Template by:
Free Blog Templates

15 April 2008

Menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong

Saya ingin merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan yang telah menganugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) kepada saya hari Selasa, 15 April 2008.

Majlis penganugerahan berlangsung di Istana Malawati, Putrajaya, Antara yang turut menerima darjah kebesaran daripada 213 penerima ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Yand di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kemudiannya meraikan tetamu pada majlis jamuan.

3 comments:

Unknown said...

tahniah dato'..
semoga dgn brtmbah pingat
akan brtmbah muhasabah diri
berkaitan politik dato'..

Abd Bashid Harun said...

Tahniah Dato'. Semoga hubungan rakyat-raja-rakyat tetap kuat dan semakin lebih menghormati antara satu sama lain.

2) Tahniah sekali lagi atas kemenangan Dato' sebagai ADUN Kubu Gajah. Nampaknya yang kalah tidak hilang semuanya, dan yang menang tidak dapat semuanya. Itulah yang berlaku apabila Allah menunjukkan kasih sayangnya.

3) Di situlah Allah memberi ruang dan peluang untuk kita memuhasabah diri, memperkukuh parti dan persaudaraan sesama umat Islam.

4) Percayalah Dato' selepas ini orang Melayu akan kembali bersatu dan UMNO akan semakin diperkukuhkan.

5) Akhir kata saya menjemput Dato' ke blog saya Panduan Guru-Guru Malaysia di alamat http://gurubashid.com/blog dan jika tidak keberatan mohon dilink kan blog saya dengan blog Dato'.

Wassalam,

Abd Bashid Harun
Pen Kanan SMK Simpang
Jalan Matang
34700 Simpang
Taiping
Perak

Wakmasnoor said...

Askum Datuk,

Tahniah kepada Datuk. Semoga anugerah tersebut akan memberi nafas baru kepada Datuk untuk terus memperjuangkan kebajikan Rakyat. And Rakyat means not just Umno ya Datuk.