Template by:
Free Blog Templates

5 October 2012

Dermasiswa




Rakyat Perak harus berterima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan menteri besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana setakat ini telah mengeluarkan RM 4,081,800 berupa dermasiswa sehingga ogos tahun ini.


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahamd Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, daripada jumlah penerima 6,121 orang, paling ramai ialah peringkat diploma seramai 2,013 orang dengan jumlah rm 1,006,500.

Yayasan Perak menerima 7,083 permohonan, tetapi seramai 962 yang ditolak.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa kira-kira wang (PAC) Perak berkata demikian ketika berucap dimajlis penyampaian dermasiswa kepada 34 orang penerima berjumlah rm 18,000 peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah di kampung Masjid, Ijok petang tadi.









Turut hadir penghulu mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan pengerusi persatuan ketua-ketua kampung parlimen Larut, Haji Shukur Haji Jaman di dewan terbuka Ijok.

Untuk DUN Kubu Gajah, bagi 2012 sehingga ogos jumlah permohonan layak seramai 195 orang dengan jumlah rm 119,600.










Beliau berharap yayasan Perak dapat juga menimbang permohonan anak Perak yang berpeluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) swasta diseluruh negara.














Pada masa ini yayasan Perak hanya iktiraf sebanyak 46 IPT termasuk universiti Malaya bagi peringkat diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda, selain sijil dan matrikulasi.

Beliau menyeru penerima dermasiswa berkenaan tidak menyalahgunakan sumbangan kerjaan negeri itu.

1 comments:

Anonymous said...

Zaman dulu yang dapat dermasiswa ialah pelajar miskin Sebab itu kita panggil DERMA

Manakala yang pandai mendapat biasiswa.

Definisi miskin pula ialah penjaga mereka yang tiada lesen pemandu mosikal/kerita (driving licence)dan tiada tanah jika dilihat di pejabat tanah.