Pada 25 April 2008, majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak telah berlangsung dengan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin.
Sebelum itu pada masa pemilihan Speaker, berlaku sedikit ketegangan apabila saya mencadangkan agar pemilihan dibuat secara undi sulit. Ekoran cadangan itu beberapa ADUN bangun baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang telah menyuarakan padangan masing-masing yang pada akhirnya bersetuju pemilihan Speaker dijalankan secara undi sulit.
ADUN Kawasan Tronoh, V. Sivakumar daripada parti DAP yang dicadangkan oleh Menteri Besar, dipilih sebagai Speaker dengan memperolehi 31 undi mengalahkan Datuk Junus Wahid (28 undi) yang dicadangkan oleh bekas Menteri Besar yang juga ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.
ADUN Kawasan Tronoh, V. Sivakumar daripada parti DAP yang dicadangkan oleh Menteri Besar, dipilih sebagai Speaker dengan memperolehi 31 undi mengalahkan Datuk Junus Wahid (28 undi) yang dicadangkan oleh bekas Menteri Besar yang juga ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.
Majlis mengangkat sumpah berlangsung hamir dua jam dan dikendalikan oleh Setiausaha DUN Perak.
Semoga sidang DUN Perak selepas ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin demi untuk kepentingan agama, rakyat dan negeri.
Untuk rekod antara mereka yang pernah dilantik sebagai Speaker DUN Perak ialah Allahyarham Datuk Shafie Mat Saman, Tan Sri Ahmad Azizuddin Zainal Abidin, Datuk Abdul Malek Ahmad, Allahyarham Datuk Arshad Abdullah, Datuk Seri Mohd Nazri Rahim, Datuk Seri Junus Wahid dan Datuk Mohd Isa Ismail.
2 comments:
salam...
datuk saya hairan kenapa orang PAS dan PKR tergila-gila nak lantik orang bukan ISlam jadi pemimpin?
1. nak bodek suruh bangsa lain sokong mereka
2. PAS dan PKR ikut telunjuk DAP dan tak kisah jadi lembu DAP
3. PAS dan PKR tiada calon
4. mereka memang hendak menyakiti hati orang melayu..
izinkan saya cakap pasal datuk... saya tengok datuk tiga tahun lepas tak macam nie.. dah naik body..datuk kena diet sikit, nanti jadi giant datuk susah nak ke sana-ke mari bantu orang kubu gajah... maaf kalau teguran ini menyinggung..
Sejak kebelakangan ini, jawatan Speaker2 Dewan turut hangat diperkatakan dan dijadikan isu oleh pihak2 tertentu. Penting juga diperhatikan, betapa jawatan Speaker kini turut mendapat perhatian utama dari sudut kepentingan politik, berbanding 5 tahun dan sebelumnya.
Walaupun jawatan ini berkuasa di dalam susun atur dan pengurusan rencana sesuatu persidangan di Dewan, ianya kini penting atas faktor memonopolikan kuasa dengan lebih jelas lagi.
Post a Comment