pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semasa melakukan lawatan ke Kampung Sangkut meninjau kawasan perumahan PPRT saya menemui Encik Shamsuddin Abdul berumur 43 tahun yang baru sahaj selesai menjalani pembedahan. Beliau mempunyai tanggungan empat orang anak termasuk seorang anak yang tercicir pembelajarannya.
Saya telah mengusahakan anaknya yang tercicir itu memasuki Pusat Giat MARA bagi membolehkan anaknya itu mendapat latihan kemahiran. Harapan saya sekurang-kurangnya anak itu memiliki kemahiran dan boleh mencari pekerjaan atau memulakan usahanya sendiri.
Selepas itu saya ke Kampung Bagan Baru dan berkesempatan menemui empat keluarga yang memerlukan bantuan. Seorang daripadanya Encik Zainon Lazim yang berumur 63 tahun memerlukan bantuan saran hidup daripada JKM. Beliau yang kini terpaksa menggunakan tongkat setelah kakinya di potong akibat penyakit kecing manis. Seterusnya saya ke rumah Puan Che Jam Desa yang terlantar sakit. Beliau juga memerlukan bantuan saran dariapda JKM. Dari situ saya ke rumah Puan Aishah Mat Kasa berumur 68 tahun. Tinggal bersama seorang anak dan empat cucunya, saya simpati dengan keadaan rumahnya. Beliau memerlukan membaiki rumah.Selain beliau, Puan Ramlah Isa yang berumur 72 tahun tinggal keseorangan dan menumpang di rumah orang dan tidak mempunyai sebarang punca pendapatan turut memerlukan bantuan saran.
Ekoran lawatan saya ke kampung-kampung berkenaan, saya telah menyerahkan senarai keperluan bantuan yang mereka perlukan kepada JKM. Saya amat berharap JKM dapat menyegerakan proses permohonan bantuan mereka.
Bagi saya nasib mereka perlu mendapat pembelaan kerana kita tidak mahu masyarakat yang jauh tinggal di kampung terabai. InsyaAllah saya akan melakukan apa sahaja yang terdaya bagi memastikan mereka mendapat pembelaan.

Tumpu usaha selesai isu rakyat

Kemelut politik yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada isu-isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat.
Tumpuan seharusnya diberikan kepada menyelesaikan krisis harga barang yang menjejaskan kehidupan harian rakyat selain daripada memastikan wujudnya kestabilan politik serta ekonomi.
Saya tegaskan perkara ini semasa berucap pada satu majlis yang dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Larut.
Bagi saya, semua pihak perlu menumpukan kepada kerja-kerja yang melibatkan kepentingan rakyat dan menyerahkan kepada budibicara pucuk pimpinan menangani masalah politik tersebut.
Selaku Ketua UMNO Bahagian, saya mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya bertenang dan jangan bertindak mengikut emosi.
Bagi saya, parti akan rosak jika perpecahan berlaku dan semua ahli perlu sedar dan tidak membiarkan ia berlaku.

Jabatan Kebajikan perlu segera hulur bantuan

Baru-baru ini saya menziarahi sepasang warga emas yang terlantar sakit. Melihatkan keadaan mereka, saya insaf dan sungguh simpati. Semasa saya berkunjung ke rumah mereka, apa yang boleh saya zahirkan ialah rasa simpati dan sedih.
Encik Yusuf Jaafar yang berumur 66 tahun hanya terbaring manakala isterinya Puan Che Yan Din yang berumur 54 tahun hanya boleh bergerak menggunakan bantuan alat penongkat.
Mereka tinggal di Kubu Gajah mempunyai empat orang anak.Saya merayu kepada Jabatan Kebajikan Mayarakat untuk menghulurkan bantuan pada kadar yang segera.

