Template by:
Free Blog Templates

27 April 2008

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…. Itulah gambaran yang dapat saya berikan terhadap nasib seorang insan yang begitu cekal dalam mengharungi kehidupannya.
Madrazhid Isa, 46 tahun adalah insan istimewa yang dikurniakan Allah fizikal yang berbeza dengan manusia lain. Namun walaupun dalam keadaan serba kekurangan, beliau tidak sedikit pun menyerahkan hidupnya kepada suratan takdir semata.
Walaupun pernah melalui zaman berumahtangga danj kini membesarkan anak tunggalnya seorang diri, beliau tabah dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai mungkin.
Baru-baru ini saya melawat beliau yang terlantar sakit sejak selepas pilihan raya yang lalu.
Saya kagum dan bangga dengan semangat yang ditunjukkan kerana beliau balik ke Kubu Gajah sebelum pilihan raya hanya semata-mata untuk sama-sama berkhidmat dan menyumbang baktinya semasa tempoh kemepn dan proses pilihan raya berlangsung.Selepas pilihan raya selesai beliau jatuh sakit dan kini terlantar di rumah ibunya di Bagan Bharu.
Mungkin ada yang perasan dengan beliau. Pernah menjadi pelakon dalam beberapa filem arahan A.R. Badul dan menjadi salah seorang ahli kumpulan lawak bersama Allahyarham Amran Tompel dan Param.
Saya doakan agar beliau kembali sembuh dan berharap masyarakat sama-sama menghulurkan bantuan serta sokongan kepada beliau agar dapat menjalani kehidupan seperti semula. Saya juga teloah meminta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu beliau khususnya bantuan kewangan bulanan yang kini sedang dalam proses jabatan berkenaan.

22 April 2008

Perpaduan dan kebajikan rakyat


Hari Sabtu, 19 April 2008, saya menghadiri istiadat Menjunjung Duli dan penganugerahan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang ke-80.

Pada istiadat itu sempat juga bertemu sahabat-sahabat lama yang turut hadir dan ada juga yang menerima darjah kebesaran.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam titah taat setianya yang mewakili kaum kerabat dan pembesar negeri menyatakan hasrat baginda untuk menyatukan orang melayu di negeri ini.

Secara ikhlas baginda berharap usaha itu mendapat sokongan semua pihak.

Manakala Sultan Azlan Shah dalam titahnya berharap kerajaan negeri akan terus menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat semua kaum.

Menteri Besar Perak yang baru pula dalam taat setianya berjanji akan menjalankan pentadbiran negeri dengan menjadikan Islam sebagai benteng.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini merakamkan tahniah kepada Menteri Besar di atas pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri.

Begitu juga kepada sahabat saya yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Bernama yang juga Orang Besar Larut Matang dan Selama, Datuk Annuar Zaini kerana dianugerahkan darjah yang sama.

Pada istiadat itu, Ketua Hakim Negara merupakan penerima tunggal Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM).

21 April 2008

Tahniah DUN Selama

Hari Ahad, 20 April 2008 saya menghadiri majlis kesyukuran yang dianjurkan pada peringkat DUN Selama yang diadakan di perkarangan bangunan UMNO Bahagian di pekan Selama.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin dan ADUN Selama sendiri, Datuk Mohd Daud Mohd Yusof.

Terima kasih kepada para pengundi yang memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum yang lalu.

20 April 2008

Semoga BNBBC terus mantap di bawah pimpinan Datuk Seri Tiong

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sahabat saya, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang dilantik sebagai Pengerusi BNBBC yang baru.

Beliau yang sebelum ini menjawat sebagai Bendahari BNBBC semasa saya menjadi pengerusinya, merupakan seorang Ahli Parlimen berwibawa dan tambahan pula sebagai salah seorang pemimpin kanan SPDP, sebuah parti komponen BN di Sarawak.

Saya ykin beliau dapat menerajui BNBBC dengan lebih cemerlang dan mantap.

Saya juga ingin mengucapkan selamat kepada sahabat saya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden kerana dilantik sebagai Timbalan Pengerusi BNBBC.

Dengan pengalaman mereka berdua, saya mendoakan agar BNBBC akan terus berjaya dan lebih mantap lagi.

19 April 2008

Sembah tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-80


Menjunjung kasih dan merafak sembah tahniah di atas keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah yang ke-80.

