Template by:
Free Blog Templates

17 November 2015

Zakat

Kerajaan disarankan mwmberi sebahagian daripada peruntukan rm 30 billion untuk agro makanan kepada 278 pertubuhan peladang kawasan (PPK) bagi menggurangkan impot.

Sampai bila kita hendak bergantung kepada orang lain.

Demikian tegas pengerusi peetubuhan peladang negeri (PPN) Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian  zakat NAFAS kepada PPK Senggan Manong.





NAFAS menyumbang zakat rm 20,000 kepada PPK Manong.

Zakat direrima pengerusi PPK Manong, Haji Othman Abdullah.

16 November 2015

Peladang

Batu kurau, para petani dan peladang digesa berani meberokai teknoloji baharu bagi meningkatkan produktiviti mereka.

Tananan padi di thailand meningkat kepada 80 peratus kerana mereka mengguna kaedah baharu yang sudah ada di pasaran terbuka.

Demikian tegas pengerusi pertubuhan peladang negeri (PPN) Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di majlis penyampaian zakat di Batu Kurau petang tadi.








Seramai 400 orang ahli peladang kawasan batu kurau menetima zakat sumbangan pertubuhan peladanfg kebangsaan (nafas).

Kaeadah baharu ini wajar memandangkan kekuasan tanah semakin mengecil.

9 March 2015

Jumpa guru sekolah

Bekas ahli parlimen Larut, ADUN Kubu Gajah dan Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, terkejut, bagaikan tidak percaya bertemu semula guru sekolah selepas 42 tahun.







Pertemuan beliau dengan cikgu Salmah Haji Malek itu berlaku di majlis perkahwinan anak saudaranya di Bagan Serai.

Raja Ahmad Zainuddin yang merupakan bekas pelajar sekolah menengah inggeris Bagan Serai merasa gembira kerana cikgu Salmah yang kini berusia 74 tahun masih mengenali beliau.

Lebih gembira lagi cikgu Salmah bukan sahaja dengan kejayaan bekas anak didiknya tetapi juga mengikuti perkembangan mereka.




Cikgu Salmah yang kelihatan sihat mempunyai dua orang anak, seorang tinggal di London. Beliau tinggal sendirian di rumahnya di Bagan Serai.

Raja Ahmad Zainuddin juga bertemu dengan kawan-kawan sekolahnya termasuk Ayob Zaman dan Hajanan Awang di kenduri kahwin anak perempuan adik Cikgu salmah, halimaton.

4 January 2015

Banjir

Ada hikmah disebalik Banjir yang berlaku.

Ia setidak-tidaknya membolehkan masyarakat yang berbeza kefahaman politik bersatu untuk membantu mangsa-mangsa banjir.





Demikian tegas pengerusi pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar semasa berucap di majlis melepaskan dua buah lori bantuan makanan dan pakaian di Batu Kurau, malam tadi.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias selaku pengerusi jawatankuas bantuan banjir.

Beliau kesal kerana ada yang menyalah anggap keikhlasan mereka yang sukarela membuat kebajikan membantu mangsa-mangsa banjir.











Dua buah lori itu akan menuju ke jerantut dan termeloh.

Seramai 37 orang sukarelawan bekas pelajar sekolah menengah datuk kamaruddin, diketuai Mohd Pesta Bin Abdul Manan akan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah-rumah mangsa banjir selepas penyerehan bantuan tersebut.

2 January 2015

Banjir


Projek rm 30 juta yang dibelanjakan kerajaan untuk menaik taraf sungai ijok telah membantu mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan ijok dan sekitarnya.

Projek itu dilaksanankan sejak dua tahun lalu.

Demikian dinyatakan pengerusi pertubuhan peladang negeri (ppn) perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis kesyukuran penduduk sempena maulidurasul batu 20 dekat batu kurau.

Turut hadir ahli dewan undangan negeri (adun) kubu gajah, Hasbullah Elias dan ketua wanita umno cawangan batu 20, Zainab Awang.








Sebelum ini kawasan ijok dan beberapa tempat sering dilanda banjir dan ramai penduduk yang dipindahkan.

Tetapi, sejak projek menaik taraf sungai termasuk sungai ara dijalankan, masalah banjir telah dapat diatasi.