19 May 2008

UMNO kuat jika Melayu bersatu

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan bahwa perpecahan dalam parti jika dibiarkan hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Memetik kata-kata Dato' Onn Jaafar, Melayu hanya akan kuat jika UMNO kuat dan UMNO hanya akan kuat jika Melayu bersatu.
Justeru beliau menggesa seluruh ahli UMNO di semua peringkat mengelakkan perpecahan kerana tumpuan masa kini seharusnya diberikan kepada usaha memperkukuhkan parti.
Beliau menyatakan demikian pada program penerangan isu semasa anjuran UMNO Bahagian Larut yang dihadiri 500 ahli UMNO dan masyarakat setempat. Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, datuk hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut, Timbalan ketua Setiausaha KKLW, Datuk Jabar Che Nai, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Puat Nayan dan Pengarah Projek KKLW, Datuk Mohd Nor.
Majlis berlangsung di Dewan Majlis Daerah Bagan Baru. Beliau turut menambah bahawa berdasarkan sejarah, hanya UMNO yang mampu dan mempunyai kefahaman yang tinggi usaha-usaha membela nasib bangsa, agama dan tanah air.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilyah turut mengumumkan kesemua Pengerusi JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung - Persekutuan) di Perak aakn menerim watikah perlantikan mereka akhir minggu ini.
Oleh itu beliau berharap, mereak yang telah meletakkan jawatan sebagai ketua kampung agar tidak bimbang kerana mereak akan terus berfungsi membantu rakyat di peringkat akar umbi dengan perlantikan sebagai JKKKP. Terdahulu dalam ucapan saya, saya membangkitkan soal kenaikan harga beras dan barang-barang keperluan yang menjadi keresahan masyarakat kini.
Keresahan penduduk kampung mengenai kenaikan harga beras dan barang keperluan perlu diberikan perhatian dan ditangani dengan sebaiknya.
Tan Sri Muhammad turut mengulas isu-isu yang saya bangkitkan dan menjelaskan usaha-usaha yang sedang diambil oleh kerajaan bagui meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga barangan keperluan. Saya turut memaklumkan program penerangan yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian ini akan diteruskan bagi membolehkan rakyat khususnya penduduk luar bandar mendapat gambaran yang jelas tentang usaha-usaha yang sedang diambil kerajaan dalam membela nasib mereka.

18 May 2008

Perkukuh perpaduan parti demi rakyat

Keputusan pilihan raya umum ke-12 seharusnya menjadi iktibar kepada seuruh ahli-ahli UMNO dan BN. Dalam keadaan perpaduan parti semakin longgar, sudah pasti musuh-musuh politik kita akan emngambil kesempatan.
Mesej ini saya sampaikan semasa merasmikan program forum yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut di Dewan Merdeka, Selama yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang.
Ahli panel forum berkenaan ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd khir Toyo dan bekas exco kerajaan negeri Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.
Saya jelaskan, kejatuhan Kesultanan Melaka adalah bukti dan contoh terbaik betapa benteng perpaduan perlu dipeliharan dan dipertahankan.
Malah peristiwa pahit yang melanda UMNO ekoran pemilihan parti pada tahun 1987 masih lagi subur dalam ingatan.
UMNO dan BN Perak sesungguhnya tidak berdiam diri dalam usahanya memantapkan semula parti demi memastikan UMNO dan BN akan dapat meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat dan membela nasib mereka.
Saya turut memaklumkan pada pertemuan itu, program penerangan dan pertemuan dengan kepimpinan parti akan diadakan di Bahagian Larut bermula pada 18 Mei 2008 perjumpaan dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib di Bagan Baru.
Seterusnya pada 24 Mei 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan tengku Mansur akan berkunjung ke Larut dan seterusnya pada tarikh yang akan ditentukan sedikit masa lagi, Menteri Besar Terengganu akan turut mengadakan pertemuan dengan masyarakat di Larut.

15 May 2008

Mesyuarat pertama MTPNg Perak

Semalam, 14/5/2008 saya bersama ADUN BN dan Ahli Parlimen BN seluruh negeri Perak menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak (MTPNg Perak) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MTPNg Perak adalah wadah yang diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan bagi melihat program pembangunan dan pembelaan nasib rakyat di Perak dapat dilaksanakan secara berterusan walaupun negeri kini di pimpin oleh parti pakatan pembangkang.
Pada mesyuarat itu, taklimat telah diberikan mengenai fungsi serta peranan MTPNg Perak.

