Template by:
Free Blog Templates

4 January 2015

Banjir

Ada hikmah disebalik Banjir yang berlaku.

Ia setidak-tidaknya membolehkan masyarakat yang berbeza kefahaman politik bersatu untuk membantu mangsa-mangsa banjir.





Demikian tegas pengerusi pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar semasa berucap di majlis melepaskan dua buah lori bantuan makanan dan pakaian di Batu Kurau, malam tadi.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias selaku pengerusi jawatankuas bantuan banjir.

Beliau kesal kerana ada yang menyalah anggap keikhlasan mereka yang sukarela membuat kebajikan membantu mangsa-mangsa banjir.











Dua buah lori itu akan menuju ke jerantut dan termeloh.

Seramai 37 orang sukarelawan bekas pelajar sekolah menengah datuk kamaruddin, diketuai Mohd Pesta Bin Abdul Manan akan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah-rumah mangsa banjir selepas penyerehan bantuan tersebut.

2 January 2015

Banjir


Projek rm 30 juta yang dibelanjakan kerajaan untuk menaik taraf sungai ijok telah membantu mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan ijok dan sekitarnya.

Projek itu dilaksanankan sejak dua tahun lalu.

Demikian dinyatakan pengerusi pertubuhan peladang negeri (ppn) perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis kesyukuran penduduk sempena maulidurasul batu 20 dekat batu kurau.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri (adun) kubu gajah, Hasbullah Elias dan ketua wanita umno cawangan batu 20, Zainab Awang.








Sebelum ini kawasan ijok dan beberapa tempat sering dilanda banjir dan ramai penduduk yang dipindahkan.

Tetapi, sejak projek menaik taraf sungai termasuk sungai ara dijalankan, masalah banjir telah dapat diatasi.