Template by:
Free Blog Templates

11 February 2012

TPM







Menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri dan Isteri di lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pagi ini.

Turut menyambut Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman ialan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datin Seri Saripah Zukifli.

Timbalan Perdana Menteri selepas pertemuan empat mata dengan Menteri Besar kemudian mengadakan perjumpaan tertutup dengan ketua-ketua UMNO bahagian Perak di bangunan UMNO.

Beliau yang juga Menteri pendidik mempunyai acara yang padat dalamawatan sehari ke Perak termasuk warga pendidik.

Isteri Timbalan Perdana Menteri pula mempunyai acara berasingan bersama Baiduri pimpinan datin Seri Saripah.

Mereka kemudian melawat hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Timbalan Perdana menteri dan isteri yang tiba penuh ceria turut disambut Menteri pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, anggota-anggota exco dan ketua-ketua UMNO bahagian di lapangan terbang Sultan Azlan Shah.

Timbalan Perdana Menteri mengakhiri lawatan beliau di Teluk Intan sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selalunya setelah PM dan TPM melawat semua negeri barulah PM beritahu tarikh PR 13

Bila YMDS hendak round 13 kampung/cawangan sebelum pilihanraya selain daripada beri 500 ringgit?

Anonymous said...

YMDS,

Cukai yang dikutip Kementerian Perusahaan Perdagangan dan komoditi ialah 292 bilion.

Lebuh raya Selama-Jelapang hanya 2.5 Bilian.

Di kawasan Selama Kubu Gajah sahaja ada 17 estet kelapa sawit. Cuba YMDS kira jumlah cukai yang di kutip.

Kita belum mengira estet dekat Batu Kurau Pondok Tanjung.

Datuk Hamzah patut tahu cukai hasil komoditi kelapa sawit yang dikumpulkan di LMS munkin mencecah 2.5 bilion (termaksuk di Kawasan Kuala Kangsar jika tak cukup)jika dimasukkan dengan hasil kayu kayan dengan getah sudah mencukupi untuk membina lebuhraya dari Batu Kurau ke Selama

Saya rasa kita tak payah pinjam Sukuk kerana mengambil masa yang panjang. Kita pun ada pakar jalan raya Prof Jamilah Jaadil untuk melihat keadaan. Munkin kita salah pilih pakar kenapa perkara ini dilambatkan.

Sepatutnya kerajaan mendahulukan projek yang ada duit yang dikumpulkan dari kawasan di mana projek itu hendak dilaksanakan. Bukan ikut yang mana dahulu dirancangkan mesti dijalankan. Kalau daerah situ belum dapat kumpul duit cukai tinggalkan dahulu projek Pantai Barat kerana duit dari situ belum cukup. Duit kita sudah cukup. Cuma Datuk Hamzah tidak tahu mengiranya.

Datuk Hamzah sepaptutnya mengira cukai komoditi dari kawasan LMS dan bentangkan ke PM kertas kerja kenapa projek ini mesti didahulukan daripada yang lain-lain termasuklah membesarkan lapangan terbang Ipoh.

Kita tidak mahu macam Trengganu yang dipolitikan tentang royalty minyak

Kawasan kita sudah banyak kumpulkan duit cukai sepatutnya lebuhraya Jelapang Selama hendaklah dibina dahulu.

Munkin YMDS tidak tahu nama estet yang ada di kawasan Selama, Lihat sajalah laman web

Trengganu bertengkar dengan kerajaan pusat pasal royalty minyak.

Acheh nak keluar Indon juga isu yang sama.

Barangkali LMS juga boleh mengeluarkan isu yang sama dengan melihat cukai yang dapat dikumpulkan dari 17 estet di kawasan Selama sahaja, belum dikira Batu Kurau. Tapi kita lebih matang. Kita tidak mahulah bertengkar dengan kerajaan pusat kecuali jika ada orang mahu berkorban untuk dihentikan jawatannya.

Anonymous said...

YMDS,

Jika LMS hendak maju kita perlu ada whip politik dari cawangan yang tidak mempunyai kepentingan.

Mereka ini hendaklah menghantar memorendum atau kertas kerja jika ada lawatan seperti MB dan PM datang ke sini. Kertas kerja tentang pembangunan hendaklah diberikan kepada pelawat yang ada kuasa. Juga seperti RISDA atau Kebajikan Masyarakat yang merancang mengikut ramai penduduk bukan ramai penduduk yang miskin.

Lagi satu pembesar kita hendaklah selalu buat jamuan dengan orang kaya setempat untuk DDI.

Saya lihat orsng kaya bukan Melayu simpan duit di luar negeri (terutama sekali yang banyak keluakan interest seperti NZ). Yang Melayu pula ASB dan Tabung Hajinya.

Saya rasa kalau mereka berkumpul buat kilang tayar pun sudah cukup.

Tapi mereka tak nampak jalan kalau kerajaan tak bantu mereka.

Kalau kerajaan bantu orang macam Haji Talib pun boleh menjadi orang yang terkaya di Malaysia. Begitu juga Haji Ishak.

Mereka simpan duit macam bawah bantal untung 8% sahaja dari ASB. Kalau simpan di bank persatuan untung 10% tapi mereka tidak tahu di mana Bank Persatuan kerana asyik berikan dan berkelapa sawit (gigih).

Anonymous said...

YMDS,

Berita angin mengatakan 18 Februari adalah tarikh untuk menentukan calon UMNO.

Sekiranya berita ini betul, BN tidak menghiraukan cadangan saya yang amat penting untuk menang.

Sebaik-baiknya nama calon diputuskan setelah melihat siapa lawan mereka.

UMNO sepatutnya ada nama simpanan yang terdiri daripada mereka yang terbilang, cemerlang dan gemilang.

Sebagai contoh jika parti lawan kemukakan tok guru. UMNO mesti kemukakan al-hafiz.

Saya syorkan BN Perak mesti ada SPARE/Simpanan yang terdiri al-hafiz, tok guru,ulama dan yang berkaitan untuk menentang parti PAS. PKR pula ialah mereka yang berkelulusan tinggi.

UMNO kita selalu simpan mereka yang berkelulusan tinggi di kawasan mereka takut menekalkan kedudukan. Saya lihat ADUN Batu Kurau yang boleh tahan. Isteri ADUN selama sepatutnya jadi calon simpanan. Begitu juga doktor yang ada di ADUN Kubu Gajah.

Kawan baik Samy Vellu tak boleh pakai lagi jika MIC nak menang. Enam kumpulan India tak suka Samy dengan kroni beliau. Kalau pilih kawan baik Samy lebih ramai lagi yang kalah.

Isu asal usul Melayu, asal usul perlembagaan, ekuiti dari segi pandangan holistik dan isu keamanan hendaklah dijelaskan kepada DAP kalau MCA hendak menang. Tapi pemuda MCA juga ikut macam isu PPP Singapura. Susahlah sedikit.