Sejarah panjang UMNO bangunkan negara bangsa


Saya baru-baru ini menghadiri sambutan ulang tahun UMNO anjuran UMNO Cawangan Tebing Tinggi. Alhamdulillah, UMNO yang telah berusia 62 tahun masih lagi dikenang dan terus dipelihara oleh ahli-ahlinya di peringkat akar umbi.
Pada majlis berkenaan, saya ingatkan sejarah perjuangan UMNO yang panjang bermula dengan gerakkan menuntut kemerdekaan, mempertahankan institusi raja serta peranan UMNO dalam memajukan agama dan bangsa. Saya turut menyentuh mengenai isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)yang menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak kerana akhirnya ia menyentuh kedudukan Paduka Seri Sultan Perak.
Malah tindakan tersebut telah mencetuskan polemik baru yang tidak sepatutnya berlaku apabila ada Ahli Parlimen pembangkang yang secara berterusan mempertikaikan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Agama dan Adat Istiadat Negeri Perak.

Wujudkan peluang pekerajaan buat generasi kedua FELDA


FELDA disaran supaya mencari serta memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah peluang pekerjaaan di kalangan generasi kedua peneroka.
Walaupun diakui banyak program FELDA berjaya tetapi usaha membangunkan generasi kedua perlu lebih giat dijalankan.
Saya menyampaikan perkara itu semasa merasmikan majlis tanaman semula kelapa sawit di FELDA Ijok peringkat 6 dalam kawasan DUN Kubu Gajah yang melibatkan kawasan seluas 3,000 ekar. Turut hadir ialah pegawai-pgawai FELDA dan Ketua Peneroka, Ramli Mahmud.
Tiga tahun lalu semasa masih menjadi Ahli Parlimen Larut saya sama-sama menjayakan program tanaman semula di Fasa Satu
FELDA Ijok adalah rancangan pembangunan tanah FELDA yang pertama di Perak dan saya bercadang untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap FELDA melakukan lawatan ke FELDA Ijok.

11 May 2008

62 tahun UMNO berjasa


UMNO adalah parti yang berjasa. Memerdekakan negara, mendaulatkan institusi raja-Raja Melayu, memupuk perpaduan, keamanan dan kesejahteraan semua kaum.

UMNO disanjung sebagai gagasan terulung dan terunggul, hinggakan ramai yang iri dan memusuhi parti keramat yang telah berjasa ini. Malah sudah ada yang sanggup menindakkan jasa parti yang telah memberi nikmat kepada mereka.

Hari ini UMNO yang telah berjasa menyambut ulang tahun ke-62. Sama-samalah kita pastikan kemegahan dan kegemilangannya terus terpelihara untuk Malaysia yang tercinta.

Jangan lupa sejarah UMNO....HIDUP UMNO!!!

9 May 2008

DEMI KEDAULATAN TUANKU

Rakyat Perak akan berhimpun beramai-ramai di kuala Kangsar esok untuk menyuarakan sokongn kepada Paduka Seri Sultan Perak dan instisusi Raja-Raja Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali dijadualkan memberi ucapan di perhimpunan yang dijangka dihadiri 10,000 orang dari pelbagai golongan masyarakat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Sungai Perak, Bandar DiRaja, Kuala Kangsar.

Pengerusi jawatankuasa penyelaras tersebut, Ramly Zahari memberitahu bahawa majlis yang akan bermula pukul 11 pagi itu akan juga disusuli dengan majlis kesyukuran BN peringkat parlimen Kuala Kangsar.

Tepat pukul l.30 tengahari, sekumpulan NGO kemudiannya akan menyerahkan memorandum kepada pihak Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang disaksikan oleh orang Besar Empat.

