Kemelut politik yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada isu-isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat.
Tumpuan seharusnya diberikan kepada menyelesaikan krisis harga barang yang menjejaskan kehidupan harian rakyat selain daripada memastikan wujudnya kestabilan politik serta ekonomi.
Saya tegaskan perkara ini semasa berucap pada satu majlis yang dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Larut.
Bagi saya, semua pihak perlu menumpukan kepada kerja-kerja yang melibatkan kepentingan rakyat dan menyerahkan kepada budibicara pucuk pimpinan menangani masalah politik tersebut.
Selaku Ketua UMNO Bahagian, saya mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya bertenang dan jangan bertindak mengikut emosi.
Bagi saya, parti akan rosak jika perpecahan berlaku dan semua ahli perlu sedar dan tidak membiarkan ia berlaku.
23 May 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ISU rakyat memang patut menjadi tumpuan berbanding isu politik. Isu politik lebih mempopularkan ahli/parti politik yang terlibat sedangkan isu rakyat jika berjaya ditangani sebaik-baiknya akan memberi pulangan(faedah) kepada rakyat dan kredit kepada mereka yang bertanggungjawab.Nampaknya YB Dao' Seri memahami hal ini dengan baik dan sedang melakukannya pun. Pendekatan yang Dato' Seri buat ini memang ditunggu-tunggu oleh rakyat. Nampaknya YB Dato' Seri dan YB Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib lebih memahami dalam hal ini.Sayabas dan Tahniah.
Abd Bashid Harun (M.Princ,Malaya)
YB Dato' Seri,
Saya memohon maaf atas kesilapan ejaan pada perkataan Dato' yang ditulis Dao' dan kata syabas yang ditulis sayabas. Mohon kiranya dibuat pembetulan.Terima kasih
Post a Comment