Template by:
Free Blog Templates

27 April 2013

Gerakan


Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar malam tadi melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) dewan undangan negeri (DUN) Batu Kurau.

 





Beliau mendengar taklimat daripada pengerusi bilik gerakan, Mohamad Abdullah.



  
Turut hadir naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassim.

26 April 2013

PM

Perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meminta agar Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dikekakan sebagai ketua UMNO bahagian Larut.








Ini bermakna ketua bahagian itu tidak akan ditentang oleh mana-mana calon pada pemilihan parti yang akan datang.

Ia sebagai menghargai pengorbanan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, yang tidak bertanding dan memberi laluan kepada muka baru pada pilihanraya umum (PRU) ke 13 yang sedang berlangsung.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 15,000 orang yang hadir memberi tepukan gemuruh  di majlis jamuan rakyat di padang sekolah kebangsaan sSngai Bayur, Ulu Selama.

Turut hadir menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan calon-calon Barisan Nasinal (BN) yang bertanding dalam parlimen Larut pada PRU 13,

Nasihat Datuk Seri Najib itu bertujuan menggekalkan perpaduan, justeru, tidak akan ada pemilihan.

















Selain Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, jawatan timbalan ketua bahagian disandang, Datuk Mohd Daud Yusop dan naib ketua, Fauzi Kassim.

Ucapan perdana menteri itu juga disambut secara terbuka oleh Datuk Daud dan timbalan menteri, Datuk Hamzah Zainuddin dan calon-calon yang lain.

Perdana menteri sebelum itu menunaikan solat jumaat di mesjid Sungai Bayur.

21 April 2013

PDM

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar malam ini melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di pusat mengundi (PDM) Jelai di Batu Kurau.














Beliau beramah mesra mesra dengan ahli-ahli UMNO di PDM tersebut yang diketuai Haji Mohd Ali Awang Besar.

Turut hadir naib ketua UMNO bahagian Larut, Fauzi Kassim.

20 April 2013

PRU


Suasana di hari penamaan calon barisan nasional (BN) Larut pada pilihanraya umum ke 13 di perkarangan bangunan UMNO di Selama, hari ini













































Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar turut hadir meraikan calon-calon bn yang bertanding.