Template by:
Free Blog Templates

29 February 2012

Pelajar







Masalah ponteng sekolah harus dipandang serious dan ia janganlah diserah bulat-bulat tanggungjawabnya kepada pengurusan sekolah.

Ibubapa memainkan peranan besar dalam mengatasi masalah ini.

Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung persatuan ibubapa dan guru (PIBG) sekolah kebangsaan Tebing Tinggi dalam dewan negeri Kubu Gajah, petang tadi.

Turut hadir pengerusi PIBG sekolah kebangsaan Tebing Tinggi, Jamaluddin Darus.

Saya juga berharap pengurusan sekolah dapat mencari kaedah terbaik dalam menggekalkan rekod kecemerlangan sekolah.

Sekolah kebangsaan Tebing Tinggi mancapai rekod cemerlang lulus 100 peratus dalam peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) tahun lalu dengan enam orang pelajar memperolehi 5A.

Saya berharap rekod cemerlang dan bersejarah itu dapat dikekalkan.

Kebiasaannya untuk mencapai kejayaan lebih mudah daripada menggekalkannya.

Mengenai pertukaran guru ia adalah proses biasa dan pihak ibubapa jangan merasa gusar dan kecewa kerana ia tidak akan menjejaskan prestasi sekolah.

Saya juga berharap ibubapa tidak memandang ringan dalam memajukan aktiviti sukan sekolah kerana ia dapat membantu mencungkilkan bakat-bakat baru.

5 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau cikgunya duduk di Tebing Tinggi sekolah tersebut mankin berjaya.

Sekolah saya dahalu dijayakan oleh guru yang duduk di kawasan sekolah hingga kami champion dalam semua bidang yang dipegang oleh guru yang duduk dalam kawasan sekolah.

Guru luar tidak dapat membantu kecemerlangan kerana habis masa berulang alik dari Taiping.

Anonymous said...

YMDS,

Murid dekat rumah saya ponteng sekolah kerana hendakkan duit untuk beli minyak motor dan top-up.

Kutip buah kelapa sawit sahaja senang2 dapat 20 ringgit seguni.

Kalau mereka jual ikan keli kepada saya pun saya beri 5 ringgit sekilo.

Saya fikir karikulum kita mesti diubah supaya ada pilihan untuk semua mengikut minat dan talent, bukan lagi Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Kanak2 miskin jemu dengan Bahasa, Matematik dan Sains.

Mereka suka mengikut vocation yang mereka minati.

Anak saya sendiri tidak sukakan tiga mata pelajaran tersebut. Apa lagi yang lebih miskin daripada saya.

Guru yang mengajar mereka pula ialah guru akadamik. Tentulah bosan dengan exercise untuk dapatkan 5 A sahaja tak henti2

Vincent Tan salah seprang jutawan Malaysia tidak percayakan mereka yang dapat 5A tapi yang berjaya ialah mereka yang mengutamakan sosial capital dan tahu kepada siapa hendak mendermakan wang mereka.

Kalau tak percaya cuba lihat kita sendiri. YMDS berjaya disebabkan Sosial Capital dan Hospitality. Begitu juga saya kalau terlalu individualistik susahlah nak dapat apa2 walaupun dapat semua A

Anonymous said...

YMDS

SYARIKAT PNRB bantu SMK Slim River sebagai bantuan CSRnya.

Bila lagi Sime Darby nak bantu SMK Kubu Gajah atau SR Tebing Tinggi.

Dulu Sime Darby cakap besar juga tentang kebolehannya bagi perkhidmatan sosialnya

Anonymous said...

YMDS,

Kalau YMDS dengar berita hari ini keuntungan Sime Darby meningkat. Paling banyak dalam 4 tahun. Sime Darby pun banyak buat taman perumahan di kawasan parti pembangkang di Selangor. Adakah wakil UMNO kita di situ bertujuan untuk membangunkan kawasan pembangkang sahaja.

Estet mereka banyak di Kubu Gajah.

Yang penting bagi YMDS bukan hanya menjaga grassroots tapi perlu juga berkawan baik dengan siapa yang boleh membantu membangunkan Kubu Gajah.

Saya berdoa supaya YMDS menjadi salah seorang pengarah Sime Darby supaya Sime Darby dapat membantu sekolah kita atau buat jalan pekeliling.

Panggil mereka membuka mesyuarat agong macam Datuk Musa.

Anonymous said...

mungkin juga sebab selama tak maju sebab CADO dan juga yang lain dok kat luar no?