Template by:
Free Blog Templates

3 May 2008

Program untuk rakyat dapat penjelasan isu semasa

UMNO Bahagian Larut akan mengadakan majlis penerangan isu-isu semasa secara berkala mulai 18 Mei ini. Program ini selain membolehkan masyarakat bertemu secara langsung dengan pemimpin negara dan parti, mereka akan dapat mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.
Sebagai permulaan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan menjadi pemimpin pertama memulakan program berkenaan di Larut.
Selain beliau, Menteri Besar Terengganu akan turut dijemput selepas itu di samping beberapa pemimpin lain.
Saya memaklumkan perakra ini semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh DUN Batu Kurau.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin, ADUN Batu Kurau, Datuk Kapt (B) Najmuddin Haji Alias, ADUN Selama, Datuk Mohd Daud Yusof.
Dalam ucapan saya selaku Ketua UMNO Bahagian, saya menekankan pentingnya perpaduan dalaman parti diperkukuhkan bagi memperkasakan kembali UMNO dan BN.
Selain itu, saya turut mengingatkan bahawa sebagai sebuah parti khidmat kepada masyarakat perlu diutamakan kerana sebagai pemimpin parti dan ahli, kita bertanggungjawab untuk memastikan permasalahan yang dihadapi rakyat dapat dibantu.

7 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk...boleh tolong kirim salam saya kat datuk kapten Najmuddin..dulu dia pernah kerja kat Warta Perdana..saya sempat jumpa dia...saya kerja dua bulan, dia dah berhenti sebab nak jadi pendakwah bebas dan saya terkejut dia jadi wakil rakyat...mungkin dia dah lupa kat saya..

saya masih ingat kata-kata dia terakhir-kalau kamu (nama saya NORJIMI) nak berhenti dari wartawan, berhenti cara elok, bagi surat jangan terus berhenti... tapi saya terus berhenti dari wartawan-tak dengar cakap dia...apapun Najmuddin orang yang lemah lembut dan baik...

terima kasih
(http://malaysialoni.blogspot.com)

Wakmasnoor said...

Keep up the good work Datuk.

ROMPIN007 said...

Penceramah Program isu2 semasa jemputlah menteri atau pemimpin yang disegani dengan ketokohannya bukannya menjemput orang2 yang rakyat pun kurang berminat (penuh kontroversi)..jadi macam mana nak tarik perhatian rakyat supaya datang mendengar.. balik2 muka yang sama dtg mendengar taklimat..org yg mmg berdarah umno....biarlah program yang direncanakan berkesan utk PRU13, bukan membuat program sekadar melepaskan batuk ditangga.

Zawawi Japilos said...

assalamualaikum yang berbahagia datuk..tahniah atas kemenangan datuk di dun kubu gajah walaupun tipis namun berbaloi..kerana kita tetap menang juga parlimen larut ini...datuk kalau kita lihat pada hari mukhriz datang tempoh hari di bangunan umno betapa ramai orang datang nak dengar..saya harap pada program penjelasan kelak akan datang orang yang lebih berkaliber..serta pendedahan tentang apa yang berlaku pada dewan undagan negeri perak..datuk cuba ubah template skit..kasi lawa blog datuk..

Azuan wan said...

akm...ds
saya sebagai penduduk batu kurau ingin merakam jutaan terima kasih kerana selama ds menjadi ADUN dan AHLI PARLIMEN dikawasan ini terlalu banyak pembangunan yg ds bawak sehingga tak boleh di kira dengan jari tangan+jari kaki,banyak projek-projek mega dan saya percaya org kg batu kurau akan terus menyokong ds walau pon di tabur cekelat,menjelang 2020 nanti malaysia akan menjadi negara maju dan batu kurau akan turut serta menjadi daerah termaju dalam malaysia.
terima kasih datuk seri atas kemajuan ini.
:)MARI MELAWAT BATU KURAU YG SENANTIASA MAJU

Anonymous said...

Datuk,

Terima kasih atas usaha murni datuk untuk membangunkan dan memajukan Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Semoga penat jerih datuk sentiasa mendapat keberkatan dan beroleh kecemerlangan hendaknya.

Saya sebagai anak jati Pondok Tanjung amat menghargai jasa baik datuk dan rakan2 seperti Kapten Najmudin dll yang sudi melawat kpg kami dan merasmikan majlis kebudayaan tahunan di kpg kami. Terima kasih daun keladi..tahun ni datang lah lagi.

Harapan saya semoga Datuk dan rakan2 seperjuangan dapat membantu memajukan lagi kpg Pondok Tanjung ini. Diharap satu kemajuan yang drastik dapat dilihat seperti dgn terbina nya kilang2 di Pondok Tanjung atau pun pembinaan College/Universiti/Hospital yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi setempat dgn lebih pesat.

Doa saya semoga Datuk dan rakan2 akan terus menang dalam Pilihanraya akan datang dan BN akan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Perak No. 1.

Anak Jati Pondok Tanjung

Anonymous said...

apa program yg di susun utk menarik minat org kubu gajah, majoriti kecil yg dimenangi terlalu membimbangkan

program ISLam utk menambah ilmu ugama tak der ker dilaksanakan.