Template by:
Free Blog Templates

25 July 2014

Anugerah

Kampung Jelai dalam Mukim Batu Kurau berjaya meraih naib juara pertandingan desa wawasan kampung peringkat kebangsaan kerana berjaya mewujudkan perpaduan kaum.





Kejayaan itu juga disebabkan terdapat pelbagai kemudahan di kampung yang terletak di kawasan yang didiami orang cina, india dan siam.

Di kampung itu juga terdapat sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

Demikian dinyatakan bekas ahli parlimen Larut, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan hari raya di kampung Jelai.







Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias dan bekas ketua kampung, Haji Mohd Ali Awang besar di majlis yang berlangsung di perkarangan masjid Jelai.

Kampung Jelai yang dua kali muncul juara peringkat negeri memenanggi hadiah rm 160,000. Dua tahun lalu, kampung tersebut menang katogeri pendidikan dan menerima hadiah rm 60,000.

Seramai 74 orang termasuk ibu tunggal menerima sumbangan tersebut.

24 July 2014

Padi


Pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak merancang membina dua buah kilang padi dengan kos rm 30 juta.

Kilang itu yang tiap-tiap sebuah bernilai rm 15 juta dirancang dibina di Bagan Serai dan Sugai Manik.

Demikian dinyatakan ahli lembaga pengarah PPN, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian sumbang hari raya kepada seramai 150 ahli peladang kawasan Batu Kurau.




Pembinaan kilang padi itu sebagai memberi khidmat sokongan kepada pertubuhan peladang kawasan (PPK) yang mengusahakan bendang.

PPN juga merancang untuk mengambil alih operas loji benih milik jabatan pertanian di Titi Gantung.

Ia bertujuan menghasilkan benih padi yang terbaik.

Ia bagaimanapun, masih diperingkat kajian.

Raya



Umat islam diseru bersatu bagi menggelak ditindih oleh musuh-musuhnya.

Islam menjadi role model kepada perpaduan sejagat, tetapi akan hilang rasa hormat jika ia terus berpecah.

 




Demikian tegas bekas ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majis penyampaian sumbangan hari raya dan berbuka puasa UMNO cawangan Tebing Tinggi.

Umat islam harus bersatu bagi melawan keganasan Israel terhadap Palestin.





Jika umat islam gagal menunjukan perpaduan salagi itu, mereka mudah ditindas.

Kuasa besar sebenarnya takut dengan kekuatan negara-negara islam jika mereka bersatu.

20 July 2014

Sumbangan

Krisis yang berlaku di Palestin diharap menjadi pembuka mata pentingnya wujug perpaduan yang kukuh di kalangan umat islam.







Orang lain akan mengambil kesempatan jika umat islam berpecah.

Demikian ditegaskan bekas ahli parlimen Larut, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan hari raya dan berbuka puasa di taman kota Wira, dekat Kamunting.

Turut hadir bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmuddin Elias , pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan,naib ketua UMNO bahagian Larut, Zaidi Dollah dan ketua UMNO cawangan kota Wira, Sidek Ahmad.

Raja Ahmad Zainuddin menjelaskan kuasa besar islam semakin kecil kerana mereka semakin berpecah.





Kita hanya boleh bersimpati dengan nasib rakyat palestin, tetapi masyarakat islam sejagat bagaimana?

Tragedi MH 17 dan MH 370 akan menjadikan kita kesedaran betapa pentingnya perpaduan di dalam dan juga luar negara.

Seperti kata perpatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

19 July 2014

Harta

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau merancang  terlibat dalam hartanah bagi menggukuhkan perniagannya.

Mereka telah mengenalpasti dua lot bangunan perniagaan bernilai rm 2.6 juta di bandaraya Ipoh.





Demikian dinyatakan pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPK di Batu Kurau.

Katanya berdasarkan pasaran terkini, perniagaan hartanah amat menggalakan.

PPK mahu melabur dalam aktiviti yang membawa keuntungan lebih 3,000 orang ahlinya.





Katanya, PPK juga akan menambahkan pembelian jentera untuk faedah ahli.

Sempena bulan Ramadan, beliau juga menyampaikan sumbangan bubur lambuk.

13 July 2014

Ketua kampung

Jawatan ketua kampung yang masih kosong di parlimen Larut harus lah segera diisi perlantikannya.

Ketiadaan ketua kampung ini menimbulkan masalah pentadbiran kampung.





Kampung-kampung yang dikenal pasti ketuanya belum dilantik ialah Repoh dan Air Hitam di dewan undangan negeri (DUN)  Batu Kurau, Tebing Tinggi di Kubu Gajah dan sungai Seputeh di Selama.

Bekas ahli parlimen Larut, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata ketua kampung ini penting kerana ia adalah nadi pentadbiran kampung dan ketiadaannya aktivi kampung akan lumpuh.

Beliau berucap di majlis berbuka puasa bersama bekas ketua-ketua kampung dalam parlimen Larut di Batu Kurau, semalam.





Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias.

Jawatan ketua-ketua kampung mula dilantik pada awal april.

Bekas ketua-ketua kampung menerima juga menerima sijil penghargaan.

6 July 2014

Belia

Para belia diingatkan tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan.

Mereka juga harus mendalami ilmu unttk menghadapi dunia global yang penuh mencabar.







Demikian tegas bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika merasmikan mesyuarat agung majlis belia parlimen Larut.

Turut hadir timbalan pengerusi malis belia negeri, Aswanuddin Bin Ariffuddin dan pengerusi majis belia parlimen Larut, Zaidi Dollah di hotel seri Malaysia, Taiping.

Dr Raja Ahmad Zainuddin yang juga bekas timbalan setiausaha Agung 4B Malaysia menambah, belia yang berjaya adalah mereka yang mampu menyumbang kepada masyarakat.





Beliau juga menekankan pentingnya persatuan-persatuan belia menyelaras aktivi mereka dengan pejaat belia dan sukan.

Pejabat belia dan sukan penting untuk mengiktiraf dan mengawasi program belia.