Mewakili rakyat Ke Bawah Duli Tuanku di DUN Kubu Gajah, patik semua memohon ke hadrat Allah semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga Perak Darul Ridzuan terus maju di bawah payung pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku.

Bagi mengenali lebih rapat Ke Bawah Duli Tuanku, klik pautan ini untuk mengikuti Biografi Sultan Azlan Muhibbudin Shah yang terdapat di laman rasmi Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.

Simpati atas nasib mangsa kebakaran

Seorang penduduk di Kampung Kelian Gunung, Ijok, Kubu Gajah ditimpa musibah apabila kediamannya musnah dalam kebakaran.

Saya berkesempatan ke rumah mangsa kebakaran itu, Encik Wahab Abdul Latif. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan yang melibatkan ahli keluarga beliau.

Saya telah menghubungi pihak Baitulmal dan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan kepada Encik Wahab untuk mendirikan rumah yang baru.

Semoga beliau tabah menghadapi ujian dan bersabar menerima dugaan ini.

Projek pembangunan tetap diteruskan walaupun kerajaan berubah

Projek ternakan kambing bore nasional di Pondok Tanjong, Kubu Gajah yang kini sedang dalam proses pembangunan tetap akan diteruskan walaupun pemerintahan negeri Perak kini bertukar kerajaan.

Saya menegaskan perkara ini semasa menghadiri majlis sambutan Maulud Rasul anjuran KEMAS DUN Kubu Gajah di Dewan Majlis Daerah, Redang Panjang.
Saya menjelaskan, kepentingan projek yahng menelan belanja jutaan ringgit itu bukan sahaja kepaa pembangunan DUN Kubu Gajah tetapi dapat membantu negara mengurangkan bebanan negara mengimport daging dari luar negara.

Saya juga memberitahu bahawa DUN Kubu Gajah mampu menjadi sebuah kawasan pembangunan agro tourism sesuai dengan program pertanian dan pelancongan yang sedia ada termasuk home stay di Bagan Bahru.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai KEMAS Parlimen Larut, Encik Nordin Abu Hassan dan penyelia-penyelia KEMAS DUN dalam Parlimen Larut.

Majukan sektor pertanian kurangkan import makanan

Baru-baru ini saya merasmikan kursus ternakan lembu dan kambing anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kawasan Batu Kurau.
Saranan saya kepada mereka yang terlibat agar mengusahakan dengan serius sektor penternakan serta tanaman bagi mengurangkan pergantungan negara kepada import keperluan makanan.
Dalam ucapan saya juga menggesa ahli-ahli PPK merebut peluang serta menyambut usaha kerajaan terutamannya Kementerian Pertanian dalam usaha memertabatkan lagi bidang pertanian.
Ini kerana pada masa sekarang, negara terpaksa bergantung terlalu banyak kepada pengimportan, sedangkan setengah-tengahnnya adalah tidak wajar. Sebagai contoh kini, pisang pun kita terpaksa import.
Sementara itu saya juga menyarankan agar produk tempatan dapat menembusi pasaran antarabangsa dan untuk tujuan itu FAMA di harap dapat terus memainkan peranan yang lebih pro aktif.

Pada kursus tersebut, pegawai-pegawai daripada Jabatan Haiwan turut memberikan peneranagan mengenai bidang ternakan yang boleh diceburi oleh para penternak.

Mat Tailor popular di kalangan VIP

Sebut sahaja nama Mat Tailor, sudah pasti orang-orang di daerah Larut akan mengagumi kehebatannya sebagai seorang tukang jahit.

Oleh kerana kehebatannya itu, Mat Tailor yang berniaga di Bazar Larut menjadi tumpuan bukan sahaja kalangan orang tempatan tetapi VIP negara turut menyarung pakaian hasil jahitan Mat Tailor.
Antaranya ialah bekas Perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Tajol Rosli, bekas Menteri Besar Slangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga Menteri Besar Perak sekarang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Pada musim perayaan, terutamannya Hari raya Aidilfitri, Mat Tailor tidak menang tangan menerima tempahan.

Kehebatannya bukan sekadar membuat baju Melayu dan kemeja biasa serta kot tetapi pakaian rasmi 'No 1 Dress' pun mampu dijahit olehnya. Kebanyakkan anggota exco dan ADUN Perak menjadi pelanggan setia Mat tailor.

Apa yang lebih membanggakan saya ialah walaupuan Mat Tailor telah menjadi tumpuan, tetapi beliau tetap berkelana di bazar tersebut.

