Template by:
Free Blog Templates

6 February 2012

BN





Menteri besar perak, datuk seri dr zambry abdul kadir yang juga pengerusi barisan nasional (BN) Perak, mengingatkan komponen parti itu agar memberhenti atau menggelakan sebarang pergeseran yang boleh menjejaskan parti menjelang pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Sebaliknya, mereka harus menggunakan pendekatan mengeratkan silaturahim kerana perpaduan parti lebih penting dalam saat-saat menghadapi pru.

Nasihat itu diberikan beliau ketika mengadakan pertemuan tertutup dengan jawatankuasa BN Bahagian Larut di Bangunan UMNO di Batu Kurau, petang tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Timbalan Menteri Perladangan dan Komodoties, Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Daud Yusof dan Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Mohd Fauzi Kassim.

BN Larut merupakan satu-satunya kawasan Parlimen di Perak yang berjaya menang bersih kesemua empat kerusi yang dipertandingkan dan Menteri Besar yakin dengan kerjasama rapat semua pihak, BN mampu menggekalkan rekod cemerlang itu pada PRU yang akan datang.

Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menegaskan pentingnya soal perpaduan diletakan sebagai asas utama dalam menjamin kemenangan BN pada PRU yang akan datang.

BN memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang dan amat disukai ramai rakyat, tetapi jika masalah dalaman tidak diatasi ia akan membawa padah kepada parti.

10 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pergeseran berlaku kerana ada pemimpin yang mempunyai nafsu kaut tapi tenaga kurang hendak menjadi wakil rakyat atau ketua Bahagian/cawangan.

Wakil rakyat LMS sejak dari dulu saya lihat seperti wakil rakyat PROXY (lahir di situ tapi tidak mahu bermastutin sepanjang masa di situ).

Salah satu sebab kerana munkin tidak ada kemajuan?

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat parti pembangkang mengemukakan nama calon yang boleh menjadi MB atau Menteri.

Calon UMNO kia masih mementingkan jawatan politik untuk dijadikan calon.

Jawatan politik sebagai CV hanya boleh dipakai di kawasan yang selesa, iaitu di kawasan yang sudah tentu UMNO menang.

Manakala di tempat lain jawatan politik sebagai kriteria pemilihan calon tidak lagi diboleh pakai.

Di Perak saya lihat ada 13 kawasan di mana kedudukan UMNO agak goyang.

Di tempat-tempat ini UMNO perlu memilih calon tidak mengikut kedudukan politik mereka.

Jika UMNO berbuat demikian calon tersebut hendaklah ditukarkan ketempat yang sudah tentu mereka boleh menang.

Kelemahan UMNO LMS ialah mengemukakan nama calon tanpa melihat siapa lawan mereka (calon PAS).

Sebagai contoh jika En Nazri jadi calon PAS Kubu Gajah bolehkah ketua wanita UMNO melawannya atau pun YMDS sendiri kerana karismanya mula meningkat sejak akhir2 ini dan latar belakangnya juga pernah menjadi pemimpin pembantu mahasiswa UPM berkelulusan bidang pelaburan, bukan pendidikan.

Begitu juga salah seorang daripada Batu Kurau yang dicalonkan UMNO sudah tentu kalah dengan pencabarna dari PKR dengan melihat ketokohannya sahaja.

Bagi Selama isteri Datuk Daud lebih baik dicalonkan daripada Datuk Daud.

Anonymous said...

YMDS,

Saya ingin memberi padangan tetang keberkesanan mesyuarat:

Gene Perret pernah mengatakan:

Some managers attend meetings three days a week. Do you know what their topic is? Trying to figure out why they're only getting two days of work out of their employees.

Seya juga pernah bekerja sebagai outreach. Pengelaman saya menunjukkan jika ada lebih 10 orang yang bermesyuaran hanya 3 orang yang memberi pendapat memadailah yang 3 orang itu sahaja yang perlu datang bermesyuarat di masa2 yang akan datang.

Begitu juga jika semua setuju pendapat boss tidak perlulah yang lain datang bermesyuarat. Rugi masa dan wang sahaja kerana mereka sentiasa setuju dengan pendapat MB atau YB.

Tentang pemimpin bercakaran Gene Perret pernah berkata:

Watch a buch oh ants (ahli/rakyat) working. All of them are labouring feverishly but no one is sitting as supervisor (pemimpin). The conclusion? Hard work is normal. It's management (pengurusan politik) that's unnatural.

Anonymous said...

YMDS,

Galakkan AJK Politik LMS juga turun pandang bersendirian untuk melihat masalah jika hendak dicalonkan jadi pemimpin tempatan atau wakil rakyat.

Anonymous said...

YMDS,

Dalam ceramah saya bila mengadakan mesyuarat saya berkata:

Jika mesyuarat mengambil masa yang panjang bermakna kita telah memillih ahli mesyuarat (bukan ada kepakaran)yang salah.

Jika 2 ahli sentiasa bersetuju tentang sesuatu isu kita hanya perlukan salah seorang daripada mereka untuk dipanggil bermesyuarat.

Ahli mesyurat yang baik sekali ialah mereka yang boleh membuat kerja (berjaya) bukan yang hanya pandai bercakap.

Kalau mesyuarat berpanjangan hingga tertunda bermakna tiada seorang pun dari mereka yang EXPERTS.

Cuba YMDS bermasyuarat di Timor Tengah. Untuk menentukan jenis makanan jamuan pun mengambil masa lebih setengah hari.

Kesimpulanya senang sahaja YMDS. Saya ke Beijing mereka katakan yang mereka bukannya komunis tapi mereka mahu tiap-tiap rakyat sama kaya.

