Template by:
Free Blog Templates

3 February 2012

India











Masalah dan kebajikan masyarakat India tetap diberikan perhatian oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Justeru mereka jangan mudah terpedaya dengan mereka yang cuba menyebar dakyah bahawa Kerajaan BN tidak mengambil berat masalah kaum India.

Pemberian BR1M sebagai contoh yang membabitkan ramai kaum India.

Saya berkata demikian dalam perjumpaan dengan ahli jawatankuasa MIC bahagian Larut yang diketuai, K.Theraju.

Turut hadir ketua-ketua MIV cawangan Kubu Gajah, Lembah Keluang, Ladang Malaya dan Redang Panjang dalam Dun Kubu Gajah.

Saya juga mengingatkan supaya mereka menggelakan perpecahan kerana ia bukan sahaja merugikan masyarakat India tetapi perpaduan parti.

Perpaduan kaum penting bagi menjamin kelancarab program pembangunan.

Mereka yang menolak perpaduan kaum bermakna mereka tidak mahu keamanan dan kesejahteraan.

2 comments:

Anonymous said...

TMDS,

Jika DAP memberi banyak ceramah munkin orang India akan mengundi PAS. Isunya sama dengan isu Utayarkumar.

Sekian

Anonymous said...

YMDS,

Saya puji orang India sangat pandai menjaga lembu tapi orang Melayu seprti Haji Saad (Kubu Gajah) dan 2 penterenak lembu dari FELDA semua hendak kaya sendiri sahaja tanpa melihat kerugian prang lain.

Tiap-tiap malam lembu Hj. Saad berumah di tanah Raja Mustafa (Allahyarhamu) yang telah dijual ke Cik Jainabon Abu Hassan.

Bila pukul dua tengah malam lembu-lembu ini habis merosakkan tanaman dari sini hingga ke Kubu Gajah.

Lembu ini sangat educated. Mereka tidak mahu ke ladang Sime Darby selepas sekolah menengah yang ada anak pokok kelapa sawit dan juga tidak memakan anak kelapa sawit Encik Rosli (ahli PAS) di Lembah Keluang.

Kalau tak silap saya Hj. Saad ni pernah jadi JKKK sementara waktu semasa zaman parti pembangkang menjadi MB. Nasib baik UMNO tak pilih beliau jadi JKKK. Kalau tidak JKKK jadi Jaga Kaum Keluarga Kendiri (Sendiri).

Kalau boleh ahli JKKK jangan dipilih lebih daripada seorang dari satu tempat/kawasan. Kalau YMDS jadi JKKK kampung Tengah/Kampung Raja sudah tentu kampung tersebut akan maju dari segi pengeluaran hasil tani.Kalau aspek sosial sahaja YMDS majukan bagaimana kita boleh dapat cukai hasil untuk memajukan bidang sosial? Mana lebih penting, kemajuan sosial atau kemajuan ekonomi?

Rumah yang YMDS bina di situ nampaknya macam rumah PROXY sahaja.
Sepatatnya YMDS mestilah bersifat besi waja untuk menjadi ADUN atau Ketua UMNO LMS jika YMDS kalah sekalipun. Jadi rumah tersebut biarlah seperti rumah kekal supaya orang lain juga akan balik kampung.

Belajarlah dari Datuk Maznah wanita besi waja. Beliau juga orang kuat UMNO Kedah.

Panggil beliau untuk memotivasikan orang kuat UMNO LMS (OKU LMS). Mereka kurang turun padang. Kalau naik matosikal minyak pun tidak rugi.

Mana boleh YMDS sahaja yang turun padang ke semua 13 kampung. OKU UMNO yang lain buat apa? Hanya untuk mahukan kedudukan sahaja seperti raja tanpa rakyat.