Template by:
Free Blog Templates

18 May 2008

Perkukuh perpaduan parti demi rakyat

Keputusan pilihan raya umum ke-12 seharusnya menjadi iktibar kepada seuruh ahli-ahli UMNO dan BN. Dalam keadaan perpaduan parti semakin longgar, sudah pasti musuh-musuh politik kita akan emngambil kesempatan.
Mesej ini saya sampaikan semasa merasmikan program forum yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut di Dewan Merdeka, Selama yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang.
Ahli panel forum berkenaan ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd khir Toyo dan bekas exco kerajaan negeri Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.
Saya jelaskan, kejatuhan Kesultanan Melaka adalah bukti dan contoh terbaik betapa benteng perpaduan perlu dipeliharan dan dipertahankan.
Malah peristiwa pahit yang melanda UMNO ekoran pemilihan parti pada tahun 1987 masih lagi subur dalam ingatan.
UMNO dan BN Perak sesungguhnya tidak berdiam diri dalam usahanya memantapkan semula parti demi memastikan UMNO dan BN akan dapat meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat dan membela nasib mereka.
Saya turut memaklumkan pada pertemuan itu, program penerangan dan pertemuan dengan kepimpinan parti akan diadakan di Bahagian Larut bermula pada 18 Mei 2008 perjumpaan dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib di Bagan Baru.
Seterusnya pada 24 Mei 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan tengku Mansur akan berkunjung ke Larut dan seterusnya pada tarikh yang akan ditentukan sedikit masa lagi, Menteri Besar Terengganu akan turut mengadakan pertemuan dengan masyarakat di Larut.

5 comments:

ahmad kamal said...

Tok Raja,
Syabas dan Tahniah kerana Tok Raja adalah satu-satunya ADUN yang berblog. Blog Tok Raja amat up todate, informatif dan amat sesuai dengan selera semasa. Kebanyakan Ketua Bahagian di Perak dah layu. kerana 'KEJUTAN PRU12'. Takkan lama sangat kezutan. Blog Tok Rajal agi hebat dari blog KJ keep it up Tok Raja

anaiz said...
This comment has been removed by the author.
ketam said...

Assalamualaikum YB Datuk,

Berkenaan situasi sekarang ini maka saya merayu kepada Datuk bertindaklah secara bijak. Jika kerana takut Pak Lah maka dayus lah Datuk. Kami memang sudah jijik mendengar kritikan yang dilemparkan terhadap Tun Dr Mahathir oleh manusia-manusia yang jijik,angkuh dan lupa diri seperti Rafidah ,Nazri,Musa Hitam, Zahid hamidi dan beberapa org lagi. Mereka ini lah yang menghancurkan bangsa UMNO,apa yg keluar dari mulut mereka adalah najis. Jadi bagi Datuk tuturlah kata secara berhemah.Walaupun Tun Mahathir keluar UMNO namun di jiwa beliau tetap UMNO malah lebih UMNO daripada kamu semua. Jangan jadi anjing yang tersepit selepas ditolong mengigit. Kami generasi muda memang menghormati Tun Mahathir.

Dan Datuk berkenaan tuduhan Suruhanjaya Diraja berkenaan clip video V.K Linggam kami org biasa pun tahu Tun Mahathir tak melakukan apa-apa kesalahan pun.Kalau yang melobi itu salah maka Datuk pun termasuk dalam org-org yang salah,betul kan Datuk..

Bagi saya yang dah 20 tahun mengikuti perjalanan politik negara rasa-rasa saya boleh simpulkan bahawa tidak ada lagi PEMIMPIN UMNO dan MALAYSIA yang berani tegas bijaksana dan berprinsip seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.
Paling saya kagumi adalah kumpulan think tank beliau yang berjaya dikumpulkan untuk memajukan Malaysia bukan seperti sekarang yang menghancurkan Malaysia.

Tepuk dada tanya selera harap Datuk dapat berlaku jujur adil dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab terhadap ahli UMNO dan Rakyat keseluruhan kerana sememangnya saya akan menuntut di akhirat kepada semua pemimpin UMNO dan negara berkenaan setiap tanggungjawab yang tidak dijalankan dengan sempurna.

Wassalam.

p/s: Jadi lah org yang berterima kasih dan bersyukur dan jgn jadi dayus.

ketam said...

YB datuk jgn jadi macam sesetengah YB-YB yang melalut tak tentu hala,perjuangkan nasib bangsa,agama dan negara.Junjung Agama dan Raja. Kalau salah kata salah ,kalau betul kata betul,tapi mesti berhemah dan berlapik.

Azuan wan said...

akm...moga sihat dan ceria selalu..

Terima Kasih Kerana Jalan Kg Kelian dalam DUN DS Telah di Tar semula..
Terima kasih banyak kepada Ds kerana masalah ini telah pon diatasi..

P/s:apa pendapat Ds kalau jalan ini dilebarkan lagi,bukan apa senang sikit kalau kereta volvo ds nak masuk,
masa ds menijau kawasan.Sesekali perlu juga keluar dari kubu untuk meninjau kawasan walaupun berada dalam kubu itu DIJAMIN KESELAMATAN NYA.
Kepada KETAM saya bersetuju dengan pendapat anda berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit..
Janganlah menjadi penasihat 25% yang membawa reba dan rebah..