Template by:
Free Blog Templates

2 April 2013

Lawatan


Seorang Anggota Veteran RELA, Ahmad bin Yaakob, 80 tahun mengalir air mata kerana dikunjunggi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar di rumahnya di FELDA, Ijok hari ini.

Beliau yang juga Brig-Jen (RELA) turut menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi kemudahan Ahmad.

 


Beliau juga  meluangkan masa melawat seorang anggota Rela, yang mengalami kemalangan di FELDA, Ijok.

Mohd Desa bin Husin, 24 tahun terlibat dalam satu kemalangan di FELDA baru-baru ini.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut menyampaikan sebuah kerusi roda kepada Desa yang terlantar di atas katil kerana patah kaki.
Turut hadir Pegawai RELA Daerah Kecil Selama, Major Desa dan Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman dan Pengerusi Belia, Nizam Ahmad.
Beliau juga menyampaikan kerusi roda kepada Desa yang ditemani ibu dan beberapa orang saudaranya.









 




Beliau turut melawat seorang lagi peneroka FELDA, Ijok yang terlantar sakit, Abdullah bin Hashim, 50 tahun.
Sebelum itu, beliau melawat seorang bekas pelajar tingkatan lima, Nor Atikah binti Johari, 18 tahun yang sedang mengalami sakit misteri di rumahnya di batu 20.
Turut hadir Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun.

0 comments: