Template by:
Free Blog Templates

21 February 2012

Masalah







Ketua-ketua kampung,ketua UMNO cawangan juga diminta membantu mereka yang gagal dapatkan BR1M,mengisi borang rayuan.

Kerjasama mereka amat diperlukan bagi menggelak sebarang salah faham keikhlasan dan hasrat murni Kerajaan memberi BR1M.

Saya berkata demikian dalam satu perjumpaan dengan ketua-ketua UMNO cawangan dan ketua kampung dalam dewan negeri (DUN) Kubu Gajah di Ijok.

Saya meminta kerjasama merela bagi membantu mengatasi masalah itu kerana tidak mahu ada individu dan pihak tertentu mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.

Mengenai masalah projek penbangunan di kampung-kampung berkenaan, saya telah maklumkan bahawa ia telah dimajukan kepada pihak-pihak berkenaan untuk tindakan.

Ada juga diantara projek yang dipohon itu diserahkan kepada pertimbangan Kerajaan pusat untuk pertimbangan.

Saya juga memohon peruntukan daripada menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Perjumpaan itu juga membincangkan program-program yang lebih menjurus kepada perpaduan.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS.

Masalah tanah terbiar kerana berpaya.

Cuba YMDS lihat kawasan dari rumah YMDS hingga ke Sungai Krian terdapat paya yang amat luas.

Jika tanah reserve kerajaan (selalunya ada antara 2/3 lot tanah)dibuat parit sudah tentu kawasan ini akan memberi cukai asas hasil tani yang besar kepada kerajaan. Hanya mengambil masa 3 tahun untuk mengeluakan hasil dan 6 bulan jika ditanam tembikai untuk pasaran tempatan.

Kalau tidak suruh MB kita buat estet IKAN air tawar disini. Memang ikan banyak di sini. Bila musim panas semua masyarakat daerah SELAMA datang ke sini meNGal MELALUI jalam estet Lembah Keluang.

Kalau YMDS dengar cakap JKKK mereka tak nampak perkara ini. Mereka hanya nampak tepi rumah mereka sahaja dan keluarga mereka sahaja. Tapi kalau YMDS turun padang tanpa protokol atau tanpa tanya JKKK sudah tentu YMDS melihat potensi tanah paya ini.

Anonymous said...

YMDS,

Untuk pekan Ijok PM ambil duit FELDA. Untuk Kubu Gajah dari mana dapat duit kalau MB kita tak tolong kerana beliau berjanji sebelum PR 13. Beliau pandai kerana di Sedari rumah mesra-rakyat diletakkan setempat supaya kawasan tersebut akan nampak membangun. Sedari pula akan dapat dua jalanraya yang hebat. Satu suadah ada.

PR 13 hampir tiba, harap janji MB dapat ditunaikan kerana PM selalu kata BN tidak pernah munkir janji. Memang tak munkir janji. Saya takut janjinya tinggal janji sahaja kalau parti pembangkang menang kerana strategi DAP dan PKR nampaknya lebih berkesan dari calon BN. Kalau mereka tak letakkan orang Cina di majoriti Melayu mereka akan letak calon Cina yang fasih berbahasa Melayu dan tahu juga sedikit2 tentang hadis kerana dibantu PAS untuk mengukuhkan hujah2.

Ada baiknya jika YMDS memikirkan pekan kecil FELCRA Sungai Malau daripada kawasan lain2 supaya orang FELCRA balik kampung. Buat masa sekarang ini mereka ramai di tempat2 lain.