Sebagai tanda sokongan, marilah kita beramai-ramai tidak kira bangsa dan agama menghadiri perhimpunan yang julung-julung kali diadakan itu untuk menyemarak lagi tanda sokongan dan mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu khususnya Paduka Seri Sultan Perak.

DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU.

8 May 2008

DUN Perak bersidang 24 Jun

DUN Perak dijadual akan berlangsung pada 24 hingga 27 Jun. Bagaimanapun tarikh berkenaan tertakluk kepada pihak istana untuk memutuskannya. Perasmian akan disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Tingkatkan mutu produk luar bandar

Pada 30 April saya merasmikan pertandingan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Maju 2007/2008 Peringkat Kebangsaan di Dewan KPW Changkat Madrasah/Kg. Repoh dalam DUN Batu Kurau yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Changkat Madrasah/Kg. Repoh pernah muncul Naib Johan kecemerlangan kampung peringakt Negeri Perak tahun lalu yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Saya menekankan pentingnya masyarakat luar bandar meningkatkan mutu produk mereka dan bersedia dengan pasaran luar jika ingin terus melangkah lebih jauh ke hadapan.

Bual bicara perjalanan sidang Dewan Rakyat

Awal pagi Selasa 29 April saya kena berkejar dari rumah saya di Ipoh ke Kuala Lumpur. Sudah tu sehari suntuk saya kena berada di ibukota. Pada jam 8 pagi saya diundang menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1 manakala pada jam 9 malam pula saya menjadi penal di rancangan Hujah di TV9.

Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia saya bersama Dr Abu Hassan Hasbullah dari Zentrum Future Studies Malaysia bercakap atas topik 'Wajah Baru Parlimen Malaysia'.

Ia berkisar mengenai langkah RTM menyiarkan secara langsung selama 30 minit sidang Dewan Rakyat.

Saya bercakap atas pengalaman saya sebagai bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di parlimen (BNBBC) dan dua penggal sebagai Ahli Parlimen Larut.

Antara lain saya merasakan siaran langsung selama setengah jam setiap hari sidang parlimen mulai 30 April adalah satu langkah permulaan yang baik untuk mendedahkan rakyat Malaysia khususnya golongan muda mengenai senario sebenar sidang Dewan Rakyat.

Saya juga menyatakan kalau siaran seumpama itu boleh diadakan di parlimen maka pertimbangan harus diberi untuk mengadakan siaran langsung semasa sidang Dewan Undangan Negeri.

Ini kerana sidang Dewan Undangan Negeri tidak kurang penting dalam mengubal dasar-dasar dan berbahas mengenai hal-hal di sesebuah negeri. Dalam program Hujah di TV9, tanggapan saya bahawa sidang Dewan Rakyat bermula Rabu lalu tetap panas ternyata tidak meleset. Walaupun Prof Datuk Shamsul Amri lebih menganggap rancak.

Parlimen baru-baru ini panas dan kecoh selepas pertama kali disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM.

Program Hujah yang dikendalikan oleh Dr. Agus menjadi lebih rancak dalam membincangkan mengenai ahli-ahli Parlimen yang profesional.

Mesyuarat BAIDURI Perak



Mesyuarat Agung Tahunan Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat (BAIDURI) BN Perak telah diadakan pada 23 April 2008 di bangunan UMNO Perak. Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oelh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.
Hadir sama Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Kamariah dan Bendahari Agung BAIDURI, Datin Seri Sabaniah Ahmad Sabri serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

