Template by:
Free Blog Templates

3 May 2008

Dua insan istimewa di Felda Ijok

Walaupun pilihan raya umum telah berlalu satu bulan setengah, saya masih lagi meneruskan program menemui para pengundi selain untuk mengucapkan terima kasih, saya juga mengambil kesmepatan melihat keperluan dan perkara-perkara yang perlu diselesaikan melibatkan kepentingan mereka.

Dalam lawatan saya ke Felda Ijok, saya sempat bertemu dengan dua orang yang saya anggap istimewa.
Alang Yahya seorang warga kurang upaya dalam keadaan serba kekurangan tetap bersemangat menceritakan penglibatannya dalam pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi Encik Salehuddin Mohamed yang sudah pasti gemberi kerana baru sahaja memperolehi bantuan memperbaiki rumah daripada Felda.
Dengan bantuan ini, beliau dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan lebih selesa lagi.

Apa yang istimewanya Sallehuddin ini, biarlah saya, beliau dan masyarakat setempat sahaja yang tahu. Kerana yang penting kita adalah saudara sesama Islam dan saya sebagai wakil rakyat akan tetap membela nasib beliau.

2 comments:

Dato' Hj Mustafa Kamal Mohd Zaini said...

YM Raja, saya sanjung sikat YM Raja tu. Saya dapat rasa orang itu dari parti pembangkang.

Kita sama-sama se Islam. Jangan kita sama-sama menindas. Barulah kita boleh ajak semua bersepakat untuk kepentingan umat Melayu dan Islam.

Kalau kita 'titik' sana 'titik' sini, lepas tu cakap tentang kesatuan, mana nak jadi.

Tahniah, YM Raja.

Ws,
(orang Tapah Road)

Wakmasnoor said...

Tahniah Datuk.

Harap usaha baik Datuk ini akan diamati dan disanjungi ramai.

Keep up the good work dear Datuk.