Template by:
Free Blog Templates

11 April 2008

Takziah atas pemergiaan Datuk Hashim Safin

Al-Fatihah...UMNO kehilangan seorang lagi pemimpin yang begitu komited kpeada perjaungan apabila Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu petang Jumaat 11 April 2008.
Allahyarham yang berumur 60 tahun meninggalkan isteri dan 12 orang anak menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.55 petang.
Allahyarham yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok itu dimasukkan ke HUSM pada 19 Mac lalu selepas mengalami serangan jantung.
Saya mengenali Allahyarham sejak Allahyarham menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan merupakan pemimpin yang terbuka dan senang didekati.
Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga dan kerabat Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan sama-sama kita berdoa semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solehin.

3 comments:

Wakmasnoor said...

AL-FATIHAH for Allahyarham Datuk Hashim Safin.

Condolences for his family.

Muzamir Hj Ismail said...

Dato'Bila nak pekena teh kat K.E Corner Kamunting, tak pi lepak Studio d'Plaze ke?
Saya selalu nampak dato kat K.E Corner tuh. Tahniah le jadi bloger jangan sekerat jalan dah la..
Pemuda UMNO Taiping
http://sangkut2.blogspot.com

dokmat said...

AL FATIHAH..