Template by:
Free Blog Templates

11 May 2008

62 tahun UMNO berjasa


UMNO adalah parti yang berjasa. Memerdekakan negara, mendaulatkan institusi raja-Raja Melayu, memupuk perpaduan, keamanan dan kesejahteraan semua kaum.

UMNO disanjung sebagai gagasan terulung dan terunggul, hinggakan ramai yang iri dan memusuhi parti keramat yang telah berjasa ini. Malah sudah ada yang sanggup menindakkan jasa parti yang telah memberi nikmat kepada mereka.

Hari ini UMNO yang telah berjasa menyambut ulang tahun ke-62. Sama-samalah kita pastikan kemegahan dan kegemilangannya terus terpelihara untuk Malaysia yang tercinta.

Jangan lupa sejarah UMNO....HIDUP UMNO!!!

6 comments:

KakiBola said...

Salam Engku..semoga sihat dan dirahmati Allah. Saya tertarik dengan ulasan Engku tentang jasa UMNO sepanjang 62 tahun dalam memerdekan negara, mendaulatkan institusi Raja-Raja Melayu, memupuk perpaduan, keamanan dan kesejahteraan semua kaum.
Tapi patik rasa, generasi UMNO sekarang tak sama dengan generasi UMNO dulu yang memerdekakan negara, mendaulatkan institusi Raja-Raja Melayu, memupuk perpaduan dan keamanan dan sebagainya. Generasi UMNO sekarang lebih mementingkan kebendaan, harta dan kesenangan diri sendiri daripada. Kesenangan dan kemewahan yang mereka capai melalui jawatan yang mereka perolehi, membuatkan mereka SOMBONG, ANGKUH dan LUPA DIRI tentang asal mereka yang sepatutnya berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Ini bukan kenyataan peribadi saya, malahan sebilangan besar masyarakat yang sudah MUAL dengan tingkah laku warga UMNO. Apapun kembalilah ke pangkal jalan, buang lah rasa riak, sombong dan angkuh itu. Sepatutnya sekelian ahli UMNO patut merujuk semula sejarah UMNO untuk dijadikan renungan dan iktibar. Wallahualam.
Seperkara, patik jugak tertarik dengan tulisan Engku dalam Berita Harian agar mencontohi bekas pemain West Ham dan Wales, Craig Bellamy dalam mengujudkan sebuah akademi bolasepak di Sierra Leone. Sebenarnya ramai jugak bekas pemain bolasepak negeri dan negara yang menceburi bidang akademi bolasepak ini. Cuma maklumlah..kita di Malaysia ni, apa yang nak digahkan sangat. Pemain-pemain pun bukannya sepopular pemain antarabangsa yang sentiasa mendapat tempat dalam akhbar dan majalah sukan negara. Kalau nak gah pun, tak seberapa sangat pihak yang nak buat liputan dan promosi. FAM apatah lagi, you all buat la kerja you all, kami sendiri pun tak terurus lagi. Dari segi perbelanjaan nak tubuhkan akademi, berapa la sangat gaji pemain semasa aktif dulu berbanding Craig Bellamy, David Beckham, Zinadine Zidane. Nak sara diri sendiri pun tak cukup. Malang lagi gaji tertunggak, PBN tak bayar...
Wallahualam

rizal hashim said...

Kakibola, oh kakibola,

bola dah kempis.

hehehe. Sungguh bersemangat tuan, pantas memberi reaksi Engku.

Saya setuju part atas, part bawah pun saya setuju. hehehe

kakibola, itu surat tunggu yeeee.

Engku, jenguk-jenguklah selalu orang susah di Kubu Gajah. Teruskan usaha Engku mendekati rakyat, tanpa mengira kaum, fahaman politik dan masa.

Salam

Small Talk said...

Pak Engku,
Tolong nasihatkan YB Datuk Seri Tajul Rosli kalau betul lah apa yang dilaporkan hari ini 12 Mei 2008 dlm Utusan Malaysia m.s 4 "Saya sanggup letak jawatan sebagai ADUN Pengkalan Hulu dan bertanding semula", kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan. KALAU LETAK JAWATAN ADUN, 5 TAHUN SELEPAS TARIKH LETAK JAWATAN ITU TIDAK BOLEH BERTANDING LAGI. HILANG KELAYAKAN. Ini peruntukan Perlembagaan. Nanti org gelak kat dia...

KakiBola said...

biasalah tuan rizal. isu-isu macam ni perlu ditangani segera, apatah lagi datang daripada nukilan YB Engku kita yang very the vocal..hehe

abe MIE 'TERJAH' said...

62 tahun UMNO berjasa...
tapi kini setelah 62 tahun UMNO kena gelora....

UMNO kena pilih jalan terbaik menangani masalah kenapa orang Melayu terutamanya orang muda melihat UMNO sebagai parti bukan untuk kebajikan...

UMNO kena pulih keadaan yang UMNO tidak menjadi sebagai politik cari makan dan tempat untuk mendapatkan kuasa... rakyat memerhatikan....

perjuangan UMNO bukan sahaja menghayati sejarah tetapi menyesuaikan dengan keadaan semasa.

UMNO perlu manjadi parti hati rakyat dan berjiwa rakyat...

http://malaysialoni.blogspot.com

Zool Blogger said...

UMNO perlu ke hadapan bukan ke belakang..
Dalam 62 tahun UMNO berjasa sepatutnya mesti menjadi pegangan ahli terutamanya pemimpin.. Kita tak mahu hanya berjasa di atas perut..
Harap YB Datuk bukan pemimpin seperti itu

Zool
http://www.ligakampung.com/blog