Pemimpin proxy sepatutnya bersara digantikan oleh mereka yang tidak mahu menjadi proxy dan yang bertenaga kuat nafsunya kurang. kalau nafsu kuat munkin ada rakyat yang kena sondol.

Ketua Pemimpin PAS nampaknya nafsu kurang tapi tenaga kuat. Itulah kelebihan orang tua dari yang muda.
Dulu saya lihat pemimpin negara Cina ramai yang tua2 untuk mengelakkan skandal. Kalau kita pilih yang monopause tentulah skandel berkurangan.

Anonymous said...

TMDS,

Salah satu cara untuk mengelakkan bercakaran sama sendiri ialah dengan berkorban.

Kita perlu menilai diri kita sendiri sama ada kita hanya jadi pelakun pemimpin atau pun pemimpin yang mempunyai nafsu kuat tenaga kurang.

Jika kita hanya pandai berlakun dan tenaga pun tiada berilah laluan kepada orang lain untuk menjadi pemimpin supaya kita tidak bercakaran kerana semata2 berpegang kepada undian majoriti sahaja tapi kita juga ada kencing manis, darah tinggi, jantung tersumbat, bercakap pun tak natural dan alignment pun tingkat sebelah dll.

Berjuta-juta wang kerajaan habis untuk pilihanraya bagi mereka yang meninggal disebabkan penyakit kronik dan yang mempunyai bayangan yang tidak sihat.

Anonymous said...

YMDS,

Tapak industi Perak eloklah dibina dikawsan berdekatan Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang jika ia hendak merancakkan FDI

Krian/Selama dam Telok Anson/Bagan Datok adalah lebih sesuai dari Lembah Kinta

Anonymous said...

YMDS,

Nampaknya pilihanraya akan diadakan pertengahan tahun setelah semua syarikat GLC mengeluarkan keuntungan untuk kegunaan sponsorship PR 13.

Yang sedihnya susur keluar Matang Pasir belum siap lagi atas dasar janji BN semasa pilihan raya Hulu Langat dan janji ADUNnya untuk disiapkan tahun ini.

Kubu Gajah dan Ijok pun macam itu juga atas dasar janji MB.

Yang sebenarnya banyak boleh dilakukan untuk membangunkan Kubu Gajah kerana ia dikelilingi syarikat perladanagan yang kaya-kaya.

Boustead, Sime Darby dan Genting Plantation. Cuba lihat gaji Boss Genting, lebih sejuta sebulan.

Syarikat ini sebenarnya boleh membina RING ROAD (Jalan circular) mengelilingi Kubu Gajah supaya ia menjadi bandar seperti London, Moscow dll yang mempunyai ring road tersendiri.

Yang penting Chairman dan managernya selalulah YMDS jemput kejamuan kerajaan negeri dan YMDS sendiri berbincang dengan mereka. Kita mesti pandai mengecek dan membodek jika hendak membangunkan Kubu Gajah seperti juga theme park yang hendak YMDS bangunkan di tempat DAP, Batu Gajah. Yang penting juga ialah di kawasan UMNO. DAP lebih kaya. Mereka boleh bangunkan sendiri Lembah Kinta dan Batu Gajah.

Anonymous said...

YMDS,

Perpaduan hanya dapat diatasi jika koefisian GINNI dapat direndahkan dan jika UMNO dapat ketepikan sikap berpuak2 atau kedaerahan.

Misalanya jika orang petani melihat calon mereka nafsu kuat tenaga kurang, berikanlah jawatan tersebut kepada orang Rawa. Saya lihat D S Rafidah Aziz amat berjaya jika dibandingkan dengan Ustaz Aziz dll

Begitu juga YMDS lebih berjaya daripada wakil rakyat orang Petani. Kalau kita berpuak2 tidak seorang pun wakil rakyat kita boleh jadi Menteri Besar.

Saya lihat kelemahan PAS, mereka mahu orang petani sahaja yang memegang pucuk pimpinan. Ramai pemimpin PAS yang lebih berkarismatik seperti Ustaz Ghani Samsuddin (ulama) dan ramai lagi tapi tidak diketengahkan kerana kita pandang orang petani lebih sesuai.

Jika koefisien Ginni direndahkan orang yang sama tidak akan dapat semuanya. Begitu juga daerah yang sama seperti Lembah Kinta, Manjung dan Seri Iskandar. Jika daerah Selama dibangunkan seperi Sri Iskandar sudah tentu nilai tanah orang Selama akan meningkat dan kekayaan tidak akan tertumpu kepada
kepada pengundi DAP sahaja ( seperti Lembah Kinta).

Anonymous said...

YMDS,

Pilihanraya akan tiba tapi isu setempat masih tidak diatasi.

Masalah setempat ialah yang berkaitan dengan pemberian tanah.

Saya tak kira siapa dapat tanah asalkan mereka betul2 tiada tanah walaupun kaum keluarga YMDS sendiri atau mereka yang bekerja di pejabat tanah. Yang penting bagi saya pembangunan/kemajuan

Untuk mengelakkan isu ini, kerajaan hendaklah memberi geran hanya kepada mereka yang telah membina rumah kekal di tanah kurnia tersebut dan tidak menjualnya kepada orang lain selain kepada anak atau cucu mereka.

Jangan keluarkan geran jika tanah ini telah dijual kepada orang lain. Begitu juga jika mereka tidak membina rumah kekal di situ.

Bayangkan jika mereka membuat rumah di tanah kurnia di Tebing Tinggi sudah tentu Tebing Tinggi membangun tanpa bantuan kerajaan. Begitu juga tanah kampung tersusun yang lain2

Yang sebenarnya masalah kita sama saja dari tahun ke tahun tak payah panggil orang lain untuk meninjau masalah.