Template by:
Free Blog Templates

29 February 2012

Pelajar







Masalah ponteng sekolah harus dipandang serious dan ia janganlah diserah bulat-bulat tanggungjawabnya kepada pengurusan sekolah.

Ibubapa memainkan peranan besar dalam mengatasi masalah ini.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung persatuan ibubapa dan guru (PIBG) sekolah kebangsaan Tebing Tinggi dalam dewan negeri Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir pengerusi PIBG sekolah kebangsaan Tebing Tinggi, Jamaluddin Darus.

Saya juga berharap pengurusan sekolah dapat mencari kaedah terbaik dalam menggekalkan rekod kecemerlangan sekolah.

Sekolah kebangsaan Tebing Tinggi mancapai rekod cemerlang lulus 100 peratus dalam peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) tahun lalu dengan enam orang pelajar memperolehi 5A.

Saya berharap rekod cemerlang dan bersejarah itu dapat dikekalkan.

Kebiasaannya untuk mencapai kejayaan lebih mudah daripada menggekalkannya.

Mengenai pertukaran guru ia adalah proses biasa dan pihak ibubapa jangan merasa gusar dan kecewa kerana ia tidak akan menjejaskan prestasi sekolah.

Saya juga berharap ibubapa tidak memandang ringan dalam memajukan aktiviti sukan sekolah kerana ia dapat membantu mencungkilkan bakat-bakat baru.

28 February 2012

Peladang











Pertubuhan peladabg kawasan (PPK) Batu Kurau mahu ahli-ahlinya mencebur dan terbabit secara meluas dalam dunia siber.

Peringkat awal PPK Batu Kurau akan membuka sebuah pusat internet peladang di perkarangan bangunannya tidak lama lagi.

Pusat internet itu bertujuan manarik labih ramai remaja menyertai PPK Batu Kurau selain menyediakan kemudahan tersebut dikalangan ahli-ahlinya.

Pekara itu diantara keputusan yang diambil pada mesyuarat bulanan lembaga pengarah Batu Kurau yang dipengerusikan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di bilik gerakannya pagi tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad juga mengumumkan bahawa PPK Batu Kurau akan mengusaha tanaman kelapa sawit di tanahnya seluas 140 ekar di Ijok.

Jika berjaya ia mampu mengeluar hasil yang lumayan kepada pendapatan bulan PPK.

Pada mesyuarat itu juga memutuskan tarikh cadangan 22 unit peladang dibawah naungan PPK Batu Kurau.

Mesyuarat unit itu yang akan bermula pertengahan bulan MAC depan turut mengadakan pemilihan jawatankuasa baru dan percalonan ahli jemaah pengarah (AJP) PPK Batu Kurau.

Kemenangan















Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terbukti mampu membawa kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Dalam tempoh terdekar ini kepimpinan Perdana Menteri amat disenanggi rakyat semua kaum melalui program turun padang dan mendekati rakyat.

Demikian kata timbalan menteri di jabatan Perdana Menteri,Datuk Ahmad Maslan dalam ceramah perdana anjuran Biro penerangan dan publisiti Barisan Nasional (BN) pusat dan UMNO bahagian peringkat parlimen Larut,malam tadi.

Tutur hadir ketua UMNO bahagian Larut merangkap ahli dewan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di majlis yang diadakan di sekolah agama rakyat felda Ijok.

Kemenangan BN dalam pilihanraya (PRU) ke 13 penting bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Rakyat katanya semakin tertarik dan terpesona cara pendekatan yang dibuat Perdana Menteri yang sentiasa mendahului rakyat.

Datuk Seri amat disenanggi kerana mengutamakan kebajikan rakyat seperti BR1M.

Beliau menolak dakwaan yang mengatakan BR1M itu berupa rasuah kerana ia tidak meminta undi.

Anehnya mereka yang mendakwa BR1M seumpama itu, tetapi mereka yang dahulu isi borang dan beratur di hadapan untuk mengambil duit.

Beliau juga menafikan tanah peneroka akan tergadai dan felda jatuh bankrup jika syarikatnya disenaraikan di bursa saham.

