Template by:
Free Blog Templates

4 February 2012

Felda
























Warga Felda harus berbangga kerana gaya hidup mereka semain meningkat dan maju.

Sejak Felda diletakkan dibawah pengawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,Felda mengecapi banyak perubahan dan kemajuan.

Saya berkata demikian di majlis penyampaian BR1M kepada 503 orang penerima di Felda Ijok,pagi tadi.

Turut hadir penghulu Mukim Ijok, Mohd Fauzi Ghazali, Shahruddin dan ketua kampung Felda Ijok, Haji Shukur Haji Jaman di perkarangan dewan Felda Ijok.

Peneroka Felda yang turut menerima BR1M itu diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab, memburuk-burukkan imej Felda.

Imej Barisan Nasional (BN) semakin meningkat sejak Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengutamakan kebajikan dan masalah rakyat.

BR1M adalah contoh terdekat bertapa prihatinnya Kerajaan BN terhadap kebajikan rakyat.

Yang penting mereka yang layak berpeluang menerimanya tanpa mengira kaum dan kefahaman politik.

Mereka yang gagal boleh membuat rayuan melalui borang yang khas yang boleh diperolehi di pejabat daerah.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Isu DAP ialah mereka mahu anak FELDA jadi pengurusi dan pengarah semua anak syarikat FELDA supaya kita dapat mengagihkan kekayaan.

Anonymous said...

YMDS,

Saya mendapat tahu ada lebih 14 orang UMNO di FELDA yang dapat PHD.

Tak bolehkah mereka dilantik menjadi pengarah anak syarikat FELDA kalau kita masih mahukan orang UMNO.

Yang berjaya dalam business pun lebih 14 orang. Begitu juga mendapat kelulusan perakaunan dan kewangan.

500 ringgit ini perkara kecil. Lekat tahi gigi sahaja. Kalau anak Felda jadi pengurusi syarikat (mengeluarkan saham) yang hendak keluar bulan 6 ini barulah kita lihat mereka sangat berjaya. Saya mahu melihat anak FELDA jadi CEO semua syarikat FELDA.

Tak lama lagi FELCRA pun ikut jejak FELDA. Minta2 anak FELCRA Sungai Malau akan menjadi salah satu daripada pengarahnya. Yang penting ialah kerjaya CEO bukan pengarah dalam jabatan awam. Itu zaman dulu. Sekarang orang berebut2 nak jadi presiden, CEO syarikat gergasi dll yang berkaitan.

Masa kita dulu kita hanya nak jadi pemberita dan cikgu, sudah pun tamat. Sekarang kita patut berebut2 nak jadi CEO. Berapa ramaikah rakyat ADUN Kubu Gajah telah dilantik menjadi CEO?

Sepatutnya YMDS membantu mereka untuk dijadikan eksekutif SLC/GLC dengan menyimpan data base orang terbilang, cemerlang dan gemilang dari kawasan ADUN Kubu gajah yang berada di pelusuk Malaysia.