Template by:
Free Blog Templates

25 February 2012

Bermotor








Semangat perpaduan kaum boleh dipupuk malalui aktiviti luar anjuran kelab-kelab sosial dan sukan.

Justeru aktiviti yang melibatkan silaturahim dikalangan masyarakat harus digalak dan disokong semua pihak.

Saya berkata demikian dalam ucapan melepaskan sekumpulan pemuda bermotor lasak di perkarangan dewan serbaguna Batu 7 dekat bukit Bertam Ulu Selama, pagi tadi.

Seramai 55 oranf peserta termasuk seoranf beliawan menyertai program sehari yang menjelajah sekitar hutan dan bukit bukau melalui bukit Bertam hingga ke pengkalan Hulu.

Kumpulan yang diketuai Mohd Shukri Bin Nazri termasuk peserta dari Kuala Lumpur dan daerah Manjung dan Hilir Perak anjuran kelab TTDC Taiping.

Aktiviti yang turut disertai penunggang bukan melayu itu akan bermalam dan berkhemah dalam hutan satu malam sebagai menimba pengalaman baru.

Saya berharap kegiatan seumpama itu menjadi contoh kepada masyarakat belia yang lain kerana ia mampu meningkatkan displin.


Saya juga tertarik dengan minat ahli kelab bermotor itu yang bukan sahaja sanggup berbelanja besar untuk memiliki motor, tetapi masa yang ditumpukan.

Perlumbaan motor cross turut dirancangkan di dewan negeri (DUN) Kubu Gajah bagi menarik para belia menceburi sukan tersebut.

Turut menarik perhatian saya ialah moral agama yang tinggi didalam diri ahli kelab berkenaan yang tidak lupa berdoa sebelum berlepas.

0 comments: