Template by:
Free Blog Templates

26 February 2012

Lawat





Melawat seorang warga emas, Ibrahim bin Dahari, 68 tahun yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Haji Mat Asik dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Beliau tinggal dengan isteri, Raimi binte Mohd Amin dan telah terlantar sakit lebih enam bulan yang lalu.

Ibrahim yang terharu dengan kehadiran saya adalah bekas seorang Siak Mesjid Kampung berkenaan.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membantu memberikan bantuan bulanan kepada Ibrahim kerana beliau tidak mampu bekerja.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Abdul Halil Abdullah dan Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Haji Mat Asek, Abdul Karim Bahari.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya melihat wakil rakyat yang berjaya hendaklah mereka yang pernah bekerja sebagai pegawai masyarakat atau perubatan atau pun penjaga rumah orang2 tua.

Saya lihat kerja YMDS dan wakil PAS sentiasa buat kerja yang berkaitan dengan mereka yang saya senaraikan di atas.

Minta YMDS syorkan untuk pemilihan calon, yang diutamakan ialah mereka yang pernah bekerja sebagai pegawai kebajikan masyarakt, doktor atau jururawat (seperti kakak Cikgu Abu Samah Aliddin)dan penjaga rumah orang tua2.

Saya mensyorkan demikian setelah melihat kerja2 yang telah dilaksanakan YB2 kita sejak dari dulu lagi adalah yang berkaitan dengan kerja2 pegawai yang saya senaraikan di atas.

Dari mulai sekarang YMDS hendaklah memnacing pegawai kebajikan masyarakat supaya menjadi ahli UMNO?

Jangan tuggu mereka datang.