3 May 2008

Program untuk rakyat dapat penjelasan isu semasa

UMNO Bahagian Larut akan mengadakan majlis penerangan isu-isu semasa secara berkala mulai 18 Mei ini. Program ini selain membolehkan masyarakat bertemu secara langsung dengan pemimpin negara dan parti, mereka akan dapat mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.
Sebagai permulaan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan menjadi pemimpin pertama memulakan program berkenaan di Larut.
Selain beliau, Menteri Besar Terengganu akan turut dijemput selepas itu di samping beberapa pemimpin lain.
Saya memaklumkan perakra ini semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh DUN Batu Kurau.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin, ADUN Batu Kurau, Datuk Kapt (B) Najmuddin Haji Alias, ADUN Selama, Datuk Mohd Daud Yusof.
Dalam ucapan saya selaku Ketua UMNO Bahagian, saya menekankan pentingnya perpaduan dalaman parti diperkukuhkan bagi memperkasakan kembali UMNO dan BN.
Selain itu, saya turut mengingatkan bahawa sebagai sebuah parti khidmat kepada masyarakat perlu diutamakan kerana sebagai pemimpin parti dan ahli, kita bertanggungjawab untuk memastikan permasalahan yang dihadapi rakyat dapat dibantu.

Angkat sumpah DUN Perak


Pada 25 April 2008, majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak telah berlangsung dengan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin.

Sebelum itu pada masa pemilihan Speaker, berlaku sedikit ketegangan apabila saya mencadangkan agar pemilihan dibuat secara undi sulit. Ekoran cadangan itu beberapa ADUN bangun baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang telah menyuarakan padangan masing-masing yang pada akhirnya bersetuju pemilihan Speaker dijalankan secara undi sulit.

ADUN Kawasan Tronoh, V. Sivakumar daripada parti DAP yang dicadangkan oleh Menteri Besar, dipilih sebagai Speaker dengan memperolehi 31 undi mengalahkan Datuk Junus Wahid (28 undi) yang dicadangkan oleh bekas Menteri Besar yang juga ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Majlis mengangkat sumpah berlangsung hamir dua jam dan dikendalikan oleh Setiausaha DUN Perak.

Semoga sidang DUN Perak selepas ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin demi untuk kepentingan agama, rakyat dan negeri.

Untuk rekod antara mereka yang pernah dilantik sebagai Speaker DUN Perak ialah Allahyarham Datuk Shafie Mat Saman, Tan Sri Ahmad Azizuddin Zainal Abidin, Datuk Abdul Malek Ahmad, Allahyarham Datuk Arshad Abdullah, Datuk Seri Mohd Nazri Rahim, Datuk Seri Junus Wahid dan Datuk Mohd Isa Ismail.

Bantuan TEKUN galakkan semangat usahawan


Baru-baru ini seramai tujuh orang lagi peminjam TEKUN dari kawasan Parlimen Larut, mendapat pinjaman mereka.
Jumlah keseluruhan pinjaman untuk mereka ialah sebanyak RM59,000.
Pinjaman ini diharapkan akan dapat mengembangkan lagi usaha mereka dalam bidang pertanian dan perniagaan.
Saya mengharapkan mereka akan menggunakan pinjaman tersebut sebaik mungkin dan semoga usaha mereka akan mendapat kejayaan.
Saya akan terus berusaha untuk membantu mereka yang ingin menceburi usaha pertanian dan perniagaan.

Dua insan istimewa di Felda Ijok

Walaupun pilihan raya umum telah berlalu satu bulan setengah, saya masih lagi meneruskan program menemui para pengundi selain untuk mengucapkan terima kasih, saya juga mengambil kesmepatan melihat keperluan dan perkara-perkara yang perlu diselesaikan melibatkan kepentingan mereka.

Dalam lawatan saya ke Felda Ijok, saya sempat bertemu dengan dua orang yang saya anggap istimewa.
Alang Yahya seorang warga kurang upaya dalam keadaan serba kekurangan tetap bersemangat menceritakan penglibatannya dalam pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi Encik Salehuddin Mohamed yang sudah pasti gemberi kerana baru sahaja memperolehi bantuan memperbaiki rumah daripada Felda.
Dengan bantuan ini, beliau dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan lebih selesa lagi.

Apa yang istimewanya Sallehuddin ini, biarlah saya, beliau dan masyarakat setempat sahaja yang tahu. Kerana yang penting kita adalah saudara sesama Islam dan saya sebagai wakil rakyat akan tetap membela nasib beliau.