15 April 2008

Menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong

Saya ingin merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan yang telah menganugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) kepada saya hari Selasa, 15 April 2008.

Majlis penganugerahan berlangsung di Istana Malawati, Putrajaya, Antara yang turut menerima darjah kebesaran daripada 213 penerima ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Yand di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kemudiannya meraikan tetamu pada majlis jamuan.

Pembatalan PLPT tidak bermakna latihan atlit terjejas

Berikut adalah tulisan saya di dalam kolum Pro & Kontra yang disiarkan oleh Berita Harian pada 14 April 2008 :

SAYA tertarik dengan keprihatinan Menteri Belia danSukan yang baru, Datuk Ismail Sabri Yaakob terhadapsuara rakyat apabila menegaskan kementerian tidak akan meneruskan projek pembinaan Pusat Latihan PrestasiTinggi (PLPT) di Brickendonbury, London. Saya percaya keputusan membatalkan hasrat awal kementerian berkenaan dibuat selepas mendengar pandangan semua pihak dan ia pastinya melegakan ramaiyang menganggap program latihan di Pusat PenyelidikanTun Abdul Razak (TARCC) itu sebagai kurang praktikal.

Kebetulan ketika pengumuman dibuat, saya mengadakan kunjungan hormat kepada Ismail Sabri yang mengesahkan keputusan pembatalan hasrat itu dipersetujui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yangjuga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet MengenaiPembangunan Sukan.

Pusat yang sebelumnya dirancang KBS dengan harga hampir RM500 juta sebagai pusat latihan dan persiapan atlit bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London itu pernah mendapat reaksi berbeza banyak pihak, termasuk perdebatan panas di Dewan Rakyat dan Ismail Sabri adalah antara anggota Parlimen yang turut berbahas mengenainya. Saya bersetuju beliau tidak perlu meneruskan rayuan selepas Majlis Jawatankuasa Kawalan Pembangunan Timur Herts sendiri menolak permohonan menaik taraf TARCCitu kepada PLPT.

Saya pernah melawat pusat milik Lembaga Getah Malaysia itu yang terletak di kawasan seluas 6.475hektar (16 ekar) di perkampungan Hertfortshire, di utara London, kira-kira 24 kilometer dari tapak perkampungan Sukan Olimpik London 2012. Hakikatnya, sekalipun pembatalan dibuat, latihan untuk persiapan temasya terbesar itu masih boleh diteruskan di tempat yang bersesuaian, malah sukan teras seperti badminton boleh dilakukan di China yang menjadi gergasi sukan itu, gimnastik pula di Russia dan Romania, renang di Australia, tinju di Cuba, olahraga di Carribean atau tempat lain.

Diakui, latihan jangka panjang di bawah kepakaran luar membawa kejayaan atlit negara seperti Nicol David di Belanda, Ng Shu Wai (China), Josiah Ng (Switzerland, Amerika Syarikat dan Australia), Noraseela Khalid (Jerman) dan Lim Keng Liat (AmerikaSyarikat). Sebenarnya, KBS boleh berusaha membuat rayuan dan permohonan baru kepada jawatankuasa itu tetapi jelas kerajaan prihatin dengan desakan rakyat dan pengumuman pada mesyuarat pasca-kabinet KBS minggu lalu itu, pasti menggembirakan banyak pihak.

Pembatalan projek itu menggambarkan bahawa apa yang dirancangkan, tidak semestinya diteruskan jika rakyatberpendapat ia tidak wajar. Diharapkan juga, tiada lagi pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan atas pembatalan PLPT di Brickendonbury itu terutama ketika tumpuan sepatutnya diberikan terhadap persiapan atlit negara ke SukanOlimpik Beijing yang tinggal kira-kira empat bulan lagi.

11 April 2008

Takziah atas pemergiaan Datuk Hashim Safin

Al-Fatihah...UMNO kehilangan seorang lagi pemimpin yang begitu komited kpeada perjaungan apabila Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu petang Jumaat 11 April 2008.
Allahyarham yang berumur 60 tahun meninggalkan isteri dan 12 orang anak menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.55 petang.
Allahyarham yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok itu dimasukkan ke HUSM pada 19 Mac lalu selepas mengalami serangan jantung.
Saya mengenali Allahyarham sejak Allahyarham menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan merupakan pemimpin yang terbuka dan senang didekati.
Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga dan kerabat Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan sama-sama kita berdoa semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solehin.