Template by:
Free Blog Templates

23 October 2012

Jalan hancur




 Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meminta pihak berkuasa mensyaratkan setiap pengusaha pasir yang menyebabkan berlaku kerosakan jalan Kampung ketika menjalankan operasi mereka bertanggung jawab membaikinya.



Jawatankuaa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga digesa mengambil tindakan memantau setiap projek pengambil pasir tidak berlaku kerosakan jalan sewenang-wenangnya.








  
Beliau meninjau jalan yang rosak terus akibat ditimbusi pasir di Kampung Tebing Tinggi dalam selepas menerima aduan kerosakan jalan tersebut.









Turut hadir Ketua Kampung Tebing Tinggi, Azemi Sabran yang juga Pengerusi JKKK.

2 comments:

Anonymous said...

Yang tak dengar cakap untuk membaiki jalan ialah pengusaha pasir ALI BABA.

Si Baba kata saya bukan taukenya. Si Ali pula tidak kelihatan untuk menerima aduan.

Ketua kampung pula takut nak jumpa pengusaha. Sebab itu saya syorkan ketua kampung mesti seperti seorang askar yang hendak berperang mukanya.

Bukan ketua kampung yang memantau keadaan bila YMDS datang bersama-samanya. Takut datang bersendirian,

Nombor talipon pengusaha ada di papan tanda di sebelah luar.

Ketua kampung patut menalipon mereka kerana sudah tentu mereka akan membaiki jalan tersebut kalau diberitahu.

Katakan pada mereka lori mereka pun cepat rosak jika jalan rosak.

Anonymous said...

Kalau tauke pasir tak mahu baiki jalan ketua kampung ada hak buat gate yang hanya boleh melepaskan kerita kecil sahaja.

Kunci gate serahkan ke JKKK yang berdekatan dengan gate tersebut.

Buat jalan lagi mahal dari buat gate.

Kunci hanya boleh diperolehi bila tuan lori berikan deposit.

Anak Haji Rejam sebelah tanah YMDS pun berbuat demikian. Orank kampung yang berulang alik dia beri anak kunci untuk duplicate.

Masalah ini senang sangat untuk diatasi jika Ketua Kampung berani. Tapi kalau penakut lebih baik si Angh Gelong jadi Ketua Kampung. Dia tak peduli asal elaun dapat berterusan.

Ketua kampung sekarang agak mencabar terutama sekali dapat mengatasi masalah lori merosakkan jalan. Bukan selalu duduk kedai kopi sahaja. Saya lihat ada ketua kampung asyik dudok kedai kopi. Mereka takut rugi duit minyak menunggu lori pasir keluar masuk. Dua ringgit duit minyak sahaja jika ketua kampung Tebing Tinggi tunggu di tempat lori keluar masuk. Saya rasa beliau tiada CONFIDENCE bersemuka dengan orang yang bersalah.