Template by:
Free Blog Templates

16 October 2012

Jalan

Seramai152 orang penduduk dikampung sungai Malau Dalam di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah akan menikmati kemudahan yang lebih baik tidak lama lagi.




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata ia adalah kerana jalan di kampung tersebut akan dinaik taraf dalam masa terdekat.

Kerajaan telah meluluskan peruntukkan sebanyak rm 60,000 bagi melebar jalan di kampung SUngai Dalam.

Beliau berkata demikian selepas melawat jalan sepanjang lebih dua kilometer yang pada masa ini begitu sempit.




Turut hadir ketua kampung sungai Malau Dalam, Haji Abdul Hassan dan ketua UMNO cawangan, Nordin Hassan.

Pada masa ini terdapat sebanyak 38 buah rumah yang kebanyakkan bekerja ladang dan menorah getah.

Kampung sungai Malau Dalam yang bukan sahaja dikeliling kebun sawit, tetapi agak jauh di pendalaman berbanding kampung-kampung tradisi yang lain.

2 comments:

Anonymous said...

Cukai eksport kelapa sawit dan getah kawasan Sungai Malau OKlah juga. Tapi cukai ekspot kelapa sawit/getah kampung YMDS tidak bertambah kerana jalan dari Markas Pas hingga ke Jalan Taiping tidak di naik taraf oleh kerajaan. Ia hanya dinaik taraf orang kampung.

Hanya satu keluarga yang menyokong PAS di situ. Semua dari rumah Pak Long Hussein (tukang urut) dekat titi ijok/ Sungai Dendang hilir hingga ke markas PAS ke markas PAS dekat rumah YMDS semuanya penyokong UMNO. Dua darinya atas pagar.

Saya berterima kasihlah kerana YMDS menaik taraf Sg. Malau kawasan kubu kuat PAS. Lihat tiada bendera dikibarkan di situ bila pilihan raya kerana bantuan kerajaan akan diteruskan di tempat yang sama. Kalau ada bendera keadaan munkin berubah.

Anonymous said...

Yang sebenarnya jalan ini bersambung hingga ke estet Sime Darby. Mereka pun banyak menggunakan jalan ini. Saya harap YMDS jumpa TS Datuk Musa Hitam menaik taraf jalan ini kerana beliau ialh Chairman Sime Darby.

Trend sekarang ini kalau kita oarang politik kita hanya kawan dengan orang politik sahaja tapi tak kawan dengan manager Sime Darby, Genting Plantation, Boustead, Riverview dll. yang estet mereka amat meluas di kawasan ADUN Kubu Gajah. Inilah salah satu sebab kawasan ADUN Kubu Gajah tak maju.

Kalau PAS naik pun mereka dua kali lima juga ASYIK BERPOLITIK SAHAJA. Orang Melayu migrasi ke IPOH, TAIPING, KL dll. USTAZ Nazri DIn pun duduk Bagan Serai. Macam mana nak membangun?