Ahmad juga menolak segala fitnah dan sangkaan buruk terhadap perdana menteri oleh kalangan yang berkepentingan politik peribadi.

Ceramah perdana itu diadakan diseluruh negara bagi memperjelarkan isu-isu politik semasa.

Pada sidang akhbar timbalan memteri sentiasa ceria itu memberitahu setakat awal 2012 ini, lebih 40 siri ceramah diadakan.

27 February 2012

Kebajikan








Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) disarankan agar mendapatkan pengesahan ketua-ketua kampung dalam memproses permohonan bantuan kebajikan.

Ia bertujuan bagi menggelakkan orang yang sama mendapatkan bantuan dari pelbagai agensi.

Saya berkata demikian selepas mesyuarat jawatankuasa kira-kira wang negeri (PAC) di SUK, pagi tadi.

Dalam mesyuarat itu, juga dicadangkan agar pengesahan ketua kampung memadai bagi memproses bantuan kebajikan.

Soal penerima bantuan JKM yang dah meninggal dunia ,tetapi waris masih menerima bantuan JKM turut dibangkitkan.

Masalah kelewatan bayaran bantuan JKM yang telah lulus hingga ada yang meninggal dunia juga ditimbulkan oleh jabatan audit.

Mengenai masalah kematian penerima bantuan JKM, pihak jabatan akan bekerjasama dengan jabatan pendaftaran negara untuk mendapat maklumat terkini.

JKM juga kini membayar secara sistem on-line bagi menggelakkan sebarang keraguan.

Di mesyuarat itu juga timbul mengenai kes pengambilan pasir yang mencenar kualiti air.

Penguatkuasa pejabat tanah juga diminta mengambil tindakan tegas keatas pemilik perkhidmatan pasir yang menyebabkan berlaku kerosakan jalan kampung.

26 February 2012

Lawat





Melawat seorang warga emas, Ibrahim bin Dahari, 68 tahun yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Haji Mat Asik dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Beliau tinggal dengan isteri, Raimi binte Mohd Amin dan telah terlantar sakit lebih enam bulan yang lalu.

Ibrahim yang terharu dengan kehadiran saya adalah bekas seorang Siak Mesjid Kampung berkenaan.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu memberikan bantuan bulanan kepada Ibrahim kerana beliau tidak mampu bekerja.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Abdul Halil Abdullah dan Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Haji Mat Asek, Abdul Karim Bahari.

Kerjasama













Agensi Kerajaan yang berjanji memberi pampasan keatas tanah milik individu yang terlibat dengan mana-mana projek Kerajaan diharap menunaikan janji mereka.

Projek telah siap tetapi ganti rugi sepertimana yang dijanjikan tidak ditunaikan.

Saya berkata demikian dimajlis dialog sempena perjumpaan bersama dan kenduri rakyat di kampung Bendang Luas dekat Ijok pagi tadi.

Ada penduduk yang masih membangkitkan maslah ganti rugi yang belum selesai ekoran projek jalan di kampung Teras.

Jika benar seperti yang didakwa penduduk berkenaan, saya berharap agensi terbabit segera berbuat demikian bagi mempastikan tidak ada rakyat yang teraniaya.

Saya juga minta kerjasama penduduk agar memberi kebenaran jika tanah mereka perlu diambil untuk sesuatu projek pembangunan.

Ada penduduk mengkritik kerajaan kerana lewat melaksanakan projek, tetapi pada masa yang sama mereka sendiri enggan bekerjasama bila tanah mereka perlu diambil.

Sikap hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengutamakan kepentingan pembangunan harus dikikis jika rakyat mahu hidup sejahtera dan melihat pembangunan berjalan lancar.

Kenduri kampung itu dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim dan perpaduan penduduk selain membolehkan pemimpin bertemu rakyat bagi mendengar masalah.

Ketua-ketua kampung dan cawangan UMNO termasuk pemuda dan wanita turut hadir.

Penduduk-penduduk tanpa mengira kefahaman dan ideologi turut hadir.