Template by:
Free Blog Templates

31 October 2012

Parit tersumbat



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menggesa jawatankusa Kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) mengambil inisiatif membersih parit dan longkang yang sering mendatangkan masalah banjir dan juga mengancam kesihatan penduduk.

Beliau mengambil contoh keadaan parit di belakang Sekolah Model Contoh Kerajaan di Redang Panjang, dekat Ijok yang tidak dijaga hinggakan penuh dengan semak samun.

Beliau meluangkan masa melawat keadaan parit di situ, petang tadi selepas menerima aduan daripada Ketua UMNO cawangan Redang Panjang, KhairulAzizan bin Mohd Dali.







Peruntukan sebanyak RM 20,000 diperlukan bagi kerja-kerja membersih longkang yang semak dan tidak dibersih itu.

Pada musim cuaca yang tidak menentu dengan hujan yang turun agak lebat, agak membimbangkan terutama kepada pelajar sekolah yang sering menggunakan jalan tersebut sebagai jalan utama mereka pulang ke rumah.

Wanita



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, mengingatkan rakyat pentingnnya mereka menentukan Kerajaan yang boleh membela nasib mereka dan masa depan Negara pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Dalam soal menentukan Kerajaan yang terbaik, mereka hendaklah berfikiran waras dan tidak mudah terpesong kepada janji-janji mereka yang tidak mampu menunaikannya.

Pada masa ini, ternyata Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah dilihat yang terbaik dan mampu meneruskan hasrat rakyat bagi menjamin masa depan mereka.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut berkata demikian ketika berucap di majlis "Salam Sayang" anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut di Kampung Bendang Luas, dekat Ijok petang tadi.







Turut hadir Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian, Mak Su Mariatulkifiah bintii Haji Abdul Rahman, Ketua UMNO cawamgan Bendang Luas, Che Rose Rosli, Ketua UMNO cawangan Kampung Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim, Ketua UMNO cawangan Teras, Abdul Wahab Mat Yatam, Ketua UMNO Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan Ketua Kampung Mesjid, Nor Azman Haji Mokhtar.













Beliau juga menegaskan, pentingnya perpaduan parti dipertingkatkan dan mengingatkan ahli-ahli UMNO agar menjadikan pengalaman pahit PRU ke 12 sebagai iktibar serta jangan jadikan seperti kata perpatah pisang berbuah dua kali.

Beliau berkata, pergerakan Wanita adalah Nadi UMNO dan peranan mereka dalam meraih undi amatlah penting dan BN akan terus memberikan kepercayaan tersebut pada PRU ke 13.

Beliau turut mengajak semua ahli UMNO bersama-sama memberi kerjamasa dan menyokong setiap program yang dianjurkan oleh pergerakan tersebut.

Tanah rebak




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, menggesa Jabatan Parit dan Saliran (JPS) agar mengambil tindakan segera mengenai tebing sungai runtuh yang turut mengancam jalan ke kampung berkenaan.


Dalam tinjuan pentang tadi, beliau mendapati jika perkara itu tidak diatasi segera, jalan tersebut akan terputus dan ini akan menimbulkan masalah kepada penduduk di kampung berkenaan yang menggunakan jalan tersebut setiap hari.






Jika berlaku hujan lebat, sungai Teras bukan sahaja menyebabkan berlakunya banjir, tetapi juga berlakunya hakisan.







Kampung Teras adalah diantara kampung dalam mukim Ijok yang sering terdedah kepada ancaman banjir.

Turut hadir Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.

Peladang




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau mengumumkan penubuhan tabung Kebajikan Khariat Kematian bagi lebih 3,000 orang ahlinya.

Dibawah pakej tersebut, segala urusan ahli yang terlibat akan diurus oleh PPP melalu badan yang dilantiuk mengikut simpanan saham mereka.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah PPK Batu Kurau di Bangunan PPK, pagi tadi yang turut dihadiri Pengrus Besarnya, Haji Sabri Zainul.

Beliau menambah, Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) PPK Batu Kurau akan mula beroperasi pada 1 Disember ini bagi kemudahan kepada orangramai di Batu Kurau dan sekitarnya.

















Katanya, PPK juga akan mengadakan program untuk menarik lebih ramai remaja menyertai unit-unit peladang termasuk pertandingan futsal dan bengkel pertanian.

PPK Batu Kurau juga berhasrat menyertai sektor perladangan dan sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi tujuan tersebut.

Lawatan sambil belajar untuk 22 orang Ketua unit PPK juga akan dianjur bagi meningkatkan pengalaman mereka terutama dalam sektor pertanian dan ternakan.

24 October 2012

Gerai


Majlis daerah Selama (MDS) akan membina beberapa buah lagi rumah kedai di pekan Kubu Gajah bagi menggantikan bangunan yang lama.







Empat buat gerai lama yang ada sekarang akan mula diroboh dan peniaga disitu akan dipindahkan ke bangunan sementara di jalan Taiping.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meninjau pembinaan empat buah gerai sementara yang dibina dengan kos kira-kira rm 30,000 dan hampir siap.

Bangunan rumah kedai yang baru jika dibina dianggarkan menelan belanja lebih rm 300,000 sebuah.

Bangunan baru itu akan mula dibina selewat-lewatnya awal tahun depan.






Pada masa ini MDS telah membina lapan buah pintu rumah kedai di pekan Kubu Gajah dan disewa kepada mereka yang layak.

Pembinaan beberapa buah lagi bangunan baru itu adalah sebahagian daripada usaha menaik taraf pekan Kubu Gajah yang terletak diantara jalan utama ke Selama, Bagan Serai, Taiping dan Grik.










Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan jika tindakan pembangunan fisikal secara agresif, pekan-pekan kecil seperti Kubu Gajah akan ketinggalan.