Hari Sabtu, 19 April 2008, saya menghadiri istiadat Menjunjung Duli dan penganugerahan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang ke-80.
Pada istiadat itu sempat juga bertemu sahabat-sahabat lama yang turut hadir dan ada juga yang menerima darjah kebesaran.
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam titah taat setianya yang mewakili kaum kerabat dan pembesar negeri menyatakan hasrat baginda untuk menyatukan orang melayu di negeri ini.
Secara ikhlas baginda berharap usaha itu mendapat sokongan semua pihak.
Manakala Sultan Azlan Shah dalam titahnya berharap kerajaan negeri akan terus menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat semua kaum.
Menteri Besar Perak yang baru pula dalam taat setianya berjanji akan menjalankan pentadbiran negeri dengan menjadikan Islam sebagai benteng.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini merakamkan tahniah kepada Menteri Besar di atas pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri.
Begitu juga kepada sahabat saya yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Bernama yang juga Orang Besar Larut Matang dan Selama, Datuk Annuar Zaini kerana dianugerahkan darjah yang sama.
Pada istiadat itu, Ketua Hakim Negara merupakan penerima tunggal Darjah Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM).
5 comments:
tahniah penerimaan pingat tersebut..
just nk mintak buatlah perubahan terbaik kat DUN dato'.
tq.
saya suka datuk...
minta datuk berdebat dengan pembangkang dengan lebih baik dan bernas...
disini saya nak kemukakan cerita tentang PM GAY...harap datuk tidak kisah dan tolong siarkan...
(cepat masuk parlimen... buatlah cerita baru ...)
ada orang gila kuasa nak jadi perdana menteri Gay (PM GAY)...
perwatakan yang baik GAY memang disukai oleh golongan tertentu...menarik..sehingga sabah dan sarawak cuba menjadi GAY dengan tarikan PM GAY/tersendiri dan terunggul dengan janji2..
apapun, saya berharap parlimen kali ini lain dari lain...
biar GAY dengan agendanya kat luar... kronis GAY- bini dan anak ada di dalam... Meteri Besar Selangor tak jadi nak kosongkan kawasan untuk GAY masuk....
kesian..
sampaikan salam saya buat ahli parlimen yang bukan penyokong GAY...
apapun jangan buat hal...pak lah dah nak belah ganti NAJID, insyaallah (PM GAY bertambah gilanya).
akm ds...banyak org dari bawah naik atas tapi kita dari ats turun bawah,mungkin org yg tak ada pangkat dato,dseri,tan seri..suruh turun kut..depa selalu menang tanpa bertanding kita bertanding dan berjasa ada anugerah dato dan mcm2 lagi tapi tak menang (FAM)..apa-apa pon tahniah walau pon mejoriti 60..
akm....ds
hanya org yg takut lari duduk dalam KUBU
Buat malu saya sebagai orang selama sahaja.kesihan orang selam di tipu oleh bangsa sendiri dari saya kecil sampai sekarang masih di tipu.apa yg datuk bawa ke selama. apa pelancongan yg datuk bawa. di kubu gajah ada apa. masih pekan koboi lagi.pondok polis untuk berapa orang.pingat-pingat datuk tu boleh tolong orang di sungai bayor ke, rantau panjang ke. saya anak selama.
Post a Comment