Template by:
Free Blog Templates

5 April 2013

Ibu tunggal


Budaya mementingkan kroni perlu dikikis kerana ia boleh memecah belahkan masyarakat.

Ia bukan sahaja dalam soal memberi bantuan, malah juga dalam parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 



Demikian tegas ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis perjumpaan ibu-ibu tunggal peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, hari ini.

Turut hadir pengerusi ibu-ibu tunggal parlimen Larut, Mariatul Kiftiah Binti Abdul Rahman dan ketua kampung sungai Malau, Haji Abdul Hamid Hasan.

Beliau berharap jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung  (JKKK) agar mengutamakan permohoman ibu-ibu tunggal untuk mendapatkan bantuan jabatan kebajikan masyarakat (JKM).

Beliau juga menyeru agar jangan orang yang sama berulang kali menerimannya, jika tidak ramai yang kecewa.











Beliau menyeru setiap JKKK mempunyai senarai ibu-ibu tunggal bagi memudahkan proses penyelarasan.

Seramai 100 orang ibu tunggal hadir menerima sumbangan di dewan masyarat kampung tersusun Kubu Gajah.

0 comments: